Memaparkan catatan dengan label PRK - MERLIMAU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK - MERLIMAU. Papar semua catatan

Isnin, 7 Mac 2011

DUN Merlimau: Saya akan pantau Roslan, kata calon PAS



Calon PAS Yuhaizat Abdullah ketika mengunjungi pusat pengundian di Merlimau . — Foto oleh Jack Ooi

JASIN — Walaupun tewas pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, namun calon PAS Yuhaizat Abdullah tidak sedih mahupun kecewa, sebaliknya berjanji akan terus bekerja lebih kuat bagi memastikan segala janji ditaburkan Barisan Nasional (BN) ditunai.

Yuhaizat tewas kepada calon BN Roslan dengan majoriti 3,643 undi.

Beliau mendapat 2,319 manakala Roslan memperoleh 5,962 seterusnya memastikan Merlimau kekal kubu kuat BN.

“Keputusan kita dah tahu dan saya ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada calon BN Roslan Ahmad atas keputusan ini, saya juga akan terus berusaha dan pastikan segala janji yang dikatakan BN sebelum ini ditunaikan,” kata Yuhaizat pada sidang media di Markas PAS di sini.

Jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka itu, beliau akan menjadi pemantau prestasi Roslan dan berharap wakil rakyat baru itu dapat menjalankan tugas dengan baik seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dibuat sebelum ini.

“Saya akan jadi pemantau kepada Roslan, walaupun tewas saya tidak sedih atau kecewa kerana saya masih ada pengundi yang bersama dengan saya.

“Dalam pilihan raya kecil bukan mudah untuk mendapat 2,319 undi dan saya akan pastikan segala janji akan dikotakan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Adly Zahari berkata banyak faktor yang menyebabkan kekalahan PAS di Merlimau dan satu “bedah siasat” akan diadakan bagi mencari punca-punca pihaknya kalah.

“Kita akan buat analisis, setakat ini kita masih belum tahu apa punca tapi banyak faktor yang menyebabkan kita kalah.

“Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada PAS,” katanya.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Merlimau menunjukkan bahawa BN masih lagi relevan di kawasan tersebut dan agak sukar untuk PAS menembusi kubu kuat BN itu.

Kemenangan di Merlimau menyaksikan BN mengekalkan kemenangan tanpa kalah susulan kejayaan merampas balik kerusi DUN Galas, Kelantan dan mempertahankan kawasan Tenang, Johor Januari lalu.

Ahad, 6 Mac 2011

Merlimau: 76.7 peratus sudah mengundi

MALAYSIA KINI

Proses pengundian bermula hari ini bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Kerdau di Pahang dan DUN Merlimau di Melaka.

Kedua-dua kawasan yang menyaksikan proses kempen pilihan raya yang suram ini merupakan kubu kuat BN dan para penganalisis membuat bacaan awal bahawa parti itu akan memenangi kedua-dua kerusi.

azlanDi Merlimau pula, pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya.

Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India.

Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung.

Di Kerdau, calon PAS Hassanuddin Salim berdepan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad bagi menentukan sokongan dari kalangan masyarakat Melayu yang membentuk hampir 90 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di sini.

Hassanuddin Salim yang tewas dalam pilihan raya umum 2008 bagi kerusi ini akan membuang undi di Telok Sentang manakala calon Syed Ibrahim akan mengundi di Kuala Tekal.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

LAPORAN LANGSUNG DI MERLIMAU

4.40pm 76.87 peratus atau 8,181 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 4 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

3.39pm Hujan lebat turun di bahagian utara DUN Merlimau, bermula dari Kampung Lipat Kajang.

Ditanya sama ada ia akan menjejaskan sasaran PAS untuk mendapatkan 78 peratus pemilih keluar mengundi hari ini, pengarah bilik gerakan parti itu di Merlimau, Jasme Tompang berkata pihaknya masih berharap.

"Pengundi masih keluar mengundi di Tenang, walaupun berlaku banjir," katanya.

PAS, katanya, percaya mempunyai peluang untuk menang dengan majoriti tipis sekitar 61 undi, sekiranya cukup pemilih yang keluar mengundi hari ini, terutama pengundi atas pagar dan mereka yang pertamakali mengundi, yang terdiri daripada 15 peratus jumlah pengundi di Merlimau.

3.30pm Di SRJK(C) Merlimau, selepas tersebarnya dakwaan berlakunya pembelian undi, kira-kira 200 meter dari sekolah tersebut, sentimen penyokong menjadi panas, dan berlaku insiden jerit-menjerit.

NONESeorang penyokong DAP, Tuw Ah Mei, menunjukkan wang kertas RM10 pada penyokong BN, manakala yang lainnya menyanyikan lagi Tahun Baru Cina "Gong Xi Gong Xi", sebagai membayangkan bahawa penyokong BN telah mendapat habuan yang baik, dalam pilihan raya kecil kali ini.

Penyokong Pakatan melaungkan "Mongolia", "Jatuh Najib dan Rosmah!" "Duit rasuah!" manakala penyokong BN membalas dengan laungan "liwat!"

3.30pm 72.6 peratus atau 7,722 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 3 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

2.40pm 66.8 peratus atau 7,133 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 2 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

2.31pm Langit mulai mendung, kemungkinan hari akan hujan.

1.30pm: 61.38 peratus atau 6,555 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

1.05pm Di pusat mengundi Permatang Serai, penyokong PAS kelihatan marah terhadap polis dan SPR kerana membenarkan penyokong BN melepasi halangan, untuk mengiringi pengundi ke kaunter SPR.

Penyokong wanita dari kedua belah pihak menjerit antara satu sama lain.

Seorang penyokong wanita BN dilihat sengaja memprovokasi penyokong PAS dengan berjalan menghampiri mereka seperti gaya seorang model. Penyokong PAS bagaimanapun, tidak memperdulinya.

NONE1pm Masa makan tengahari. Penyokong kedua belah pihak sedang
menjamu selera di bawah pokok. Begitu juga dengan anggota polis anti-rusuhan.

12.45pm Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba di pusat mengundi Permatang Serai di SK Merlimau. Kedua-duanya tidak memasuki pusat mengundi tersebut.

Kerana cuaca yang panas, penyokong BN menggunakan payung untuk membawa pengundi ke kaunter SPR.

Permatang Serai merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu dengan 82.6 peratus Melayu, 16.9 peratus Chinese and 0.5 peratus India.

BN menewaskan PAS dengan majoriti 453 undi dalam pilihan raya umum 2008. Ketika itu, BN mendapat 1,025 undi manakala calon PAS memperolehi 562 undi.

NONE12.30pm Merlimau: Pada SJK (T) Jasin Lalang, yang terletak di dalam Estet Jasin, anggota polis anti-rusuhan telah ditempatkan di situ sejak jam 7 pagi bagi menghadapi sebarang insiden tidak diingini. Pusat mengundi yang lain tidak dikawal seketat itu.

Ia menjadi pusat pengundian bagi pengundi dari Jasin Lalang, yang terdiri daripada 51.4 peratus India, 12 peratus Cina, 36.5 peratus Melayu dan 0.1 peratus lain-lain.

52 peratus pengundi di pusat mengundi ini telah mengundi setakat ini dan keadaan tenang sahaja di situ.

Penyokong PAS menyuarakan rasa kecewa mereka terhadap penyokong BN kerana memanggil mereka dengan pelbagai gelaran seperti 'lembu' dan mengejek dengan laungan 'buntut'.

Penyokong BN juga melaungkan kepada muslimat PAS supaya jangan bercakap kerana suara mereka adalah 'aurat'.

12.40pm: 54 peratus atau 5,746 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

NONE12pm Ahli parlimen Kota Melaka Sing Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau .

Sim, bersama seorang jurugambar akhbar China Press dan dua orang lagi, telah pergi ke rumah tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku di situ.

Dalam laporannya itu, dia mendakwa mendapati seorang ahl majlis dari MCA dan tiga orang lagi, sedang memberi wang kepada pengundi.

Jurugambar tersebut mengambil beberapa gambar, tetapi dipaksa memadamkannya.

Bagi mengelak perkara tidak diingini, Sim berkata, dia meminta jurugambar itu memadam gambar-gambar tersebut. Dia kemudiannya beredar dari situ dan membuat laporan polis.

Sim berkata, dia menganggapnya sebagai perbuatan membeli undi.

11.40am 43 peratus atau 4,571 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

11.39am Suasana di Ayer Merbau kembali tenang apabila kumpulan Pemuda PKR beredar menuju ke pusat mengundi yang lain.

NONETetapi sekumpulan Pemuda BN kedengaran mengusik janggut penyokong PAS.

"Janggut sunah Nabi! Ni la bodoh, bangang," jawab seorang daripada mereka.

11.14am Seorang pengundi di Ayer Merbau Lim Lam Seng, 50, memuji BN.

"Jalan-jalan semuanya dipasang lampu dan kami tidak takut lagi pada waktu malam. Kini mereka membina sebuah taman tema air di Chinchin, yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," kata Lim, yang menjadi satu ahli MCA sejak 1983.

11.10am Di SK Merlimau, keadaan jadi panas apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba untuk melawat pusat mengundi dan kedai-kedai berhampiran Merlimau Utara.

Penyokong Pakatan melaungkan "rasuah, rasuah".

NONEKetika ditemui Malaysiakini, Mohd Ali menafikan tuduhan tersebut
sambil berkata Umno Bersih dan mereka (negeri Pakatan) yang rasuah, dengan mendakwa berlakunya 'rompakan' balak di Kelantan sejak 21 tahun lalu, dan mencuri pasir di Selangor.

Penyokong BN kelihatan membawa kain rentang bertulis "Selamatkan Malaysia dari Pembohongan".

11.05am Seorang anggota Wanita Umno dari Wilayah Persekutuan, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Zabedah berkata, dia berada di Ayer Merbau sejak 25 Februari.

"Ini untuk negara," katanya sebelum melaungkan "masuk BN, tinggalkan lempeng (merujuk kepada lambang PAS)."

10.55am Calon PAS Yuhaizad Abdullah melawsat pusat mengundi SK Merlimau 2 - tempat mengundi bagi pengundi dari Merlimau Utara, di mana 42.3 peratus adalah Melayu, 17.1 peratus Cina dan 40.1 peratus India.

Calon BN menang di Merlimau Utara dalam pilihan raya lalu dengan mendapat 234 undi manakala PAS memperolehi 174 undi.

10.52am Merlimau: Kira-kira 20 penyokong BN berarak menuju ke pusat mengundi Ayer Merbau, mencetuskan insiden jerit-menjerit dengan pesaing mereka dari Pakatan.

Pemuda PKR melaungkan "Sapu Malaysia" dan "1Islam!" setiap kali Pemuda BN melaungkan "1Malaysia!"

Ayer Merbau mempunyai jumlah teramai pengundi Cina di antara tujuh daerah pengundi, dan tempat terletakkan bilik operasi PKR bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

NONE10.45am Di Ayer Merbau, penyokong BN melaung "Si ketot!", "Calon
tak jadi!" dan "skuad liwat!" ketika ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tiba di situ.

Seorang penyokong PAS dari Johor, Rokiah Bakar merungut "Manusia macam setan. Rosak orang macam ni". Dia memijak bendera BN sambil berkata adalah "syirik" umat Islam menggunakan simbol dacing.

10:39am Di pusat pengundian Ayer Merbau - SRJK (C) Merlimau - penyokong BN mengusik penyokong PAS, yang sebahagian besarnya adalah wanita.

"Ni semua nak mati dah!" kedengaran seseorang melaung ke arah seorang penyokong PAS yang sudah berusia.

NONE10.35am Sehingga jam 10 pagi, 30 peratus atau 3,175 orang sudah mengundi.

10:05am Konvoi motosikal BN berlegar di sekitar pekan Merlimau. Mereka memakai baju biru BN dan mengebarkan bendera BN.

09:56 Perniagaan laris di gerai keropok lekor di seberang jalan pusat pengundian. Pemilik, Mohd Zaid - penduduk tempatan Chinchin - berkata dia membuka gerai sejak jam 7 pagi. Dia dan isterinya mengundi sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi

NONE9.42am Yang paling vokal di Chinchin adalah NGO Skuad Teraju Elit Pemuda Selangor (Steps), yang sebelum ini dilihat menyertai demonstrasi anti-kerajaan negeri di Selangor.

9.35am Penyokong PAS mengadu bahawa polis tidak bersikap adil kerana melarang penyokong PAS daripada melintasi garisan yang dipasang di pusat mengundi, sedangkan penyokong BN dibenarkan berbuat demikian.

Anggota Unit Amal PAS, Md Razi Jamaludin, 38, tidak puas hati terhadap perkara tersebut. Dia juga menafikan semangat anggota parti itu rendah kerana parti itu dijangka tewas di Merlimau.

Sebaliknya, katanya, semangat mereka adalah tinggi serta optimis untuk menang, tetapi mereka terpaksa berpecah antara dua pilihan raya kecil - Merlimau dan Kerdau, dan sebahagianya dihantar untuk mengiringi calon parti itu Yuhaizad.

9.25am: Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sehingga jam 9 pagi, 15 peratus atau 1,500 orang sudah mengundi.

9.16am Penyokong PAs pula membalas dengan melaungkan ke arah Puteri Umno, "mengandung, mengandung". Mereka kemudiannya diarah oleh pemimpin mereka supaya berhenti berbuat demikian.

NONE9.05am Calon BN, Roslan Ahmad serta isterinya beredar dari tempat
mengundi dan tempat kira-kira 350 penyokong BN di situ. Beberapa penyokong BN sudahpun kedengaran mengucap tahniah atas "kemenangannya".

Puteri Umno dan Wanita Umno mengebar bendera parti dan menyanyi lagu 'Inilah Barisan Kita".

9.01am Calon PAS, Yuhaizad mengetuai bacaan doa di markas PAS bersama kira-kira 100 penyokong.


Kira-kira 76 peratus pengundi di stesen mengundi Chinchin adalah Melayu. Ini merupaka kampung halaman Yuhaizad. PAS mendapat satu perempat daripada undi di situ pada 2008.

NONE8.40am Roslan beratur di salah satu saluran mengundi tetapi
kemudiannya mendapati dia masuk bilik yang salah untuk hendak mengundi.

Ini mencetuskan sedikit kekecohan di kalangan jurugambar kerana mereka terpaksa bergegas ke bilik lain.

Secara kebetulan, isteri Roslan juga melakukan kesilapan yang sama dengan masuk ke bilik yang salah ketika hendak mengundi.

8.10am Di daerah pengundian Merlimau Pasir, dua wartawan TV dari Aljazeera diarah keluar oleh anggota polis dari kawasan sekolah ketika mereka mahu mewawancara pengundi.

NONEPolis melarang wartawan stesen TV untuk berbuat demikian dalam kawasan sekolah.

Pengundi mula tiba di SK Merlimau untuk mengundi. Daerah mengundi tersebut mempunyai 2,180 pengundi. BN menang dengan majoriti 393 undi - dengan memperolehi sejumlah 985 undi dalam pilihanraya umum lalu.

Calon BN, Roslan Ahmad akan mengundi di sini.

8.00am Merlimau: Pusat pengundian dibuka secara rasmi bagi kawasan pilihan raya ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya meramalkan jumlah keluar mengundi mencapai kadar 80 peratus, namun pengundi dinasihatkan supaya keluar awal kerana ribut petir dijangka berlaku di sebelah petang.

ADUN Baru Merlimau Angkat Sumpah Isnin

Ditulis oleh BERNAMA



JASIN : Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merlimau yang akan dipilih pada pilihan raya kecil kawasan itu esok, dijangka mengangkat sumpah Isnin ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Othman Muhamad berkata, upacara angkat sumpah itu dijangka diadakan sebelum perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Melaka Ke-12 pada 10 pagi hari tersebut.

"Notis untuk persidangan DUN telah diserahkan kepada semua ADUN kira-kira sebulan lepas," katanya kepada pemberita.

Othman berkata, beliau akan menyerahkan notis mengangkat sumpah dan menghadiri persidangan DUN kepada ADUN baru Merlimau selepas menerima surat keputusan rasmi pilihan raya kecil itu daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Beliau menjangkakan surat keputusan rasmi itu akan diterimanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu malam esok dan menurutnya majlis angkat sumpah itu adalah yang terpantas dalam sejarah DUN Melaka.

"Kira-kira 12 jam selepas umum ADUN baru Merlimau, kita adakan angkat sumpah, selalunya kira-kira sebulan selepas pilihan raya di Melaka baru angkat sumpah, saya sudah rujuk semua peraturan dan tiada apa-apa halangan kita berbuat demikian," katanya.

Merlimau: Undi BN diramal naik, Pakatan kekal sokongan Cina

TERKINI

KUALA LUMPUR — Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Merlimau esok “sudah boleh dijangka” tetapi arah aliran sokongan bukan Melayu khususnya masyarakat Cina diramal”kekal” di tangan Pakatan Rakyat, demikian menurut kajian Ilham Centre.

Pengundian pilihan raya kecil serentak itu diadakan esok.

“Ilham Centre melihat status quo kerusi Umno-BN di Merlimau dapat dikekalkan oleh BN-Umno.

“Peratusan pengundi kepada BN dilihat melonjak sedikit berbanding keputusan pilihan raya 2008. Ini disimpulkan berdasarkan kelebihan yang dimiliki oleh BN-Umno,” demikian menurut kenyataan dikeluarkan hari ini.

Namun kata Ilham Centre, BN masih gagal memperoleh keyakinan kalangan poengundi masyarakat Cina untuk menyokong Umno-BN dengan gerakan yang konsisten oleh jentera DAP dalam membantu PAS di sini.

PAS bergandingan dengan DAP dan PKR di bawah Pakatan Rakyat.

“Bebanan sekarang tertanggung di atas bahu PAS dalam meyakinkan pengundi Melayu khususnya untuk menterjemahkan kepada undi dalam tempoh terdekat sebelum tempoh berkempen tamat tengah malam ini,” katanya lagi.

Ilham Centre berkata, jika diukur pada respons pengundi kepada kempen oleh jentera perikatan itu yang begitu dominan menenggelamkan kekuatan PAS.

Menurut Ilham Centre, jika dilihat dari segi kekuatan calon, Roslan Ahmad dari BN lebih terkehadapan dengan 80.8 peratus dikenali oleh responden manakala calon PAS, Yuhaizat Abdullah hanya mencattatkan 55.8 peratus populariti.

Pun begitu, kajian juga menunjukkan jentera DAP dilihat begitu bersungguh-sungguh meyakinkan pengundi Cina untuk menolak BN dalam kempen mereka.

“Mereka juga begitu komited menjaga peti-peti undi majoriti Cina bagi memastikan jentera MCA tidak akan memanipulasi perubahan undi Cina kepada BN dalam pilihan raya ini. Paten pengundi Cina di sini dijangka kekal.

Kajian ini telah dijalankan pada 2 dan 3 Mac lalu untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.

Tinjauan ini dilakukan di semua daerah mengundi iaitu Pangkalan Saman, Permatang Serai, Merlimau Pasir, Merlimau Utara, Jasin Lalang, Chin Chin dan Ayer Merbau dengan menemu bual 423 pengundi berdaftar secara bersemuka.

Ilham Centre juga berkata, kajian mereka menunjukkan kekuatan dan gerakan agresif jentera bersepadu BN melalui eksploitasi media arus perdana, jentera kerajaan peringkat negeri dan persekutuan seakan tidak termampu untuk jentera PAS yang turun sekadar ala kadar mengimbangi persaingan demokrasi kali ini.

“Akibatnya, pengundi tenggelam perhitungan dangan kempen BN yang lebih mengasak dan mendesak survival pengundi dari aspek keselamatan sosial dan janji habuan selepas pilihan raya,” katanya.

Oleh itu katanya, keputusan pilihan raya kecil kerusi Merlimau dijangka memihak kepada calon BN dengan majoriti lebih besar daripada keputusan pilihan raya umum 2008.

Malah menurut Ilham Centre, hasil kajian Merlimau seakan selari dengan beberapa paten populasi dalam pilihan raya kecil lainnya yang mana memperlihatkan kecenderungan utama pemilihan pengundi masih meletakkan kepada kekuatan parti berbanding calon dan isu.

“Faktor parti diwakili 63.8 peratus daripada keseluruhan responden,” katanya lagi.

Mengenai jenis isu yang mempengaruhi pengundian responden, Ilham Centre berkata, ternyata isu tempatan adalah lebih dominan berbanding isu nasional apabila isu tempatan mencatatkan 49.2 peratus berbanding isu nasional hanya sebanyak 18.9 peratus.

Antara isu serangan kepada peribadi calon PAS ialah mengenai kredibiliti Yuhaizat yang mendiami di kuarters kerajaan di atas kelayakan isterinya sebagai sebagai guru, yang dilihat oleh Umno sebagai seorang calon tidak ada kredibiliti mencatatkan sebanyak 42.6 peratus iaitu sedikit sebanyak mempengaruhi pola pengundian.

“Isu-isu tempatan lain ialah isu kemudahan awam yang kurang memuaskan dan isu pemilikan tanah,” kata firma kajian ini.

Ilham Centre juga berkata, berdasarkan pemerhatian perbandingan dalam siri-siri pertembungan PAS dan Umno dalam pilihan raya kecil, pertembungan di Merlimau memperlihatkan jentera tidak dikoordinasi dengan kekuatan yang optimum.

“Berdasarkan respons daripada dapatan lapangan seakan mengesahkan bahawa kehadiran PAS dalam pertembungan PAS dengan Umno hanya sekadar mencabar dan ‘berdakwah’ dan bukannya hadir untuk mencapai kemenangan.

“Penyusunan siri-siri ceramah dan kempen yang melibatkan kepimpinan parti ini juga tidak menampilkan sepenuh kekuatan parti ini dalam usaha mencabar jentera BN-Umno yang agresif,” katanya lagi.

Ia juga menambah, calon PAS juga terlalu mengikut rentak dan liuk lentok serangan BN-Umno dan ia melihat kepada kenyataan media dan ceramah beliau menjawab semua serangan pihak lawannya seakan ia ingin memenangi hujah.

“Ini jelas dan ketara seolah melihatkan calon PAS seakan bermasalah dan sepatutnya memberi tumpuan dalam usaha kepada rayu undi dan menjelaskan dasar-dasar Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Ilham Centre juga berkata, kempen PAS kurang mendasar atau merapat kepada akar umbi berbanding jentera Umno.

“Berdasarkan perbandingan gerakan kempen yang efektif, BN mempunyai kelebihan berbanding dengan PAS. Jentera BN yang dilihat mengeksploitasi segala kelebihan terutama jentera kerajaan negeri dan pusat untuk menyokong parti yang bertanding seakan mengunci kempen PAS dalam pilihan raya kali ini.

“Kempen PAS tidak mendasar dan terus kepada pengundi, sebaliknya hanya bergantung kepada risalah yang terhad menyekat peluang PAS meyakini pengundi di sini. Rata-rata responden tidak terkesan dengan penerangan oleh PAS berbanding BN-Umno,” katanya.

Menerusi maklum balas di kalangan pengundi di Merlimau, kata Ilham Centre, kekuatan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam agak signifikan kepada penduduk setempat walaupun imej beliau di peringkat nasional agak buruk.

“Kempen 1 Malaysia yang dibawa oleh jentera BN kelihatan diterima di peringkat bawahan. Ini boleh dilihat apabila 56.5 peratus responden memberikan respons positif kepada kempen ini,” katanya lagi.

Sabtu, 5 Mac 2011

S.Manikavasagam : Tabur Risalah Perkauman, Taktik Kotor Umno-BN

TVS NEWS


SHAH ALAM : Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam yakin tindakan menyebarkan risalah berbaur perkauman pada pilihanraya kecil DUN Merlimau adalah sebahagian taktik kotor Umno-BN dan usaha terdesak parti itu.

Beliau berkata, risalah yang disebarkan tertera perkataan 'Keling tak sedar diri' dengan logo Pertubuhan Pribumi PERKASA itu, jelas menunjukkan bahawa Umno-Bn sudah kehilangan modal apabila sanggup menanam kebencian kaum dikalangan masyarakat di Merlimau.

"Ketua Pemuda AMK sudah membuat laporan. Kita minta pihak polis menyiasat. SPR juga harus siasat, bagaimana risalah ini boleh dikeluarkan. ini memang menyentuh perasaan terutama masyarakat india," katanya.

"Keluar risalah seperti ini memburukkan orang India, saya ingat tidak betul. Ini bukan caranya. Dulu tidak ada provokasi sebegini (perkauman), berbanding sekarang terlalu banyak menyentuh sensetiviti dan menghina, cukuplah," ujarnya lagi.

Beliau menambah, pilihanraya yang bersifat demokrasi seharusnya dijalankan tanpa sebarang kejadian yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di antara masyarakat Melayu, Cina dan India.

Namun, beliau kesal, apabila ada sesetengah penyokong yang bertindak agresif serta tidak memikirkan sensetiviti perkauman di negara ini.

"Pilihanraya ini bebas. saya sedih melihat keadaan seperti di Merlimau apabila saya sendiri tidak boleh masuk ke estate. kalau pilihanraya bebas, mana-mana parti atau orang boleh berjumpa.

"saya minta perkara ini disiasat secara serius dan secepat mungkin," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak polis yang dilihat seolah-olah menutup mata apabila hanya bertindak cepat jika laporan yang diadukan oleh pihak Umno-BN, sebaliknya, tidak mengambil tindakan sekiranya aduan dibuat oleh Pakatan Rakyat.

"Risalah-risalah (menghina kaum) yang dikeluarkan itu harus diambil tindakan. Kalau Umno-BN buat laporan terus mereka (polis) dengan cepat mengambil tindakan. tetapi jika kita (PKR) tidak diambil tindakan atau siasat.

"Sepatutnya SPR adil, jika PKR gantung banner dia turunkan. Tapi kalau BN, dia tak turunkan malah lebih banyak lagi yang dinaikkan. Ambillah tindakan. Pihak kita (PKR) tidak ada satupun banner seperti itu dinakkan," katanya lagi.

Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Md Akin sudah membuat dua laporan di balai polis Merlimau berkenaan tindakan liar pihak tertentu menyerang kenderaannya dan risalah berbaur perkauman yang tertera dengan logo PERKASA

Laporan kedua PKR dibuat oleh Shamsul adalah berhubung 'serangan' ke atas beberapa kenderaan PKR termasuk yang digunakan bagi membawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Serai pada 2 Mac lalu.

Risalah berbaur perkauman itu dijumpai di peti surat penduduk sekitar Kampung Ayer Merbau semalam.

Ia kelihatan seperti halaman utama akhbar Utusan Malaysia, milik Umno dengan perkataan "Keling tak sedar diri".

Dua hari sebelum hari penamaan calon, beberapa risalah yang dijumpai melabelkan Cina sebagai 'pengkhianat'.

Kain rentang PAS di sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya juga turut dibakar.

SPR: Tunjuk bukti jika ada pelajar IPT jadi pengundi hantu Merlimau

JASIN — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin tidak wujud pengundi hantu, yang didakwa PAS akan digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangannya pada pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau esok.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sekiranya pihak tertentu termasuk parti politik yang bertanding di kawasan itu mempunyai maklumat mengenai kewujudan pengundi hantu, mereka hendaklah membuat laporan segera kepada SPR untuk tindakan lanjut.

“Setahu saya tiada pengundi hantu, kalau ada dapatkan nama, kad pengenalan dan gambar serah kepada SPR.

“Tapi kalau pengundi itu belajar di tempat lain, Kuala Lumpur atau Klang yang mana mereka balik mengundi, mereka adalah pengundi yang sah bukan pengundi hantu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tegas Abdul Aziz, SPR akan menyiasat dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang menyamar sebagai pengundi.

“Jika ditangkap dia menyamar sebagai pengundi SPR akan mengambil tindakan tegas, kita akan tahan dan siasat mereka yang terlibat.

“Tapi kalau pengundi itu adalah pengundi luar yang balik menjalankan tanggungjawab kita nak cakap apa? Tiada pengundi hantu,” katanya.

Laporan The Malaysian Insider awal pagi ini menyebut PAS mendakwa BN menawarkan “habuan” kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengundi mewakili pengundi tertentu — bertindak sebagai “pengundi hantu” di kerusi Merlimau.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat BN telah memberi “habuan” yang besar kepada 750 pelajar untuk menjadi “pengundi hantu”.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Aziz mengingatkan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau bahawa tempoh berkempen tamat pada tengah malam ini.

“Segala bentuk kempen selepas itu tidak dibenarkan, saya rasa tempoh lapan hari diberikan SPR sudah cukup.

“Penyokong parti politik juga tidak dibenarkan lagi untuk berkempen, meraih undi, merayu undi, tak dibenarkan gunakan pejabat peti-peti undi untuk tujuan berkempen, esok juga tiada kempen,” katanya.

Beliau menjangkakan 80 peratus pengundi akan keluar mengundi di kedua-dua kawasan itu sekiranya cuaca baik.

“Tapi saya minta pengundi keluar awal esok, penyokong parti pula jangan terlalu emosional,” katanya.

Keputusan dijangka diumumkan pada pukul 8 malam.

Jumaat, 4 Mac 2011

Anwar, Ummi Hafilda 'bersilat' lidah

Jimadie Shah Othman
Ceramah sulung melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Ali - saksi penting kes liwat 1998 - di Kerdau pada Khamis malam dicemari ejek-mengejek, sindir-menyindir dan jerit-menjerit antara penceramah dan penonton yang hadir.

NONESejak awal lagi, perkara itu dijangka berlaku apabila Ummi Hafilda yang juga adik kepada Azmin - timbalan presiden PKR - mengadakan ceramah di Felcra Rumpun Makmur, di tempat yang sama dengan Anwar bagi "merungkai segala rahsia" ketua pembangkang itu.

Suasana panas seawal jam 9 malam lagi apabila pengerusi majlis juga saling cabar-mencabar antara satu sama lain, lebih-lebih lagi apabila tempat ceramah cuma dipisahkan sebatang jalan raya.

Ketika ceramah bermula, daripada 1,000 penonton - 700 di pihak Pakatan Rakyat dan 300 di pihak BN - ratusan orang masih berdiri di bahu jalan untuk menjerit, menyorak, mengejek dan mengebu lawan mereka.

NONEBagaimanapun, suara penyokong Pakatan Rakyat nyata menenggelamkan sorakan lawan mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan tua.

Ummi Hafilda mula berucap kira-kira jam 10 malam diikuti Anwar sepuluh minit kemudiannya yang disambut suara takbir dan pelbagai laungan seperti "hidup rakyat", "reformasi", "hidup Anwar" dan "sokong Anwar".

'Peliwat, penipu, perogol bersiri'

Memulakan ceramahnya dengan menegaskan soal akhlak Islam, Anwar nampaknya tidak berminat menjawab segala dakwaan dan pelbagai label yang dilontarkan padanya seperti "peliwat", "penipu", "agen Yahudi" dan "perogol bersiri" oleh Ummi Hafilda.

Bagaimanapun sesekali beliau mencelah dan meminta hadirin ceramah tidak melayan wanita tersebut.

NONE"Jangan layan dia. Lagi dilayan harganya makin naik, daripada upah RM500 jadi RM600," sindir Anwar sesekali.

Ummi Hafilda bagaimanapun dilihat terus mengasak Anwar dan mengulang-ulang hujah dan melontarkan label terhadap ketua umum PKR itu sambil meminta jawapan diberikan.

Dalam ucapannya, beliau juga memuji pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana Tun Dr Mahathir - tindakan yang menyebabkan Anwar secara berjenaka menyindir sekali lagi.

"Ada lagi ke Mahathir (dalam kerajaan)?" tanyanya sambil disambut gelak ketawa.

Sukar beri tumpuan

Suasana begitu bingit apabila pembesar suara daripada kedua-dua pihak boleh didengar daripada tempat masing-masing sehingga hadirin sukar memberikan tumpuan kepada butiran ceramah.

Anwar menamatkan ceramahnya dan diikuti Ummi Hafilda kira-kira 10 minit selepas itu.

Sepanjang ceramah, kira-kira 200 penyokong kedua-dua belah pihak terus berdiri di sepanjang jalan raya seakan-akan menanti sebarang kemungkinan berlakunya insiden atau pergaduhan.

Bagaimanapun, kawalan jalan raya oleh Unit Amal PAS, termasuk pihak polis di hujung ceramah berjaya melancarkan keadaan sekitar kawasan itu.

Tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Malam Rabu lalu, Ummi Hafilda turut berkongsi pentas dengan penceramah BN di Merlimau, tetapi dengan penampilan berbeza dengan suara yang menggeletar dan menangis ketika menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998.

Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini, calon PAS Hassanuddin Salim akan menentang calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.

'Keling tak sedar diri' - PKR buat laporan polis

Aidila Razak

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini membuat dua laporan di balai polis Merlimau berhubung tindakan liar pihak tertentu menyerang kenderaannya dan terjumpanya risalah berbaur perkauman yang tertera dengan logo PERKASA.

NONERisalah itu dijumpai di peti surat penduduk sekitar Kampung Ayer Merbau semalam.

Ia kelihatan seperti halaman utama akhbar Utusan Malaysia, milik Umno dengan perkataan "Keling tak sedar diri".

"Risalah jahat berbau perkauman yang bertajuk 'Keling tak sedar diri' dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian penduduk setempat yang berbilang bangsa dan agama.

"Saya selaku Pengerusi Majlis pimpinan Negeri Keadilan Melaka mendesak pihak polis segera menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap penyebaran risalah yang tidak beranggungjawab ini," kata Shamsul dalam laporannya.

NONEIni kejadian kedua seumpama itu dilaporkan di Merlimau. Dua hari sebelum hari penamaan calon, beberapa risalah yang dijumpai melabelkan Cina sebagai 'pengkhianat'.

Laporan kedua PKR dibuat oleh Shamsul adalah berhubung 'serangan' ke atas beberapa kenderaan PKR termasuk yang digunakan bagi membawa ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Serai pada 2 Mac lalu.

Menurut Shamsul beberapa objek keras dibaling ke arah kereta yang membawa Anwar dan dua lagi kereta yang mengiringi ketua pembangkang berkenaan.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi hentaman yang kuat pada kenderaan, saya terus beredar dan berhenti rehat di gerai berhampitan Masjid Sempang tidak jauh dari dari jalan Batu Gajah... dan mendapati terdapat kesan hentaman yang kuat di bahagian depan bonet oleh batu.

NONE"Ini adalah tindakan provokasi dan samseng oleh penyokong-penyokong BN,"tulis Shamsul dalam laporannya itu.

Dua hari lalu, ketika ceramah Pakatan Rakyat oleh Anwar di Permatang Pasir, dua kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya juga dibakar.

Mengapa Modus Operandi NGO 1 Malaysia Mirip Gaya Umno-BN?-Rozan

Ditulis oleh farah azila



SHAH ALAM : Pertubuhan NGO 1Malaysia yang dikatakan misteri apabila muncul sebagai penyumbang barangan keperluan serta menaja jamuan makan malam kepada pengundi setiap kali pilihan raya kecil, dianggap satu lagi agenda Barisan Nasional (BN) yang berasaskan kepada kepentingan kepada parti itu.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Pusat, Rozan Azen Mat Rasip ketika ditemui Tv Selangor berkata, agak menghairankan bagi sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyifatkan mereka tidak menyokong mana-mana parti namun tampil pada setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

"Sekiranya ini ada satu pertubuhan yang bebas dan tiada kepentingan, mengapa NGO misteri 1Malaysia ini muncul di setiap pilihanraya kecil dan berkempen untuk BN. Jadi ini satu persoalan yang perlu kita lihat dan siasat, ini adalah satu NGO tajaan pihak-pihak tertentu yang mempunyai niat yang berkepentingan,"kata Rozan.

Semalam portal Malaysiakini melaporkan, sumber yang rapat dengan NGO misteri itu berkata, mereka bergerak secara sendiri dan bukan NGO pro-Umno.

Ironinya, majlis makan tengahari dan makan malam percuma yang dianjurkan oleh pertubuhan itu mirip satu majlis yang diadakan pada pilihanraya kecil Tenang akhir Januari lalu.

Pada majlis itu, pengundi turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah, dan para pengundi juga dihiburkan dengan tarian seksi gadis-gadis genit.

Kali pertama NGO misteri ini tampil ialah pada kempen pilihanraya kecil Galas dengan menggunakan modus operandi sama, menarik perhatian pengundi bukan Melayu.

Justeru itu, Rozan mempersoalkan, adakah NGO ini ditugaskan untuk memancing undi masyarakat bukan Islam sahaja? Jika itu berlaku, parti komponen BN tidak wajar berpeluk tubuh dan harus memberikan penjelasan.

"Tapi satu persoalan yang menarik, NGO ini dilihat menarik minat para pengundi bukan Melayu, jadi ini perlu dijawab dan saya rasa pihak yang perlu menjawab adalah BN, MCA, MIC dan Gerakan.

"Kalau berdasarkan bukti, fakta yang kita lihat dari segi gerak gaya kempen mereka juga cenderung ke arah yang diamalkan BN, kita tidak menuduh tetapi inilah
panduan kita melihatkan gerak kerja mereka," kata Rozan lagi.

Pada kempen pilihanraya kecil Merlimau yang sedang berlangsung ini, NGO 1Malaysia itu mengulangi modus operandi dengan mengadakan makan tenghari dan makan malam secara percuma hampir setiap hari.

Ia lazimnya dihadiri oleh pengundi bukan Melayu yang jumlahnya daripada ratusan dan ada kalanya mencecah ribuan.

Sambil menjamu selera dengan dikelilingi poster gergasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan logo rasmi 1Malaysia, mereka juga dihiburkan dengan persembahan daripada gadis-gadis muda dengan berpakaian seksi.

Terbaru, pertubuhan itu dikatakan mengadakan program makan malam bersama masyarakat India di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Merlimau malam tadi.

Setiap pengundi diberikan tiket untuk menghadiri program tersebut. Mereka yang tiada tiket tidak dibenarkan masuk termasuk wartawan.

Selain itu, program anjuran pertubuhan misteri itu dikawal ketat petugas yang memakai kemeja-T 1 Malaysia.

Ketika ditanya mengapa wartawan tidak dibenarkan masuk, petugas terbabit berkata hanya mereka yang mempunyai tiket dibenarkan untuk menyertai program yang
dianjurkan.

Namun, wartawan kemudiannya dibenarkan masuk apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam datang untuk memberikan ucapan.

Ali bagaimanapun ketika ditanya wartawan berkata, beliau tidak tahu kewujudan NGO itu dan hanya singgah apabila melihat ramai orang hadir ke majlis berkenaan.

Halim : Ali Rustam Mungkin Dalang Bawa Ummi Hafilda Dalam Ceramah BN

TVS NEWS


SHAH ALAM : Pengarah pilihanraya kecil PAS bagi kawasan Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyelar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang membenarkan siri ceramah BN diselubungi dengan kisah fitnah dan mengaibkan oleh Ummi Hafilda terhadap Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Halim, hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kes fitnah terhadap Anwar masih dibicarakan di mahkamah dan Ummi tidak ada kredibiliti untuk bercakap tentang hal itu.

Oleh kerana sikap yang ditonjolkan oleh ketua menteri itu, Halim tidak menolak kemungkinan, Ali Rustam mungkin adalah dalang yang membawa Ummi dalam usaha terdesak BN untuk meraih undi di Merlimau.

"Bukan dia (Ali Rustam) nak ambil tindakan, dia lah yang menaja ini (Ummi Hafilda) datang kemari.

"Adakah pihak Ali RUstam ini terdesak sangat? Sampai bawa dia ke mari. Maknanya Umno Melaka ini benar-benar terdesak sehingga bawa Ummi Hafilda ke pilihanraya kecil,"katanya kepada Tv Selangor.

Halim juga turut mempersoalkan tujuan Ummi Hafilda berceramah dalam kempen pilihanraya DUN Merlimau jika bukan didorong atau diminta oleh pihak tertentu berbuat demikian.

Senada dengan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, Halim juga menyifatkan Ummi sebagai askar upahan rejim Umno-BN.

"Kenapa sekarang dia bangkit. Tak kena mengena datang cerita keburukan orang di sini. Kes liwat ini masih bicara di mahkamah. Siapa dia ini? Askar upahan ?

"Pengundi di sini tak makan dengan isu begitu. Dia bertindak sebagai askar upahan saja. kalau tidak, dia tak akan datang sini, datang sini buat apa,"kata Halim.

Ummi Hafilda seperti yang dijangka terus menabur fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saudara kandungnya sendiri, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Calon PAS DUN Merlimau terima SMS ugutan ‘Geng Jebat Derhaka’



JASIN, 4 Mac — Calon PAS Yuhaizat Abdullah hari ini mendedahkan bahawa ada pihak menghantar mesej berbaur ugutan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

Kata Yuhaizat (gambar), beliau amat terkejut dan takut apabila menerima SMS berbaur ugutan itu.

“Saya ada terima (SMS), malam tadi... saya takut kerana ia SMS ugutan kata kenderaan anda tidak akan terjamin.

“Saya amat terkejut bila terima SMS itu namun saya yakin dengan kehadiran begitu ramai polis boleh mengawal keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin itu berharap pihak polis dapat mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya minta biarlah perjalanan pilihan raya kecil ini berjalan dengan lancar, beri peluang kepada saya untuk bersama amalan demokrasi,” katanya.

Selain itu Yuhaizat, turut menerima SMS sama adalah Setiausaha PAS Melaka Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Jasin Jasme Tompang.

Menurut Harun, SMS itu dihantar oleh kumpulan yang menggelarkan diri sebagai “Geng Jebat Derhaka”.

Tegas beliau, kemungkinan besar Barisan Nasional (BN) adalah dalang di sebalik penyebaran SMS berbaur ugutan itu.

SMS tersebut berbunyi “Geng Jebat Derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR (Pakatan Rakyat) yang menjadi pentas memecah-belahkan Melayu, sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di (Kampung) Chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirlah ke ceramah-ceramah PR pada malam ini dan seterusnya... awas keselamatan kenderaan anda tidak terjamin”.

“Saya yakin ugutan ini datang dari pihak Umno-BN kerana sebelum ini saya pernah menerims SMS dari nombor yang sama berbunyi ‘TPM (Timbalan Perdana Menteri) bayau (bayar) makan minum di Chinchin supaya halal dan dia tak amik (ambil) kesempatan macam (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat)... naik haji pun nak free (percuma)... nak orang sponsor (taja)... itu rasuah namanya dan tak ikut sunah nabi... sah ke hajinya?

“Nombor telefonnya sama tapi bila dihubungi tidak dapat,” kata Harun.

Tambah Harun, beliau telah membuat laporan polis berhubung SMS berbaur ugutan itu dan berharap pihak polis akan membuat siasatan segera.

Jelas Harun, beliau menerima SMS tersebut pada pukul 7.20 malam dan membuat laporan polis kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Bagaimanapun Yuhaizat tidak membuat laporan polis.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Yuhaizat dan calon BN, Roslan Ahmad yang merupakan ahli jawatankuasa Umno Jasin.

Merlimau: BN makin selesa, PAS belum putus asa

TERKINI


KUALA LUMPUR — Dengan tempoh berkempen akan berakhir tengah malam esok, masih belum nampak tanda-tanda yang PAS mampu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, BN lebih banyak menguasai “gelanggang pertarungan” dengan menawarkan pelbagai janji, projek selain menyelesaikan masalah infrastruktur di Merlimau.

Walaupun Merlimau, sebuah pekan kecil yang terletak dalam daerah Jasin namun kelihatan pembangunan pesat telah berlaku sejak 10 tahun lalu ketika Datuk Seri Mohd Ali Rustam mula menerajui Melaka.

Meskipun BN tidak mempunyai peti deposit namun dengan sokongan orang Melayu yang kuat sudah cukup untuk menjamin kemenangan calonnya di kubu kuat tradisi mereka.

Walaupun tidak semaju Bandaraya Melaka, namun sebagai sebuah pekan kecil yang mempunyai kemudahan pendidikan, infrastruktur dan kemudahan beriadah ia sudah cukup untuk memenuhi keperluan penduduk.

Faktor kepada kemenangan BN selama ini adalah undi orang Melayu. Tanpa orang Melayu, Merlimau sudah pasti dirampas PAS. Walaupun undi Cina agak besar tetapi ia bukan penentu kepada kemenangan kedua-dua parti yang bertanding.

Justeru, BN sejak hari penamaan calon telah mula menggerakkan gerak kerja untuk menemui pengundi terutamanya pengundi Melayu. Malah BN juga menggunakan pelbagai jentera kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk termasuk memperbaiki kemudahan infrastruktur terutamanya menurap kembali jalan raya yang mana kalau dilihat banyak kawasan di Merlimau mempunyai jalan raya yang baru diturap.

Melihat kepada keadaan ini, apa peluang PAS untuk menang? Adakah PAS boleh bersaing dengan BN? Atau kemungkinan majoriti kemenangan BN akan bertambah?

Jika benar, maka betullah kata-kata Mohd Ali sebelum ini yang mengingatkan PAS agar tidak bermimpi untuk merampas kerusi DUN Merlimau.

Menyedari kesukaran itu, PAS tidak mudah melatah, sebaliknya tetap berkeyakinan pengundi Merlimau akan melakukan perubahan dengan memilih parti Islam itu.

PAS juga dilihat tidak memberi tumpuan pada ceramah-ceramah, sebaliknya menukar strategi kempen dengan lebih memfokus kepada pengundi.

“Ya, sebab itu ceramah dikecilkan dan kita memberikan fokus kepada pengundi dengan berkempen rumah ke rumah dan ke tempat tumpuan penduduk.

“Strategi ini lebih tepat dari program ceramah yang kita buat, yang mana maklumat itu tak sampai kepada golongan sasaran.

“Tapi melalui pendekatan yang kita gunakan sekarang, kita akan terus mendapat respons daripada pengundi,” kata Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka Adly Zahari.

Jelas beliau, ceramah merupakan salah satu kempen PAS yang boleh membantu menyampaikan maklumat kepada pengundi.

“Saya tak kata ceramah itu gagal... ia adalah salah satu strategi kita, ceramah adalah satu hala, ada beri kesan tapi kita nak tingkatkan lagi keberkesanannya sebab itu kita gunakan pendekatan lain.

“Kita tahu kalau buat ceramah ada pengundi yang datang tapi tak ramai, malah kita juga tak dapat nak kenal pasti mereka jika hendak dibanding dengan jumpa terus pengundi. Ini yang kita lakukan sekarang di sini,” katanya.

Justeru, persoalannya mampukah PAS memberi keyakinan kepada penduduk untuk membuat perubahan atau pengundi akan terus kekal memilih BN yang boleh disifatkan sebagai “penyelamat”.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan Yuhaizat Abdullah dari PAS.

Walaupun bertanding sebagai calon “underdog”, calon PAS Yuhaizat yakin pengundi Merlimau akan membuat perubahan Ahad ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka ini berkata, beliau dengan kerjasama jentera pilihan raya PAS-Pakatan Rakyat akan berusaha untuk menemui kesemua pengundi di DUN Merlimau.

Jelas Yuhaizat, beliau menerima respons yang baik di kalangan pengundi walaupun Merlimau merupakan kubu kuat BN.

“Saya sudah menemui hampir 70 peratus pengundi di Merlimau dan mereka memberikan sokongan yang baik terhadap saya, saya harap sokongan ini akan terus meningkat.

“Saya juga bukan hanya menemui pengundi tetapi juga peniaga-peniaga di Merlimau yang juga merupakan penduduk di sini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata walaupun majoriti besar pengundi di Merlimau adalah penyokong setia BN namun ia bukan menghalang menyampaikan maklumat kepada mereka.

“Mereka ini juga merupakan penyokong terbesar dalam masyarakat untuk mendapatkan maklumat setempat.

“Justeru, sebagai menyatakan rasa penghargaan terhadap mereka, saya dalam merancakkan lagi kemeriahan dalam pilihan raya kecil,” katanya.

Jelas Yuhaizat, selain pengundi Melayu PAS juga memberikan tumpuan terhadap pengundi atas pagar.

Beliau turut menafikan PAS memberi lebih tumpuan kepada kawasan peti undi Ayer Merbau dan Kampung Chin Chin.

“Jentera pilihan raya PAS menumpukan semua tempat di Merlimau, bukan sahaja di Merbau dan Chin Chin, mungkin ada pihak yang melihat kawasan itu diberikan tumpuan kerana kebetulan saya berasal dari Chin Chin,” katanya.

Di tengah perkembangan ini, Mohd Ali menafikan dakwaan PAS kononnya BN mengamalkan budaya “politik samseng” dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Tegas Ketua Menteri Melaka itu, BN tidak mengamalkan budaya tersebut, sebaliknya menuduh PAS sengaja membuat cerita untuk mendapatkan publisiti.

“Memang dinafikan, saya fikir PAS yang buat sendiri, itu taktik lama yang orang dah faham.

“Tak ada nampak pun samseng di sini kalau ada samseng PAS saya tak tahulah, setakat ini saya memang tak nampak (samseng), saya nampak semua aman... saya menang tak nampak samseng,” kata Mohd Ali kepada pemberita selepas hadir dalam satu program anjuran NGO 1Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Merlimau di sini malam tadi.

Mohd Ali yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Merlimau menegaskan kempen parti tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti samseng seperti mana yang didakwa PAS.

Sebaliknya beliau menyindir parti Islam itu dengan berkata kemungkinan besar ahli PAS sendiri yang melakukan provokasi tersebut.

“Saya fikir mungkin orang PAS pancitkan tayar sendiri, lepas itu kata BN yang pancitkan.

“Ini PAS bukan boleh percaya, saya percaya dia pancitkan kereta dia lepas itu kata orang pancitkan.

“BN kita kempen bersih tapi apa yang dia kata (tuduh) kita jawablah,” tegas beliau.

PAS sebelum ini meminta agar BN menghentikan segala usaha untuk mencipta provokasi termasuk perbuatan khianat yang dilakukan.

Sebelum ini sebuah pentas berdekatan bilik gerakan DAP yang dibina untuk satu program telah dibakar dan berlaku insiden di mana cermin kereta seorang penduduk pula dipecahkan apabila diletakkan di hadapan bilik gerakan DAP di Merlimau.

Selain itu, pagi semalam PAS pula mengesan kain rentang yang tertulis “Undi PAS Masuk Syurga” dan “PAS Melaka Fahaman Pluralisme Agama Datuk Seri Anwar Ibrahim” yang didakwa dilakukan BN.

Hari ini dan esok merupakan detik cukup penting untuk meraih sokongan menentukan kemenangan pilihan raya kecil ke-15 ini. Sama ada BN akan meneruskan siri kemenangan pilihan raya sejak awal 2010 ataupun PAS akan membawa kemenangan moral menjelang pilihan raya umum ke-13.

Kempen BN di Merlimau bertentangan slogan 1Malaysia

Hazayani Zakaria

JASIN: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau sangat kotor dan bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan BN.

Beliau yang kesal dengan beberapa perbuatan khianat termasuk penyebaran risalah fitnah dipercayai dilakukan Umno BN berkata, Umno BN harus bertanggungjawab dalam perkara ini.

"Kempen ini mahu menonjolkan 1Malaysia yang sepatutnya menunjukkan perpaduan dan satu kempen yang bersih.

"Tapi sangat sedih apabila melihat kempen yang sangat kotor. Ada fitnah, dusta, risalah-risalah dan gambar lucah, tuduhan-tuduhan tidak berasas dan siapa yang bertanggungjawab?

"Tentulah Barisan Nasional. Tak boleh lari daripada itu," kata beliau pada sidang media di bilik gerakan DAP, pekan Merlimau dekat sini, petang ini.

Hadir sama ialah calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Merlimau, Yuhaizad Abdullah.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga berkata, Umno harus memberi peluang kepada pengundi-pengundi untuk memilih calon daripada mana-mana parti tanpa menggunakan wang sebagai umpan.

"Siapa menang siapa kalah terpulang kepada pengundi-pengundi.

"Berkempenlah secara bersih dan hormati keputusan rakyat. Tak perlu ada insiden-insiden seperti pecah kereta, pentas DAP cuba dibakar.

"Ini semua tidak patut berlaku dan semua bertentangan dengan slogan 1Malaysia.

"Politik wang sangat jelas dan ini bukan satu pertandingan yang sihat dan sangat dikesali," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai potensi Pakatan Rakyat untuk menang pada PRK ini, beliau berkata, kalah atau menang bukan keutamaan tapi perkara yang lebih penting adalah melihat perubahan yang dilakukan pengundi-pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Kita tahu tempat ini memang sukar untuk menang, mungkin tak boleh menang tapi apa yang mustahak dapat sambutan pengundi-pengundi di kawasan ini yang menunjukkan sokongan lebih kuat kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Ujarnya juga, selepas pilihan raya umum 2008, semakin ramai rakyat yang mahukan politik baru.

"Sejak tsunami politik tiga tahun dahulu kita lihat ada perubahan bukan sahaja di negeri Melaka tapi di Malaysia dan apa yang berlaku di Mesir,Tunisia dan Timur Tengah, kita lihat perkembangan politik baru dan rakyat mahu menuntut perubahan termasuk di Malaysia," katanya.

Khamis, 3 Mac 2011

Umno BN restu budaya samseng di Merlimau

Hazayani Zakaria

JASIN: Umno BN seolah-olah merestui budaya samseng sewaktu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau.

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai pengarah PRK bagi BN yang hanya berdiam diri menunjukkan beliau mahu keadaan ini berterusan.

(Gambar: Antara kain rentang PAS PRK Merlimau yang dikoyak oleh puak samseng.)

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa insiden keganasan yang didakwa dilakukan oleh penyokong BN dalam tempoh beberapa hari kempen ini.

"Datuk Seri Ali Rustam tak boleh kawal tindakan ini ke?

“Ini menunjukkan beliau merestui budaya samseng ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada sidang media di Markas Induk PAS, di sini hari ini.

Beliau juga yakin perbuatan khianat yang dilakukan termasuk cubaan membakar pentas ceramah DAP sengaja dilakukan untuk membangkitkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Saya percaya mereka buat macam ini supaya orang PAS marah, dan balas balik apa yang dilakukan itu.

"Dengan itu mereka boleh tuduh orang PAS ganas, ekstremis," katanya.

Ummi Perkakas BN : Rakyat Bijak Menilai, Kata Mahfuz

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kehadiran Ummi Hafilda pada kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau malam tadi tidak memberi sebarang kesan kepada Pakatan dan juga pengundi di kawasan itu, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Malah ujarnya, Umno-BN sudah kehilangan keyakinan rakyat sehingga terdesak menurunkan Ummi Hafilda yang dianggap sebagai alat, memandangkan beliau tidak ada kredibiliti untuk berkempen pada pilihanraya kecil berkenaan.

"Nampaknya Umno dalam keadaan yang sangat terdesak. Umno sudah tidak dapat kepercayaan rakyat sehingga mereka membawa orang luar daripada pimpinan parti mereka untuk meyakinkan rakyat tentang apa-apa yang didakwa selama ini.

"Jadi mereka bawa orang seperti Ummi Hafilda dan sebagainya. Untuk nak menimbulkan keyakinan rakyat kepada Umno. Jadi jelas bahawa dari segi kepimpinan Umno, sudah tak dapat lagi kepercayaan rakyat di negara ini,"ujar Mahfuz.

Mengulas lanjut mengenai kewibawaan Ummi Hafilda, Mahfuz menegaskan, rakyat lebih mengenali Ummi yang selama ini terkenal dengan peribadi angkuh, sombong
serta rendah akhlaknya.

"Mereka terpaksa bawa orang yang biarpun akhlaknya dipersoalkan seperti Ummi Hafilda ini, orang yang korup pemikiran dan korup akhlaknya. Dia hanya semata-
mata berdasarkan kepada ganjaran yang diberikan oleh Umno. Umno sanggup bayar berapa banyak pun asal boleh membantu umno mengembalikan keyakinan. Umno boleh bayar APCO, Umno boleh bayar juga kepada Umi Hafilda,"tambah Mahfuz.

Beliau turut menyorot peristiwa di mana konspirasi menjatuhkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang turut disertai Ummi Hafilda serta pemimpin Umno yang jelas menampilkan ummi sebagai 'askar upahan' mereka.

"Saya percaya bahawa, bila mereka mengheret Umi Hafilda bermakna ini mengingatkan orang kepada isu satu ketika dahulu, iaitu isu di awal kes Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Maknanya orang ingat itu satu konspirasi jahat termasuk kalangan pemimpin Umno.

"Ini menambahkan lagi keyakinan rakyat bahawa Umno sanggup buat apa saja untuk memburuk dan memfitnah orang bagi kepentingan politik mereka,"tambah Mahfuz.

Malam tadi kempen pilihanraya Kecil DUN Merlimau menyaksikan kehadiran Ummi Hafilda yang berkempen bagi pihak BN.

Seperti kebiasaannya, Ummi sekali lagi melemparkan tohmahan dan memfitnah Ketua Umum PKR dan abangnya sendiri, Azmin Ali dalam ceramahnya di Kampung Chinchin Hulu, Melaka.

Ummi Hafilda askar upahan BN, kata PAS

TERKINI

JASIN— PAS menyifatkan Ummi Hafilda Ali sebagai “askar upahan” Barisan Nasional (BN) kerana membantu parti itu dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Ummi Hafilda, adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, tampil menyampaikan ceramah dalam kempen pilihan raya kecil di Kampung Chinchin Hulu di sini malam tadi.

Dalam ceramahnya, Ummi Hafilda menggesa pengundi di Merlimau agar menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

“Ini politik kotor yang digunakan Umno-BN untuk mempengaruhi pengundi, ini pilihan raya kecil antara calon dengan calon . . . ia tak tumbangkan kerajaan (negeri).

“Saya jemput dia (Ummi Hafilda) ceramah banyak lagi, saya suka kalau dia mari banyak lagi . . . apa kesan dia sebagai askar upahan untuk tarik pengundi? Dia ini dipanggil macam askar upahan, saya lebih percaya dia dibayar . . . saya sifatkan Ummi Hafilda ini sebagai askar upahan,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman pada sidang media di Markas PAS di sini.

Ummi Hafilda pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Anwar yang juga Ketua Umum PKR, 13 tahun yang lalu.

Kata Halim, tindakan Ummi Hafilda membantu kempen pilihan raya kecil BN menunjukkan beliau tidak matang dalam berpolitik.

“Ini pilihan raya kecil, saya nasihatkan Ummi Hafilda kalau nak impak yang lebih besar di pilihan raya umum . . . Anwar tak bertanding sini, apa kena mengena dengan Anwarnya?

“Tiada kaitan pun dengan Azmin, ini adalah kempen yang kebudak-budakan, ia juga tak beri kesan pun pada kita. Tak isu pun, di sini isu tempatan banyak . . . Ummi Hafilda ini, kes sedang bicara di mahkamah buat apa dia bangkitkan,” kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Merlimau.

Tegas Halim, Ummi Hafilda seolah-olah dipergunakan untuk memburukkan kepimpinan Anwar dan juga Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP.

“Sebab itu saya kata tak berapa masak cara politik Ummi Hafilda, mesti ada orang guna dia . . . saya nasihat kalau nak guna, guna di pilihan raya umumlah bukan pilihan raya kecil . . . tiada kesan.

“Ini adalah satu taktik yang tidak masak dalam pilihan raya kecil, kalau kita buka rasuah kerajaan melaka dan tak ada integriti ketua menteri itu ada kesan.

“Datuk Seri Anwar sekarang sedang dibicara, jadi kita serah kepada mahkamah sahaja, tak tahu kalau Ummi Hafilda ini nak jadi hakim saya tak tahulah,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Dalam sidang media itu juga, Halim mendakwa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam seolah-olah merestui kempen ala samseng yang digunakan BN untuk menakut-nakutkan pengundi.

“Apa yang berlaku selama ini jelas menampakkan budaya samseng masih diamalkan Umno-BN, inikah budaya Umno-BN?

“(Mohd) Ali Rustam tak boleh kawal seolah-olah dia merestuinya, sepatutnya dia kawal tapi nampaknya perkara itu masih lagi berlaku...budaya samseng ini direstui Ali Rustam,” katanya.

PEMIMPIN PR GEMPUR MERLIMAU MALAM TADI

Kesepakatan kepimpinan jentera Pakatan Rakyat semakin terserlah apabila masing-masing menggempur secara serentak lokasi ceramah kelompok di PRK Merlimau malam tadi. Walaupun hanya mengadakan ceramah kelompok tetapi kehadiran ramai penduduk menjadikan ia seperti ceramah umum apatah lagi mereka begitu berminat mendengar penjelasan isu-isu semasa yang disampaikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Antara pemimpin yang hadir termasuklah : Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, YB Zuraidah Kamaruddin, YB Dr.Hatta Ramli, YB Nasir Mustaffa, YB Ng Sue Lim, YB Khoo, YB Dato' Dr.Hassan Ali, YB Dr.Halimah Ali, YB Nurul Izzah, Mat Sabu, Bob Lokan, Ust Abd.Ghani Abd.Rahman dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.


Lokasi yang diterjah oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat secara bergilir-gilir malam tadi ialah di Kg.Chinchin, Kg.Permatang Serai dan Kg.Merlimau Pasir. Momentum sambutan rakyat semakin baik dan dijangka peningkan sokongan undi terhadap calon Pas Yuhaizat Abdullah akan pasti melonjak naik dalam masa sehari dua ini.


BN AMAL RASUAH SECARA TERANG-TERANGAN

Suara Merlimau

JASIN: Umno BN secara terang-terangan melakukan rasuah politik pada pilihan raya kecil (PRK) Merlimau dengan menjanjikan pelbagai bantuan kepada pengundi yang memilih mereka.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam bahawa bantuan hanya diberikan kepada pengundi yang menyokong Umno BN.

"Kenyataan itu menunjukkan amalan rasuah politik yang diamalkan dalam pemilihan Umno, diamalkan juga pada pilihan raya.

"Mengikut amalan demokrasi, Tengku Abdul Rahman dahulu, bila pilihan raya beliau cuti dari jawatan Perdana Menteri dan turun berkempen sebagai Presiden Umno.

"Di negara lain pun begitu juga sebab pilihan raya ini parti dengan parti yang bertanding, bukan parti bertanding dengan kerajaan," kata beliau ketika ditemui di majlis minum petang bersama jentera dari Selangor di Kampung Chinchin petang semalam.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Ali Rustam "PAS jangan bermimpi untuk menang di Merlimau", beliau mengingatkan Ketua Menteri itu bahawa tidak ada kerajaan yang kekal berkuasa selama-lamanya.

"Orang Islam diajar mimpi ada betul dan ada yang salah. Nabi Yusuf pernah bermimpi dan mimpi dia betul.

"Islam mengajar mimpi ini satu juzuk daripada ilham yang Tuhan beri. Ada mimpi dari syaitan,ada mimpi betul dan kita tak tahu. Bila berlaku barulah kita tahu.

"Orang Islam diajar tak ada kerajaan yang kekal.Kerajaan yang kekal hanyalah kerajaan Allah Taala.

"Kerajaan Firaun tak kekal, kerajaan Nabi Sulaiman pun tak kekal.Kerajaan Nabi Muhammad SAW pun tak kekal," katanya.

Beliau sebaliknya yakin sokongan terhadap PAS akan bertambah pada PRK kali ini.
Namun tegasnya, ianya haruslah disokong dengan perjalanan pilihan raya yang adil dengan PAS diberikan ruang yang sama seperti BN untuk berkempen.

"Kita yakin sokongan bertambah walaupun pilihan raya yang tidak seimbang. Kempen pas terhad berbanding BN yang boleh menggunakan media arus perdana, TV3, RTM masuk ke setiap buah rumah.

"Ini adalah jentera kerajaan yang tak patut digunakan.Kalau nak guna kena bagi peluang kepada kita juga,jangan BN sahaja," katanya.

Anwar tuju 'Tiru macam saya' kepada 'seseorang'

MALAYSIA KINI

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang buat pertama kalinya turun ke DUN Merlimau sejak kempen pilihan raya kecil bermula Sabtu lalu menegaskan beliau tidak pernah bermusuhan dengan Umno, lapor TV Selangor.


NONESebaliknya, ketua pembangkang itu berkata beliau memusuhi pemimpin-pemimpin parti Melayu terbesar itu yang zalim kepada rakyat dan mengamalkan rasuah,.

"Saya diberitahu Merlimau ini adalah kubu kuat Umno, saya dah tahu... saya tak masuk untuk bermusuh dengan orang, saya ambil keputusan untuk bersama (dalam politik) untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

"Saya tak bermusuh dengan Umno, saya bermusuh dengan pemimpin yang zalim, yang tak selesaikan masalah rakyat dan mengamalkan rasuah," katanya ketika berceramah di Permatang Serai di Merlimau, Melaka, malam semalam.

ali rustam and umnoIni ceramah pertama Anwar sempena kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau yang menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, yang juga adalah ahli jawatankuasa Umno Jasin dengan calon PAS Yuhaizat Abdullah, timbalan ketua pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Dalam ucapannya, Anwar menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan sesiapa termasuk dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Musuh peribadi

"Bukan saya yang serang peribadi Najib dan (Mohd) Ali Rustam, saya tiada musuh peribadi," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

NONEUsaha Anwar itu dilihat sebagai meraih sokongan masyarakat Merlimau yang dikatakan sebagai kubu kubu kuat Umno-BN itu.

Jumlah hadirin yang pada mulanya hanya kira-kira 500 orang meningkat kepada lebih 1000 ketika Anwar mendendangkan lagu Saloma 'Tiru Macam Saya'.

Lagu itu ditujukan khas kepada 'seseorang' yang pada kempennya dilaporkan berkata:"Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?"

Harakahdaily pula melaporkan Anwar juga membuat kejutan dengan mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan rejim Israel yang didakwa ditandatangani pada 1991 yang merupakan bukti pertalian erat kedua-dua pihak.

NONEBeliau turut membaca satu perenggan daripada perjanjian itu.

"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.

"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan 'People First', Najib pula 'Rakyat Didahulukan'. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

azlan"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan ribuan hadirin.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

RM88 bilion dibawa keluar negara

Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.

NONEAnwar juga pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.

Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.

Anwar juga kesal kerana Umno BN sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya.

Bangkit buat perubahaan

dr siti mariah interview 300408 01Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Siti Mariah Mahmud pula pada cermahnya menggesa supaya mengundi di DUN Merlimau agar bangkit untuk membuat perubahan terhadap sistem pentadbiran negara.

"Saya percaya kita boleh buat satu kejutan untuk mengubah landskap politik negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Negara kini mempunyai masalah yang lebih besar di bawah pemerintahan Umno-BN, mereka tidak menyelesaikan semua masalah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya membuat tempelan yang akhirnya ia menjadi satu barah yang teruk," katanya.

NONEAhli parlimen Kota Raja itu menambah, semua masalah yang timbul itu tidak akan dapat diselesaikan oleh Umno-BN disebabkan terlalu banyak penyelewengan.

"Ini yang terjadi pada Umno-BN, mereka sudah tidak mampu untuk mengawal kegagalan mereka selepas 53 tahun memerintah.

"Saya tak nampak Umno-BN berusaha untuk selesaikan masalah di peringkat akar umbi tapi hanya membuat tempelan untuk jangka masa pendek, kemudian masalah sama berulang semula," katanya.

Merlimau terus dicemari angkara khianat

Aidila Razak

Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

NONEMenurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak,” katanya.

NONEMenurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

NONEPada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Duit banyak habis dengan kos logistik mereka tapi isu jarak ceramah yang terlalu dekat antara PAS dan BN pun tidak boleh diselesaikan.

NONE"Apa fungsi mereka yang banyak menghabiskan wang rakyat tapi tak boleh kawal keselamatan?" soal naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Menurutnya juga, PAS tidak keberatan untuk mengadakan pertemuan dengan ketua polis Melaka sekiranya perkara ini masih berterusan.

"Kita sedang memberi perhatian untuk bertemu dengan pihak polis. Kita lihat sehingga malam ini, jika gangguan dan perbuatan khianat masih berterusan, kita tak keberatan untuk bertemu pihak polis bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan.