Subky Latif |
SEKALIAN penyokong reformasi dan transformasi Suruhanjaya Pilihan Raya boleh terhibur atas kenyataan mantan Penegerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tentang ketawanya dengan hasrat SPR bagi merojokkan penggunaan dakwat kekal kepada Majlis Fatwa. Dia ketawa atas hasrat terbaru SPR itu mungkin justeru itu ia satu lawak jenaka yang menggelikan, tetapi ketawanya itu boleh memberi menghiburkan sedikit hati pejuang reformasi dan transformasi SPR seperti yang dituntut oleh Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Dato Ambiga. Salah satu dari tuntutan Bersih 2.0 ialah penggunaan dakwat kekal di jari pengundi yang sudah mengambil kertas undi seperti yang digunakan oleh banyak negara did dunia. Yang terakhir di Tunisia. Rashid mengambil masa lebih dari tiga tahun bagi menyatakan rasa terdongkolnya tentang pembatalan penggunaan dakwat kekal itu beberapa hari sebelum PRU 8 Mac, 2008 dulu. Pembatalan itu dibuat setalah ada pertemuan antara Perdana Menteri masa itu, Tun Abdullah Badawi dengan SPR kononnya timbul isu keselamatan tentang penggunaan dakwat itu. Ada waham ketika itu bahawa pembatalan itu justeru campur tangan Perdana Menteri. Tetapi Perdana Menteri menafikan dia yang mengarahkannya. Katanya dia sekadar memberi pandangan tetapi SPRlah membuat keputusan membatalkannya. Boleh dibuat kesimpulan kerajaan semasa tidak mahu ia disalahkan atas kejadian itu tetapi seperti SPRlah yang disalahkan. Ertinya wibawa SPR itu yang diuji dan benar ia tidak tahan uji. Perdana Menteri itu orang politik. Kepada SPR dilambakkan semua ketempangan. Rashid dikatakan berkata, dia seperti hendak meletak jawatan masa itu, tetapi dia disabarkan. Demikianlah cerita wibawa SPR hang hingga hari ini terus dipersoal. Apa rugi Rashid yang bersabar dan tidak meletak jawatan? Tiada orang yang menghormatinya. Umno dan kerajaan diragui menghormatinya sekali pun dia ada jasa pada Umno. Kalau Umno dan kerajaan menghormatinya, masakan ada komen Perdana Menteri menolak pertanggungjawaban atas isu pembatalan guna dakwat kekal sebaliknya melambakkannya kepada SPR sendiri. Masakan Rashid tidak jasa langsung di SPR. Tetapi siapa yang mengenangnya? Bagaimana namanya di tengah masyarakat selepas dia bersara? Tetapi kalau dia meletak jawatan masa itu, dia akan dipuji dan disanjung sebagai orang berintegriti dan bermaruah. Macam Tan Sri Syed Jaafar Albar yang tidak seuju dengan tindakan Tunku Abdul Rahman Putra melepaskan Singapura dari Malaysia, dia meletak jawatan dari Setiausaha Agung Umno. Orang hormatinya. Pelanggan SPR telah lama membangkitkan isu penggunaan dakwat kekal itu. PAS pelanggan awal yang mengemukakannya. Tetapi SPR semasa Rashid berkelentong. Tidak nampak reaksi positifnya. Hingga dia berdalih dakwat jenis itu dibantah oleh ulama kerana ia tidak telus wuduk. Hatta DAP bertanya PAS, kerana alasan SPR tidak menggunakannya ia ditentang PAS atas sebab halangan air wuduk tadi. PAS tidak pernah membantah, bahkan menuntut penggunaanya. Lalu PAS membantah kelentong SPR itu. Jika Rashid meletak jawatan bila dakwat itu dibatalkan, kelentong yang dulu-dulu itu nescaya dilupakan. Gara-gara Nik Rashid bersabar atas pembatalan itu dan berdiam diri, hingga hari ini isu itu tidak selesai dan menyebab pengerusi SPR yang beru terpaksa memikul segala Nik Rashid tidak selesaikan dulu. Bagaimana pun sedikit pendedahan Rashid tentang pembatalan dakwah itu dulu menjadi keterangan dakwat itu tidak jadi masalah. Masalahnya ialah tekanan kerajaan. Masalah SPR dan pengerusinya yang baru boleh dikira sebagai belenggu dari campur tangan kerajaan. Bersih 2.0 dan pelanggan SPR boleh terhibur dengan pendedahan kecil Nik Rashid itu bahawa dakwat kekal itu releven. Akhirnya Rashid bersuara. Walau pun terlambat tetapi suaranya mengandungi banyak persoalan. Antara dia meninggalkan banyak beban yang tidak selesai. Pengerusi baru SPR janganlah berkelentong lagi. Jangan tinggalkan SPR sebagai suruhanjaya yang bermasalah. Nik Rashid masih ada masa menolong Bersih 2.0 menyelesaikan segala yang tidak selesai. |
Ahad, 13 November 2011
Dakwat kekal: Apa kata mantan Pengerusi SPR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan