MALAYSIA KINI
Operasi membawa jemaah haji Malaysia dari Mekah ke Arafah, kira-kira 21 kilometer dari Mekah, tamat pada kira-kira pukul 5 pagi ini (10 pagi waktu Malaysia), dan semua 28,000 jemaah haji sudah berada di Arafah untuk berwukuf hari ini.
Bagi ibadah wukuf, jemaah perlu berada di Arafah paling lewat tengah hari ini (Zohor, pukul 12.05 waktu tempatan, 5.05 petang waktu Malaysia) dan kemudiannya berangkat ke Muzdalifah selepas waktu Maghrib untuk mengutip batu-batu kecil bagi tujuan melontar jamrat di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Pengarah Operasi Masyaer (operasi ibadah para jemaah di Arafah dan Mina) Shaharuddin Abu Bakar ketika ditemui kumpulan media Tabung Haji lewat petang semalam berkata kira-kira 500 petugas Tabung Haji, termasuk pasukan kebajikan dan perubatan, sudah berada di Arafah bagi melicinkan pergerakan jemaah haji di Arafah.
Beliau berkata operasi pergerakan dibahagikan kepada lima sektor dengan setiap sektor ditugaskan memantau bas-bas yang membawa jemaah haji dari Mekah ke Arafah.
"Pagi Sabtu, sektor Arafah mengambil alih pengurusan jemaah, dengan segala maklumat diselaraskan dengan Pusat Maklumat Operasi di Mekah," katanya.
Menurutnya pagi Sabtu, satu kumpulan awal 40 petugas Tabung Haji digerakkan ke Muzdalifah untuk meninjau dan membuat persiapan menerima ketibaan jemaah haji dari Malaysia selepas Maghrib, dan seterusnya mereka juga akan meninjau persiapan di Mina.
Shaharuddin berkata selain itu pasukan pandu arah juga sudah ditempatkan di lokasi-lokasi strategik bagi memastikan tiada jemaah haji Malaysia yang tersasar dari khemah penginapan masing-masing.
Beliau berkata apa yang penting ialah segala aspek kebajikan dan keselamatan para jemaah sentiasa terjamin.
Malam tadi turut menyaksikan ketibaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyertai kumpulaan jemaah haji dari Malaysia di Arafah.
Tahun ini dianggarkan 3 juta jemaah dari seluruh pelusuk dunia menunaikan ibadah haji, dan lautan manusia berpakaian ihram atau bertelekung putih sudah membanjiri kawasan Arafah di Mekah, menanti penuh sabar waktu berwukuf tengah hari ini. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan