Memaparkan catatan dengan label PRK - PERAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK - PERAK. Papar semua catatan

Sabtu, 11 April 2009

PRK Bukit Gantang - Undi Melayu Kurang Empat Peratus

Editor Buletin Online


Pada kebiasaan sebelum ini, sekiranya berlaku peningkatan keluar mengundi dalam satu-satu pilihanraya, PAS akan kalah, tetapi keadaan ‘terbalik’ berlaku pada pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang (PRKBG), 7 April, Selasa lalu.

Peningkatan sebanyak 2.5% keluar mengundi, daripada 72.6% pada pilihanraya umum ke 12 (PRU12) Mac lalu kepada 75.1% pada PRKBG sebaliknya memberikan kemenangan kepada PAS.

Dalam pada itu, PAS harus mengambil perhatian dengan berkurangnya undi Melayu yang berlaku dalam PRKBG berbanding apa yang diperolehi pada PRU 12.

Sebarang proses ‘post-mortem’ menilai prestasi PRKBG, PAS wajib mencari jawapan mengapa hanya 43% sahaja undi Melayu yang diperolehi, berbanding 57% yang diraih oleh UMNO/BN.

Mengapakah pada PRU 12 lalu PAS berjaya menarik undi Melayu sebanyak 47%, dan dalam masa hanya setahun, apakah yang menyebabkan undi Melayu merosot sebanyak 4%.

Kontra kepada keadaan tersebut, undi Cina meningkat sebanyak 11% daripada 64% pada tahun lalu kepada 75% pada PRKBG.

Demikian adalah antara fakta awal PRKBG yang dibentangkan oleh Pengarah Opreasi PRKBG, Tuan Haji Asmuni Awi dalam sidang medianya di Markaz Air Kuning, semalam.

Antara butiran lain yang didedahkan oleh Hj Asmuni adalah, PAS menerima peningkatan undi yang lebih banyak daripada UMNO/BN.

Pertambahan tiga kali ganda berbanding UMNO/BN, PAS mendapat peningkatan sokongan sebanyak 1,845, manakala UMNO/BN meningkat sebanyak 600 undi.

PRKBG juga merumuskan prestasi PAS adalah baik dalam daerah mengundi yang mempunyai pengundi bercampur berbanding BN yang mempunyai prestasi lebih baik di kawasan penduduk Melayu lebih 70%.

Hj Asmuni, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak PAS berkata pengundi Melayu di kampung-kampung luar bandar lebih memihak kepada UMNO/BN.

Menurutnya peningkatan sokongan dari kaum Cina membuktikan PAS memberi layanan yang adil kepada semua bangsa dan agama.

"Rakyat telah melihat bukti dalam masa 10 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri Perak, kaum Cina tidak lagi curiga dan takut kepada PAS sekarang,”katanya

Keputusan PRK Bukit Gantang juga menunjukkan, PAS diterima baik di kawasan majoriti Cina di DUN Kuala Sepetang dan kawasan bercampur DUN Changkat Jering dan DUN Terong.

Dalam PRU12, DUN Changkat Jring dan Kuala Sepetang di menangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala DUN Terong dikuasai oleh UMNO/BN.

Dalam DUN Kuala Sepetang, PAS memenangi 6 daripada 13 UPU berbanding hanya 5 tahun lalu.

Dalam DUN Terong, PAS hanya menang 5 daripada 14 UPU, menurun sebanyak 2 UPU berbanding 7 yang dimenangi pada tahun lalu.

Manakala dalam DUN Changkat Jering, PAS menang 7 UPU daripada 11, turun satu daripada 8 UPU yang dimenanginya pada tahun lalu.

Menurut Hj Asmuni, ia adalah disebabkan oleh faktor calon, Ismail Saffian merupakan anak tempatan.

Daripada 2000 pengundi luar, katanya, 700 telah pulang dan mengundi PAS.

Asmuni, juga sependapat dengan ahli parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamluddin yang menegaskan semalam, keputusan PRKBG adalah satu referendum rakyat Perak terhadap tindakan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang baru, Dato; Seri Najib Razak.

Jumaat, 10 April 2009

Muslimat terkena 'ilmu hitam' ketika kempen?

Basiron Abd Wahab


KUANTAN - Yang Dipertua PAS Kawasan Inderamahkota, NasrulAmir Abdullah menyifatkan penggunaan ilmu hitam dalam pilihan raya parlimen Bukit Gantang 7 April lalu adalah perbuatan tidak bertamadun.

Beliau mendakwa, empat petugas muslimat daripada Inderamahkota terkena ilmu hitam menyebabkan mereka menghadapi masalah kesihatan dan histeria.

Difahamkan anggota muslihat terbabit terlibat dengan kempen dari rumah ke rumah. Bagaimanapun, mereka berjaya dipulihkan dengan bantuan daripada anggota perubatan Assyifa' yang turut berada di situ.

"Alhamdulillah keadaan mereka kembali pulih dan meneruskan kerja merayu undi pada hari mengundi," ujarnya.

Katanya, sepanjang penglibatannya dalam pilihan raya inilah kali pertama berhadapan dengan kes seumpama ini.

"Sebelum ini dalam pilihan raya di Kuala Terengganu, Permatang Pauh dan lain-lain tiada kes seumpama ini.

"Pada masa depan kita perlu berhati-hati kerana lawan yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk menang," katanya. - azm/mks._

Khamis, 9 April 2009

Bukit Gantang: Undi Melayu, Cina lebihi sasaran punca PAS menang

Oleh G. MANIMARAN


TAIPING: PAS, yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, memperoleh kira-kira 43 peratus pengundi Melayu - lebih daripada disasarkan parti itu.

Malah PAS juga memperoleh sokongan besar daripada pengundi-pengundi Cina kali ini untuk kekal di Bukit Gantang yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 1959.

"Sokongan kaum Cina dianggarkan naik daripada 65 peratus ketika Mac 2008 kepada 75 peratus kali ini," kata Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Asmuni Awi hari ini.

"Dari segi sokongan pengundi Melayu, kami sebenarnya hanya menjangkakan kira-kira 40 peratus tetapi kami peroleh hampir 43 peratus, ia melebihi sasaran kami," kata beliau.

Nizar memperoleh 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian menerima 19,071 undi dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris 62 undi.

Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 41,626 (75 peratus) naik tiga peratus dengan undi rosak sebanyak 456.

Nizar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, menang dengan majoriti 2,789 undi berbanding diperoleh Allahyarham Roslan Shaharum, dari PAS, sebanyak 1,566 undi. Mengenai sokongan pengundi India pula kata beliau, ia tidak jauh berubah dengan kekal dalam lingkungan 60 peratus berbanding 63 peratus ketika pilihan raya umum 2008.

Bahagian Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada 55,562 pemilih dengan kaum Melayu mewakili kira-kira 63.5 peratus, diikuti masyarakat Cina 27.1 peratus, India 9.1 peratus dan selebihnya kaum lain.

Kata beliau, walaupun ada usaha untuk menghalang arah aliran sokongan pengundi Cina dan Melayu kepada PAS tetapi pihaknya berjaya memperoleh sokongan besar.

Dari segi prestasi mengikut bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau berkata, pihaknya menerima sokongan memuaskan di DUN Kuala Sepetang.

Kali ini PAS memengani tambahan satu peti undi berbanding lima tahun lalu di DUN Kuala Sepetang.

Di bahagian itu, PAS memperoleh 8,466 undi berbanding 7,490 manakala BN juga mengalami kenaikan iaitu daripada 6,193 kepada 6,259.

Di DUN Changkat Jering, kali ini PAS kehilangan satu peti undi kepada BN iaitu Changkat Jering.

Pada pilihan raya umum lalu PAS menguasai lapan peti undi di DUN Changkat Jering yang wakilnya telah keluar PKR dan Pakatan Rakyat lalu bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Kedua-dua BN dan PAS memperoleh sokongan undi lebih baik kali ini.

PAS menerima 9,896 undi berbanding 9,163 Mac tahun lalu manakala BN pula 8,206 undi berbanding 7,939 undi.

Berhubung kedudukan di DUN Trong, yang dikuasai BN tahun lalu, PAS juga kehilangan satu peti undi. Tahun lalu kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat menguasai masing-masing tujuh peti undi.

Dari segi undi sokongan, kedua-dua BN dan PAS menerima peningkatan undi.

Misalnya PAS merekodkan 3,367 undi berbanding 3,301 tahun lalu manakala BN memperoleh 4,124 undi berbanding 4,021 undi Mac 2008.

Dari segi undi diperoleh, PAS menguasai DUN Kuala Sepetang dan Changkat Jering.

Rabu, 8 April 2009

Mantan PM tertipu

Yamin


Bukit Gantang – Mantan Perdana Malaysia Tun Dr. Mahathir yang keluar masuk Umno hari ini telah tertipu dengan kehadiran yang ramai dalam majlis yang diadakan di Simpang dekat sini.

Tinjauan Buletinonline mendapati di lokasi perhimpunan sempena kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang itu rata-rata mereka yang hadir bukanlah terdiri dari rakyat tempatan mahupun pengundi dalam kawasan tersebut.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Dato’ Mustafa Ali yang membuat pendedahan ‘hadirin palsu’ yang memenuhi padang adalah didatangkan dari daerah berdekatan.

“Mereka melakukan sedemikian adalah untuk memastikan Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir masih mempunyai sokongan yang padu daripada rakyat”.

“beliau (Tun Dr. Mahathir) lebih hebat daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Najib Razak,” kata Dato’ Mustafa

Mengulas lanjut, Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, “sekiranya para hadirin tidak diimport, secara psikologinya, maka sokongan moral akan menurun atau melemahkan semangat Kempen BN untuk pilihanraya P059 Bukit Gantang kali ini”.

Kemenangan bermakna Bukit Gantang

Ditulis oleh Te@M.IT


TAIPING : Kemenangan Pas di Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 2789 undi mengukuhkan lagi fakta bahawa rakyat menolak BN-UMNO.

Mesej yang jelas daripada rakyat ini sekaligus membenarkan kenyataan bahawa kerajaan yang ada di Perak sekarang diperoleh hasil rampasan kuasa yang kejam dan tidak bertamadun oleh UMNO.

Namun berita yang disiarkan di TV1 malam ini membuktikan tembok keegoaan mereka masih belum berjaya diruntuhkan ekoran kekalahan ini. TV1 dalam laporannya menyatakan bahawa kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang ini adalah hasil daripada undi simpati.

Biar apa pun dakwaan UMNO kemenangan ini adalah kemenangan rakyat. Kemenangan ini membuktikan bahawa suara rakyat tidak seharusnya diketepikan sama sekali.

Pakatan pertahan Bukit Gantang, anggap referendum rakyat

Oleh G. MANIMARAN


TAIPING:Bekas Menteri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Undi rosak adalah sebanyak 456.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai satu petanda rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Ketika ditemui pada sidang media, Nizar berkata, pihaknya akan meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

"Kita boleh memperoleh majoriti besar," katanya.

Beliau dibenarkan menyampaikan ucapan dari pentas sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Kerajaan negeri Perak diterajui Pakatan Rakyat tumbang awal Februari lalu selepas tiga wakilnya keluar parti masing-masing dan kini bertindak sebagai anggota Bebas.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan tersebut.

"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.

Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Pengumuman keputusan terganggu apabila ribuan penyokong menghalang ketibaan kereta pemimpin Pakatan Rakyat.

Bagi mengelakkan majlis pengumuman keputusan lewat, pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya termasuk Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff terpaksa keluar dewan dalam keadaan hujan untuk memujuk penyokong Pakatan Rakyat memberi laluan kepada kenderaan pemimpin parti itu.

Beliau menenangkan mereka kira-kira 10 minit.Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.

Calon Pas menang dengan majoriti 1,556 undi.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 55,426 daripadanya pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.

Kempen selama sembilan hari pilihan raya kecil ini bermula 29 Mac lalu.

BERITA TERDAHULU

Bekas Menteri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai referendum rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Malah beliau meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan hari ini.

"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.

Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.

Calon Pas menang dengan majoriti 1,556 undi.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 55,426 daripadanya pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.

Kempen selama sembilan hari pilihan raya kecil ini bermula 29 Mac lalu.

Sementara itu, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi.

Dia menewaskan calon Barisan Nasional (BN) S.Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.

Selasa, 7 April 2009

Pakatan kuasai dua bukit, BN di Batang Ai

MALAYSIA KINI


9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.

8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau, majoriti lebih kurang sama dengan yang dicapai oleh V Arumugam.

8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022.PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi.
Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi. PKR juga mendahului di Bukit Selambau.

8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

8.04pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi.
Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).

PAS hampiri kemenangan di Bukit Gantang

MALAYSIA KINI


8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi.

8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.

Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

8.04pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi.
Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).

7.56pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.

7.42pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,577 undi. PAS 14,720 undi, BN 12,143 dan bebas 32 undi.

7.36pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.
Parti itu tewas di tangan BN di dua daerah mengundi, Bukit Lembu dan Kuala Sin masing-masing 33 dan 210 undi.

7.32pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,380 undi. PAS 13,571 undi, BN 11,191 dan bebas 31 undi.

7.26pm Sumber rasmi SPR: BN mendahului PAS di Bukit Gantang dengan 799 undi. BN 2,048 undi, PAS 1,249 dan bebas 4 undi.

7.22pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,377 undi. PAS 11,375 undi, BN 8,998 dan bebas 29 undi.

7.21pm PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

7.12pm PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 900 undi.

7.00pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,776 undi.

6.44pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,768 undi.

6.34pm Menurut satu sumber MIC, persaingan "sangat, sangat, sangat sengit" antara calon BN Datuk S Ganesan dengan calon PKR S Manikumar di DUN Bukit Selambau.

6.30pm Penyokong BN dan PAS mula berkumpul depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang.

Maklumat SPR: Peratus keluar mengundi di Bukit Gantang 75.1 peratus, Bukit Selambau (70.28) dan Batang Ai (71.2).

BN menang besar di Batang Ai?

MALAYSIA KINI


7.00pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,776 undi.

6.44pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,768 undi.

6.34pm Menurut satu sumber MIC, persaingan "sangat, sangat, sangat sengit" antara calon BN Datuk S Ganesan dengan calon PKR S Manikumar di DUN Bukit Selambau.

6.30pm Penyokong BN dan PAS mula berkumpul depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang.

Maklumat SPR: Peratus keluar mengundi di Bukit Gantang 75.1 peratus, Bukit Selambau (70.28) dan Batang Ai (71.2).

6.23pm Tidak rasmi. BN menang di Batang Ai dengan majoriti lebih besar. BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak pada 2006.

5.56pm Para penyokong BN dan PAS dijangka berkumpul sebelah padang bandaran di depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang.

Hujan renyai-renyai. Belum kelihatan penyokong parti-parti berkenaan. Mereka kini sedang menikmati minum di restoran berdekatan selepas penat berkempen.

5.14pm Penat lelah merayu undi sepanjang hari ini berakhir jam 5 petang. Kini debaran para penyokong BN, PAS dan PKR bermula sementara menanti proses pengiraan undi di tiga kawasan pilihanraya.

Drama ejek-mengejek, membaling botol dan ketegangan sudah tamat, digantu dengan drama sewaktu keputusan diumumkan, paling awal kira-kira 9 malam ini.

Proses pengiraan di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dijadual bermula jam 5.30 petang ini.

Sementara bagi beberapa pusat pembuangan undi di Batang Ai yang ditutup jam 2 petang, kotak-kotak sudah dibuka untuk pengiraan mulai pukul 3 petang tadi di pusat penjumlahan undi.

Di Bukit Gantang, persaingan sengit antara calon BN Ismail Saffian dengan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS).

Di Bukit Selambau, dua daripada 15 calon menjadi tumpuan utama - S Manikumar (PKR) dan Datuk S Ganesan (BN), manakala di Batang Ai, majoriti yang bakal diperolehi BN menjadi fokus utama.

Pengiraan kotak undi dari 14 pusat pengundian di Batang Ai. Ia bermula pada jam 3 petang di pusat perjumlahan di kompleks sukan Lubok Antu.

Berdasarkan pengiraan undi setakat ini, BN mendahului, dengan memperolehi 331 undi, manakala PKR mendapat 300 undi. Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:

Ulu Engkari - BN 42, PKR 33
Bertik - BN 107, PKR 47
Sempang - BN 37, PKR 52
Delok - BN 86, PKR 21
Mengiling - BN 59, PKR 147

Situasi terkini di Bukit Gantang

Intan Abdullah & Johari Jaafar


BUKIT GANTANG - Pusat pengundian telah ditutup. Proses kiraan sedang bermula.

5.00 petang: Pusat pengundian telah ditutup.Dijangkakan proses kiraan di pusat berkenaan akan bermula jam 5.30 petang.

4.00 petang: Di Sek Ren Jen Keb Cina Phoay Eng, Kuala Sepetang, SPR mengatakan lebih 80 peratus daripada 1700 pengundi sudah keluar mengundi.

Berdasarkan pengamatan perayu undi dan petugas SPR, mood pengundi meningkat serta sokongan pengundi Cina memberangsangkan. Dato' Ngeh Koh Ham mengatakan peluang cerah bagi PAS bagi peti undi di Kuala Sepetang.

Hujan mulai turun dan petugas pilihan raya mengambil langkah berjaga-jaga.

3.15 petang: Suasana tegang berlaku di Pusat Pengundian SK Panglima Bukit Gantang apabila sebuah bas sekolah yang mempunyai nombor plat Kuala Lumpur berhenti di hadapan sekolah berkenaan pada jam 1.15 petang.

Bas tersebut dipenuhi dengan 30 orang wanita yang dipercayai pengundi hantu.

Apabila para penumpang tersebut cuba untuk turun mereka telah ditahan oleh penyokong PAS yang bertanya sama ada mereka adalah pengundi atau tidak? Tetapi para penumpang tersebut tidak memberikan respon.

Pertelingkahan berlaku di antara penyokong PAS dan BN dan bas tersebut terus berlaku dengan penumpangnya daripada kawasan tersebut.

Bas tersebut kemudiannya didapati berada di kawasan pusat operasi Umno.

Dalam suasana tegang itu, seorang penyokong PAS telah dibaling dengan botol air dan pengsan.

Enam buah trak FRU telah dikejarkan ke kawasan tersebut, dan menjelang jam 2 petang keadaan terkawal.

1.00 petang: Keadaan trafik di jalan-jalan utama seperti Jalan Changkat Jering dan Jalan Simpang mengalami kesesakan teruk.

Hujan mula lebat. Keadaan ini mungkin mengganggu kelancaran pengundian kerana dijangkakan ramai yang berhasrat untuk keluar mengundi di saat akhir terutamanya sewaktu rehat ketika ini.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar mengundi.

Calon BN buat laporan tentang gambar palsu

MALAYSIA KINI


Calon BN Ismail Saffian membuat laporan di balai polis Simpang di Perak berhubung penyebaran gambar yang telah diubahsuai yang menunjukkan beliau bersama dengan pelayan bar.

Dalam laporannya, Ismail mendakwa gambar tersebut terkandung di dalam sepucuk surat layang mengenai tuduhan tersebut.

Katanya, surat itu dialamatkan kepada Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak, memohon kemaafan kerana terbabit dengan pelayan bar terbabit.

"(Fitnah) bukan sebahagian daripada budaya orang Malaysia," katanya sambil menambah perbuatan itu memusnahkan reputasi dan keluarga.

Bercakap kepada pemberita di balai polis tersebut, Ismail menuduh PAS bertindak sedemikian kerana mahu mencemarkan nama baiknya.

Ismail tiba di balai tersebut sejurus selepas seorang perayu undi PKR juga membuat laporan polis kerana mendakwa kehormatannya telah dicabul.

Keadaan itu menyebabkan berlakunya ketegangan antara penyokong kedua belah pihak, yang berkumpul di depan balai polis tersebut, tetapi tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Dalam laporannya, perayu undi PKR itu yang berusia 20 tahun, berkata beberapa individu yang dipercayai petugas parti lawan, telah mengurungnya dan mencabul kehormatannya.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, Ismail berdepan dengan calon PAS, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Osman Jailu diejek 'pengkhianat'

MALAYSIA KINI


2.00pm Sebahagian besar pusat mengundi di Batang Ai telah ditutup, dan jumlah yang keluar mengundi adalah tinggi. Contohnya, di tiga daerah pengundian yang ramai - Sebangki, Mepi dan Batu Kaya - ramai yang keluar mengundi pagi tadi dan dua jam sebelum pusat itu ditutup, jumlahnya mencecah lebih 70 peratus.

Ia dipercayai ada kaitan dengan minat pengundi terhadap beberapa faktor termasuk pentingnya pilihanraya kecil DUN Batang Ai kepada PKR dan BN di Sarawak serta banyak isu-isu tempatan termasuk isu tanah adat. Pemimpin PKR dan BN masing-masing menyuarakan keyakinan untuk menang.

1.45pm Pemantau pilihanraya Mafrel melaporkan, sebuah bas yang disyaki pembawa pengundi hantu menimbulkan suasana kecoh di luar SK Panglima Bukit Gantang kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

Polis sedang mengawal keadaan di pusat pembuangan undi bagi parlimen Bukit Gantang itu. Hujan mula berhenti di banyak tempat dan jalan di sekitar Simpang mulai lengang.

Sementara itu, SPR menyatakan, kira-kira 50 peratus pengundi di Bukit Selambau telah memangkah calon masing-masing sehingga 1 tengah hari tadi.

1.17pm ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu mendakwa beliau mendapat ejekan daripada penyokong PAS dengan gelaran "pengkhianat" dan "lompat" apabila bekas wakil rakyat PKR itu tiba untuk membuang undi di SK Changkat Jering jam 10 pagi tadi.

Bekas exco kerajaan Perak yang kini ADUN bebas bawah parlimen Bukit Gantang memberitahu Malaysiakini, bagaimanapun penyokong PKR hanya diam sahaja.

Beliau keluar dari tempat pengundian kira-kira jam 12. Tiada kekasaran fizikal dilakukan terhadapnya.

1.02pm Kesesakan teruk di jalan-jalan utama yang menempatkan pusat-pusat pembuangan undi di parlimen Bukit Gantang.

Hujan yang mulai turun dijangka menambahkan lagi kesulitan orang ramai yang ingin keluar membuang undi.

12.40pm Sumber-sumber PAS dan PKR mendakwa gas pemedih mata dilepaskan di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering, Bukit Gantang susulan kekecohan antara penyokong BN dengan pembangkang.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan ini, setakat ini.

Ketua polis daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak berkata beliau tidak mendapat maklumat itu dan akan menyemak perkembangan tersebut.

Tambahnya, semua pusat pembuangan undi berjalan lancar kecuali kesesakan lalulintas di banyak kawasan.

12.08pm Walaupun tiada sebarang kekecohan di SMK Aman Jaya di di Bukit Selambau, kira-kira 30 anggota polis termasuk 10 anggota unit pencegah rusuhan mengawal keadaan.

Sementara di pusat pembuangan undi di SMK Pengkalan Aur dalam parlimen Bukit Gantang, lebih 35 peratus telah memilih calon masing-masing. Seramai 2,305 pemilih berdaftar di situ.

12.05pm Di DUN Bukit Selambau: Cif Inspektor Mohammad Shofee Tayib dari ibu pejabat polis daerah Kuala Muda mengesahkan bahawa sebuah bas yang disyaki membawa "pengundi hantu" telah ditahan oleh penyokong pembangkang di Gurun, kira-kira 20 km dari Sungai Petani.

UMNO ceroboh Pondok PAS

Ditulis oleh Te@M.IT


TEMELOK : Awal pagi tadi sekitar jam 2 pagi puak-puak UMNO telah datang ke pondok panas PAS di Temelok dan diiringi oleh pihak polis.

Menurut sumber, puak UMNO yang diiringi oleh pihak polis telah cuba untuk membuka kain rentang yang dipasang di pondok panas PAS di kawasan mengundi Temelok.

Menjadi persoalan, mengapa polis yang mengiringi mereka tetapi bukan pegawai SPR?

Berlaku sedikit kekesohan disitu yang menyebabkan beberaa petugas PAS disekitar di arahkan ke tempat kejadian.

Dilaporkan juga, kejadian tersebut adalah untuk mengaburi petugas PAS dimana sebanyak 4 buah bas telah telus ke Kuala Trong. Ia merupakan satu tektik untuk melekakan para petugas PAS.

Tetapi, mujurlah tidak semua petugas PAS berkejar ketempat kejadian dan dapat mengesan penyusupan bas tersebut.

Petugas PKR dakwa cuba dicabuli penyokong Umno

MALAYSIA KINI


PKR mendakwa seorang petugas wanitanya dikasari dan cuba dicabuli oleh penyokong BN semalam di bilik gerakan Umno di Bukit Gantang sewaktu kumpulan petugas itu melalui kawasan tersebut.

Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin mendakwa wanita itu "ditarik secara paksa ke dalam bilik khidmat masyarakat Umno atas tujuan cubaan mencabul kehormatan mangsa."

"Bagaimanapun, mangsa telah berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat," katanya dalam satu kenyataan.

"Berhubung kejadian ini, beliau (wanita itu) yang ditemani oleh petugas pilihanraya PKR dan saksi kejadian telah mengemukan dua laporan polis secara berasingan di balai polis Simpang, Bukit Gantang."

Tambahnya, insiden tersebut disahkan oleh pengarah pilihanraya Wanita PKR di parlimen tersebut Rodziah Ismail.

"Wanita PKR mengutuk sekeras-kerasnya insiden ini dan menyatakan rasa kesal terhadap tindakan media kawalan Umno-BN yang dilihat sebagai berat sebelah dan tidak beretika.

"Wanita PKR akan menyaman mana-mana media yang menyatakan bahawa laporan polis yang dibuat adalah laporan palsu; media berkenaan perlu memperbetulkan laporannya kerana bukti kejadian dan pencabulan kehormatan mangsa adalah jelas dan lengkap," kata Zuraidah.

"Insiden ini telah mengambarkan betapa sebahagian petugas pilihanraya Umno sanggup dan tidak teragak-agak melakukan perbuatan yang terkutuk dan melampaui batasan moraliti dan agama."

SUASANA PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG

MSTAR ONLINE


12.20 TENGAH HARI : Kira-kira 40 peratus telah membunang undi di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

10.00 PAGI : Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Misalnya, peratusan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih.

9.50 PAGI : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika menuju ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih dan Sekolah Kebangsaan Simpang.

9.45 PAGI : Cuaca terang. Proses pengundia berlajan lancar. Kesesakan lumpuhkan sebahagian kawasan Bukit Gantang.

9.20 PAGI : Wujud sedikit ketegangan di SK Panglima Bukit Gantang.

9.05 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

9.00 PAGI : Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang.

7.55 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian berkumpul di rumah Ketua Umno Bahagian, adakan doa selamat sebelum bertolak untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Gantang.

7.35 PAGI : Calon Pas, Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas Pas, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian.

Pusat pengundian pertama dikunjungi ialah Sekolah Menengah Aur Air Kuning,

Sambung amanah Almarhum Hj Roslan

Ditulis oleh Te@M.IT


BUKIT GANTANG : Hari ini dalam sejarah Malaysia berlangsungnya pembuangan undi secara serentak iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Dianggarkan seramai 98,000 pengundi berdaftar akan keluar mengundi di dalam ketiga-tiga pilihanraya kecil itu.

Bagi di parlimen Bukit Gantang, terdapat 55,562 pengundi berdaftar termasuk 136 pengundi pos dan 32 tempat mengundi disediakan untuk rakyat Bukit Gantang membuang undi.

Pada pilihanraya 8 Mac 2008 yang lepas, Almarhum Roslan Sharom dari PAS telah memenangi kerusi P059 dengan menewaskan calon BN iaitu Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dari BN dengan majoriti 1,566 undi dan calon Bebas M.Mohganan.

Beliau telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung.

Rakyat Bukit Gantang telah memberi amanah kepada PAS untuk menjadi wakil rakyat mereka pada pilihan raya umum ke-12 itu.

Diharapkan rakyat akan terus menyambung amanah tersebut pada hari ini dengan mengundi calon dari PAS iaitu Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Hj Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.

Pengganas PAS di Bukit Gantang?

Ditulis oleh Te@M.IT


PAS mengesyaki wujud komplot dari pihak luar yang berniat agar PAS digambarkan sebagai pengganas dan bakal menimbulkan huru-hara menjelang hari pengundian di kawasan Parlimen Bukit Gantang 7 April ini. Komplot ini jelas dirancang untuk mencemarkan nama baik PAS seterusnya mengelirukan para pengundi agar tidak mengundi PAS dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Komplot ini merancang supaya kumpulan pengganas tersebut yang digambarkan sebagai penyokong fanatik PAS bertindak membakar kereta lama milik pihak polis dalam satu kejadian di balai polis", demikian menurut pendedahan oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku maka ia akan sedikit sebanyak mencalar imej PAS bahkan akan menimbulkan pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku.

Namun PAS tetap optimis dalam perjuangannya, dalam usaha "mengekalkan kemenangan untuk rakyat" kerana PAS yakin dengan kebijaksanaan pengundi menerima dan menilai maklumat yang benar mengenai situasi yang berlaku ketika ini.

Justeru itu, PAS sememangnya bersyukur dan berbesar hati dengan kerjasama dan kepercayaan yang telah dan bakal diberikan khususnya daripada para pengundi di Bukit Gantang ini.

Semoga 7 April ini membawa perubahan yang baik kepada semua dan zahirkanlah sokongan padu anda kepada PAS sepenuhnya. Moh kite turun mengundi yop!

Isnin, 6 April 2009

PAS yakin menang lagi dengan undi Cina

Muda Mohd Noor


PAS dan BN masing-masing merasa calon mereka menang di Parlimen Bukit Gantang berdasarkan perkembangan terakhir menjelang hari mengundi esok.

PAS meramalkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan mendapat 60 peratus sokongan pengundi, termasuk sokongan padu pengundi kaum Cina yang berjumlah kira-kira 15,000 orang.

Umno pula mendakwa kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membantu berkempen calon BN, Ismail Saffian pagi tadi akan menarik sokongan pengundi Melayu serta pengundi atas pagar.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa ketika dihubungi hari ini berkata, Mohamed Nizar yang juga menteri besar Pakatan di Perak, boleh menang dengan majoriti sekurang-kurangnya 1,000 undi.

"Kedudukan terkini ialah Datuk Seri Mohd Nizar mendapat sokongan padu dari pengundi kaum Cina. Majoriti pengundi Cina bersama kita...trend sekarang sama dengan pilihanraya umum 8 Mac lalu.

“Pengundi Cina kata Mohamed Nizar akan menang sehingga 5,000 undi tetapi saya berpendapat tidak sampai sebanyak itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Pengundi Cina

Norazli juga menegaskan, pengundi Melayu yang menyokong bekas ahli Parlimen Roslan Saharum dalam pilihanraya umum lalu, akan terus mengundi Mohd Nizar esok.

“Tiada tanda-tanda mereka akan mengundi calon BN. Kita akan dapat apa yang diperolehi sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, kehadiran Dr Mahathir tidak memberi kesan besar kepada sokongan untuk PAS di kalangan pengundi Melayu.

Bagaimanapun, ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Bukit Gantang, Mohd Saadin Yusof pula berkata, ramai pengundi Cina yang akan mengundi Ismail, esok.

“PAS tidak akan dapat apa yang mereka perolehi dalam pilihanraya umum lalu kerana mereka akan mengundi BN.

“Maklumat ini berdasarkan risikan yang kita lakukan di kalangan pengundi Cina di sini (Bukit Gantang),” katanya.

Pengundi atas pagar

Mohd Saadin juga berkata, pengundi atas pagar menyebelahi calon BN kali ini.

Katanya, dalam pilihanraya umum lalu, BN tidak mendapat sokongan dari pengundi atas pagar.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu jumlah pengundi atas pagar itu tetapi mengatakan ia ramai.

“Orang Melayu akan lebih ramai mengundi Ismail kerana mereka marah dengan hubungan Mohd Nizar dan pemimpin DAP terutama sekali Nga Kor Ming.

“Satu lagi, penyokong Adun Changkat Jering, Osman Jailu yang sebelum ini mengundi PAS akan menyokong Ismail.

“Osman sendiri turut membantu calon BN. Ini bermakna undi untuk Mohd Nizar akan berkurangan berbanding yang diperolehi oleh Roslan Saharum,” katanya.

Umno beli 400 helai baju PAS for all

SIASAH DAILY


BUKIT GANTANG : Bilik gerakan PAS Bukit Gantang mengesan Umno telah membeli 400 helai baju-T yang bertulis "PAS for All" di belakang dan hadapan baju tersebut.

Perbuatan ini didakwa dilakukan oleh ahli Umno dari negeri Pahang untuk menyamar dan ditempatkan di bahagian penyediaan makanan markas PAS.

Langkah ini dibuat supaya makanan yang disediakan keracunan dan petugas yang bertugas akan gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna akibat terkena racun dalam makanan itu seperti cirik-birit dan tidak sihat.

Demikian beritahu Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat Pusat, Datuk Mustafa Ali kepada pemberita dalam sidang medianya di Markaz PAS negeri, di Air Kuning.

Bukan setakat itu, petugas Umno dan BN juga telah memukul seorang petugas PAS di Kampong Jaha, Matang, katanya.

Mangsa, Mohd Azmi Mohd Zin dikatakan dipukul oleh petugas Umno/Bn apabila Azmi dikatakan mahu melaporkan kepada pemantau Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai bendera yang dipamerkan tidak mengikut peraturan selain banner-banner yang diletakkan tidak ada kena mengena dengan parti yang bertanding.

Apabila ahli Umno mendapat tahu bahawa mangsa adalah petugas PAS, ahli-ahli Umno bertindak kasar dengan memukul mangsa di hadapan pemantau SPR.

Dalam sidang media yang sama, Pengarah Operasi pilihan raya kecil ini, Asmuni Awi mendedahkan Umno telah menghantar skuad untuk merosakkan poster Barisan Nasional (BN) dan menuduh ahli-ahli PAS yang melakukannya.

AJK Bahagian keluar Umno

Saidah Hairan


KUALA SEPETANG - AJK Wanita Umno Bahagian Matang Gelugur Tun binti Harun mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai PAS kerana menjemput muslimat PAS membaca yasin di rumahnya.

Beliau berkata, tindakan keluar Umno disebabkan rasa tidak puashati dengan sikap Umno Bahagian yang menyingkirkannya daripada menjalankan tugas dalam pilihan raya Parlimen Bukit Gantang.

Penyingkiran itu disebabkan beliau mengikuti kumpulan Muslimat PAS membaca yasin di rumahnya dan tindakan itu tidak disenangi oleh pihak Umno.

Menurutnya, selepas ini ahli keluarga akan mengikut jejak langkah untuk keluar daripada Umno.

Pengisytiharan itu dibuat di rumahnya dan disaksikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta isteri; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Pesuruhjaya; Ustaz Ahmad Awang serta pimpinan PAS negeri.

Beliau turut berceramah bersama-sama Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu di rumahnya malam tadi. _