Isnin, 14 November 2011

DAP cabar MCA tarik balik cadangan pada PSC


Lee Long Hui
MCA hari ini dicabar supaya menarik balik cadangan tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara daripada mengundi menerusi pos yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya.

NONESetiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (kanan) berkata, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu berbuat demikian, kerana Chua mendakwa bahawa apa yang disampaikan oleh wakil parti itu adalah tidak tepat.

Sekiranya Chua gagal berbuat demikian, kata Lim, ini membuktikan bahawa MCA menyokong untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara, mengundi pada pilihan raya umum, atas alasan mereka tidak tahu perkembangan dalam negara.

"MCA perlu memohon kepada PSC supaya menarik balik memorandum itu. Adakah mereka akan menarik balik atau tidak? Selagi mereka tidak tarik, ia masih berkuatkuasa.

"Chua Soi Lek melakukan satu perkara lain dan pada masa yang sama bercakap mengenai perkara lain,” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

NONEJumaat lalu, wakil MCA Ei Kim Hock (kiri) ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ei Kim Hock memberitahu PSC bahawa cadangan untuk memperluaskan undi kepada rakyat Malaysia di luar negara adalah tidak munasabah kerana mereka menerima maklumat yang "meragukan".

"Pengundi yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi," katanya sambil menambah parti itu memandang serius perkara itu kerana mereka yang tinggal di luar negara tidak mengikut perkembangan dalam negara dan tidak memahami sepenuhnya keadaan di Malaysia.

Sejurus selepas kenyataan itu dikeluarkan, MCA dibidas pelbagai pihak sehingga memaksa Chua untuk membuat penjelasan bahawa Ei telah membuat kesilapan.

Sebaliknya, Chua berkata MCA tidak menghalang cadangan untuk membolehkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara daripada hak untuk mengundi, tetapi bimbang mengenai masalah logistik yang terlibat.

NONELim berkata jika benar Ei melakukan kesilapan, maka Chua perlu memohon maaf kepada rakyat di negara ini.

"Hanya kerana saya berada di luar negara, saya tak lagi menjadi rakyat Malaysia? Bukankah saya juga mempunyai hak? Saya dapati bahawa kenyataan itu sangat menghina ... mereka harus minta maaf kepada semua rakyat Malaysia, dan Chua patut memulakannya," kata Lim.

Tiada ulasan: