Selasa, 15 November 2011

Kita dakwa DAP, PKR takut umum calon awal Muda Mohd. Noor | November 15, 2011 "Mereka hanya menunggu masa untuk menyertai dan menyokong parti KITA,"

"Mereka hanya menunggu masa untuk menyertai dan menyokong parti KITA," kata Zamil Ibrahim



PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah hari ini mendakwa ahli akar umbi DAP kurang selesa dengan kerenah pemimpin atasan yang mempermainkan mereka.

Ketua parti Kita Kedah, Zamil Ibrahim berkata, ada ahli DAP yang menghubungi beliau mengadu perkara tersebut.

“Mereka kurang selesa dengan kerenah dan permainan pemimpin DAP negeri yang banyak main wayang kepada ahli bawahan.

“Mereka hanya menunggu masa untuk menyertai dan menyokong parti Kita,” katanya.

Takut ahli bantah

Dalam perkembangan berkaitan, Zamil mencabar DAP dan PKR mengumumkan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 ini lebih awal.

Beliau mendakwa kedua-dua parti itu nampak takut berbuat kerana ada ura-ura penyokong dan pemimpin bawahan akan keluar parti kerana tidak puas hati.

“Parti Kita Kedah bersikap lapang dada dan membuka pintu pada bila-bila masa kepada mereka yang ingin bersama kami.

“Parti Kita akan bertanding sekurang-kurangnya enam kerusi parlimen dan 12 kerusi DUN dalam pilihan raya umum ke 13,” katanya.

Parti Kita diketuai oleh bekas menteri kabinet BN, Datuk Zaid Ibrahim yang mengambil alih teraju parti itu akhir tahun lepas selepas meninggalkan PKR.

Tiada ulasan: