Presiden STAR Jeffrey Kitingan ‘hanya pandai bercakap’ kata pemimpin Warisan Terrence Siambun.
PENAMPANG: Pemimpin STAR Jeffrey Kitingan didakwa cuba menimbulkan
ketidakstabilan politik di Sabah berikutan kritikannya terhadap pemimpin
Warisan dan juga Ketua Menteri Shafie Apdal.
Bendahari agung Warisan Terrence Siambun berkata, Shafie tidak akan
tunduk kepada pesaing politiknya dengan menghalang wakil rakyat gabungan
kerajaan pimpinan parti itu daripada menyertai Perikatan Nasional (PN).
“Ketua menteri memikul tanggungjawab menjamin kestabilan untuk semua
rakyat Sabah, komuniti pernoiagaan dan pelabur, “ kata Siambun.
“Apa-apa percubaan untuk menimbulkan ketidakstabilan perlu
dipatahkan dan dalangnya hendaklah diberi amaran kerana kegagalan
berbuat demikian akan memberi kesan ke atas keyakinan pelabur,” katanya.
Dalam kenyataan semalam, Kitingan berkata, Shafie bercakap “seperti gangster jalanan” kerana mengugut pesaing politik beliau.
Siambun berkata, Kitingan menyifatkan Kitingan sebagai individu yang
tidak mempunyai idea tentang bagaimana mahu mengurus negeri itu dan
hanya merupakan orang kecil dalam PN.
Beliau berkata, Kitingan tidak diendahkan oleh menteri kanan
persekutuan dalam mesyuarat yang diadakan di Kota Kinabalu semalam,
selain menambah pemimpin PN mungkin mula menyedari bahawa Kitingan, yang
juga merupakan Adun Tambunan, hanya “pandai bercakap”.
Siambun juga menyifatkan Kitingan sebagai “Ibrahim Ali baru” dalam kenyataan jeleknya terhadap Warisan.
Lima
ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sabah dipercayai menyertai Parti
Warisan Sabah untuk membentuk kerajaan negeri dengan 34 kerusi. - Gambar
Astro AWANI
KOTA KINABALU: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sabah dipercayai menyertai Parti Warisan Sabah untuk membentuk kerajaan negeri.
Sejumlah 34 kerusi diperlukan untuk membentuk sebuah kerajaan negeri.
Kelima-lima ADUN berkenaan ialah Datuk Abdul Muis Picho (ADUN Sebatik),
Datuk Hamisa Samat (ADUN Tanjong Batu), Datuk Bobbey Suan (ADUN
Nabawan), Datuk Abidin Madingkir (ADUN Paginatan) dan Ewon Benedick
(ADUN Kadamaian).
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9
Mei lalu, gabungan Warisan-PKR-DAP berjaya memenangi 29 kerusi
berbanding gabungan BN-STAR yang memperoleh 31 kerusi.
Tindakan keluar parti oleh lima ADUN BN ini menjadikan gabungan BN-STAR kini tinggal hanya 26 kerusi.
Sekitar jam 4 petang tadi, tinjauan Astro AWANI di perkarangan Istana
Negeri menunjukkan beberapa buah kenderaan-kenderaan yang dipercayai
membawa Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta lima ADUN
berkenaan untuk menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin
Begitupun, masih belum diketahui sebab sebenar tujuan kunjungan itu.
SULAMAN: Enam pemimpin Parti Warisan Sabah Bahagian Sulaman meninggalkan parti itu dan menyertai BN.
Mereka adalah Timbalan ketua penyelaras Sulaman, Madlin Rashid, Ketua
Wanita Rusia Mandis, Ketua Pemuda dan Puteri, Amrin Normat serta
Zulianti Idris, Banalua Antoni dan Saimin Merar, dipetik FMT.
Mereka berikrar setia kepada BN di depan Pemangku Presiden Upko, Datuk
Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu majlis ringkas di Kota Kinabalu
hari ini.
Mereka berkata, janji Warisan "Sabah untuk rakyat Sabah" bukan
perjuangan sebenar parti itu, tetapi lebih kepada kepentingan peribadi.
SANDAKAN: Parti Warisan Sabah (Warisan) cawangan Batu Sapi hanya
menunggu masa untuk dibubarkan selepas 754 ahlinya mengisytiharkan
keluar parti dan menyertai Umno serta Barisan Nasional (BN) dengan
serta-merta.
Bekas setiausahanya, Abdullah Madin mengetuai kumpulan berkenaan
menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dalam Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia,
Batu Sapi, Sandakan.
Abdullah ketika ditemui berkata, tindakan mereka itu dibuat selepas
menyedari warisan bukan lah parti yang memperjuangkan rakyat sebaliknya
hanya ditubuhkan untuk menengakkan agenda peribadi ketuanya.
“Sejak kami menjadi ahli warisan tiada apa-apa bantuan yang diberikan
kepada semua ahli di cawangan itu, sebaliknya mempimpin tertinggi hanya
melaung-laungkan slogan mahu mendapat kuasa.”
“Atas sebab itulah kami berasa insaf selepas menyedari penyertaan kami
ke dalam warisan hanya sia-sia, maka hari ini kami membuat keputusan
untuk menyertai UMNO, katanya.”
Yang turut hadir menerima borang keahlian mereka ialah Ketua Menteri,
Tan Sri Musa Aman dan pemimpin-pemimpin BN Parlimen Batu Sapi.
CALONKINI l Ada yang mungkin tahu
bahawa Naib Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah, Jo-Anna Sue Henley
Rampas adalah bekas juara Ratu Unduk Ngadau atau naib juara Bintang RTM
pada tahun 2009, atau mungkin sebagai seorang model semasa menuntut di
universiti.
Tetapi Rampas baru-baru menjadi tumpuan apabila dikhabarkan akan
menjadi calon WARISAN untuk berdepan dengan penyandang ADUN Kiulu, Datuk
Joniston Bangkuai, seorang bekas wartawan.
WARISAN hari ini mengesahkan bahawa Rampas menjadi calon parti itu di Kiulu.
Ketua menteri Sabah berkata, Shafie Apdal kini
bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad yang gagal menjaga kebajikan
rakyat Sabah ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Musa
Aman mendakwa Shafie Apdal mempergunakan isu MA63 untuk memperbodohkan
rakyat dan meraih faedah politik untuk mencapai impiannya.
SANDAKAN: Dakwaan Parti Warisan Sabah (Warisan) akan menjadi pemain
utama sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14)
adalah impian tidak akan menjadi kenyataan, kerana ia hanya boneka
Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Ketua
Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
Beliau berkata, adalah ironis bagi presiden Warisan, Datuk Seri
Shafie Apdal bercakap tentang memperjuangkan keperluan rakyat, sedangkan
beliau gagal melaksanakan tanggungjawab dalam kementeriannya dan di
kawasan diwakilinya semasa menjadi menteri Kabinet persekutuan.
Katanya, jelas sifat hipokrit Shafie yang tiba-tiba mahu
memperjuangkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sedangkan beliau
tidak berbuat demikian semasa mempunyai autoriti dalam kerajaan dan
berhubung rapat dengan mereka yang berkuasa seperti Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
“Sekarang tiba-tiba beliau mahu menyelamatkan Sabah untuk rakyat Sabah dan menyelesaikan isu MA63?
“Beliau kini bekerjasama dengan Dr Mahathir yang gagal menjaga
kebajikan rakyat Sabah selama 22 tahun menjadi perdana menteri dengan
tidak mengiktiraf kepentingan Hari Malaysia, apatah lagi Perjanjian
Malaysia 1963,” katanya selepas melawat pusat daerah mengundi Batu
Putih, pada Ahad.
Beliau berkata, semasa Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan
sebagai perdana menteri, beliau memberi pengiktirafan kepada Hari
Malaysia pada 16 September dengan mengisytiharkannya sebagai cuti umum
kebangsaan.
“Malah, beliau turut meminta ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja
bagi menangani kehadiran sejumlah besar pendatang asing tanpa izin di
Sabah dan bersetuju ditubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tinggi untuk
menyelesaikan isu MA63.
“Najib turut mengisytiharkan apa juga hak (dalam MA63) yang diambil
secara tidak sengaja atau sengaja akan dikembalikan. Adakah Dr Mahathir
atau Muhyiddin pernah bercakap tentang perkara itu sebelum ini,”
soalnya.
“Sekarang Shafie mahu memuktamadkan isu MA63 dalam tempoh singkat.
Beliau hanya mempergunakan perkara itu untuk memperbodohkan rakyat dan
meraih faedah politik untuk mencapai impiannya.”
Beliau berkata, Shafie tidak sepatutnya mengelirukan konsep diplomasi
senyap dan membawa isu itu ke meja perundingan untuk dibincangkan
menurut perintah kerajaan persekutuan dan perdana menteri.
Musa berkata, dengan menjalin hubungan rapat dengan kerajaan
persekutuan memberi laluan kepadanya untuk membangkitkan isu Sabah dan
pembangunan diperlukan dengan Najib, lalu membolehkan beliau memohon
peruntukan besar bagi pembangunan sosio ekonomi dan projek berimpak
tinggi di negeri ini.
Parti Warisan Sabah (Warisan) berjanji untuk mengubah kedudukan
ekonomi Tawau, Lahad Datu dan Semporna, sekiranya parti itu membentuk
kerajaan Sabah yang akan datang.
Naib Presiden Warisan, Junz Wong berkata, pelan hala tuju parti itu bertujuan menjadikan Tawau hab eksport makanan laut.
Wong berkata ini akan menghapuskan keperluan pengeluar makanan laut
di Tawau mengangkut barangan mereka ke Kota Kinabalu sebelum ia boleh
dieksport.
"Kami menyedari keperluan untuk memohon pensijilan dan ujian eksport
untuk memastikan kawalan mutu produk makanan laut kami. Oleh itu hab ini
juga akan menyediakan makmal untuk ujian tersebut.
"Kami yakin ini akan mengubah ekonomi rakyat dan menjadikan industri itu lebih cekap," kata Wong dalam satu kenyataan semalam.
Pelan tindakan itu juga merangkumi rancangan menaik taraf Pelabuhan
Tawau, yang juga akan memberi manfaat kepada industri perikanan di
Sandakan dan Lahad Datu, katanya.
Pulau MPOB
Mengenai Lahad Datu, Wong berkata kerajaan Warisan akan menubuhkan
Lembaga Minyak Sawit Sabah (SPOB) untuk memecahkan pergantungan kepada
lima pengeksport yang dipilih oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
"Kami percaya dengan adanya SPOB, kita apat membangunkan industri
minyak sawit dengan lebih berkesan, terutamanya mengenai perindustrian
hiliran.
"Pemain minyak kelapa sawit kami, serta pakar-pakar, mampu untuk
memastikan kualiti minyak sawit mentah kita an menguruskan
pembangunannya, bagi penduduk tempatan tahu apa yang terbaik untuk
industri tersebut," kata Wong.
Beliau berkata kerajaan Warisan juga akan mengalihkan pangkalan
penguatkuasaan tentera dan maritim dari Lok Kawi dan Sepanggar ke Lahad
Datu untuk menangani isu keselamatan.
"Tawau akan menjadi pusat eksport makanan laut, Semporna sebagai
syurga pelancongan, manakala Lahad Datu akan menumpukan perhatian kepada
perindustrian hiliran kelapa sawit dan Sandakan akan memberi tumpuan
kepada usaha campuran untuk hiliran kelapa sawit serta pelancongan.
"Usaha-usaha ini bukan sahaja akan mewujudkan banyak peluang
pekerjaan tetapi juga meningkatkan peluang untuk keusahawanan di bawah
kerajaan Warisan, terutama bagi generasi muda," tambah Wong.
Parti pembangkang Sabah itu berkata gambar Shafie dan
komander Sulu diambil ketika majlis makan malam yang dihoskan Abdullah
Ahmad Badawi
PETALING
JAYA: Parti Warisan Sabah (Warisan) menyelar cubaan memburukkan nama
baik Presidenny Datuk Seri Shafie Apdal dengan mengaitkan beliau dengan
komander militan Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.
Isu itu timbul baru-baru ini selepas seorang pemimpin Umno Sabah,
Datuk Ainal Fattah mencabar Shafie menjelaskan gambarnya bersama
Agbimuddin Kiram, yang mengetuai 235 militan bersenjata meneyrang Sabah
pada Februari 2013 di bawah arahan Jamalul Kiram III.
Pertempuran antara militan dengan pasukan keselamatan berlangsung
selama kebih sebulan dan mengakibatkan kematian 10 anggota keselamatan,
56 militan dan 6 orang awam.
Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking di Facebook hari ini berkata
gambar itu diambil ketika majlis makan makan yang dihoskan bekas
perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau turut memuatnaik gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
bersama Agbimuddin, yang pernah tersebar di internet, dan mencabar
Najib menjelaskan gambar tersebut.
“Jika Shafie ada sebarang kaitan dengan militan Sulu atau pemimpin mereka, mengapa dia tidak disiasat sebelum ini?
“Mengapa tiada soalan yang ditanya mengenai Abdullah atau Najib
Razak? Mengapa mereka tidak disiasat juga? Mengapa pendirian kerajaan
persekutuan mengenai hubungan dengan sultan Sulu tidak dipersoalkan?”
kata Leiking.
Leiking, yang juga ahli Parlimen Penampang, turut mempersoalkan mengapa mayat militan dikebumikan di Sabah.
“Mengapa tidak ada sebarang permintaan bantuan undang-undang bersama
untuk membicarakan Kiram sekeluarga di Filipina dan mengapa Filipina
belum menggugurkan tuntutan ke atas Sabah?”
Sebelum ini, Leiking mendakwa Agbimuddin memiliki kewarganegaraan
Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai penolong pegawai daerah di Kudat,
Sabah.
Menteri dalam negeri ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein
berkata beliau tidak dapat mengesahkan Agbimuddin memiliki
kewarganegaraan Malaysia.
Akhbar Sabah, Daily Express baru-baru ini melaporkan Ainal, yang
merupakan Ketua Umno Cawangan Pulau Bum-Bum, menggesa Shafie menjelaskan
adakah gambar beliau dan Agbimuddin itu palsu.
Ainal berkata dakwaan
Shafie kenalan komander Sulu itu bercanggah dengan seruan politik “Sabah untuk rakyat Sabah”.
Shafie Apdal perlu menyelesaikan beberapa perkara
sebelum berfikir untuk memberi tamparan hebat kepada Umno pada Pilihan
Raya Umum ke-14 nanti. – Gambar fail The Malaysian Insight
SHAFIE Apdal mempunyai beberapa perkara yang berpihak kepadanya dalam
usaha memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya akan datang:
pengundi muda di Sabah menilai beliau pada kedudukan paling tinggi di
kalangan ahli politik di negeri ini dan mempunyai kedudukan yang baik di
kalangan pengundi Islam.
Bagaimanapun, terdapat dua perkara perlu diberi perhatian oleh bekas
pemimpin Umno yang berharap memberi tamparan kepada bekas partinya pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu.
Pertama: Walaupun sudah mengadakan perhimpunan di seluruh negeri dari
Oktober hingga awal April, Bumiputera bukan Islam dan pengundi Cina
masih belum membuat keputusan mengenai beliau.
Kedua: Banyak lagi yang perlu dilakukan Parti Warisan Sabah. Kira-kira
40% daripada pengundi Sabah memberi parti penilaian negatif, manakala
28% melihatnya sebagai pendatang baru secara positif manakala selebihnya tidak mempunyai sebarang pendapat mengenai parti itu.
Penemuan ini didedahkan dalam kaji selidik yang dijalankan The Malaysian Insight dan dijalankan Merdeka Center bulan lalu. Sebahagian 905 pengundi Sabah mewakili semua kumpulan dan demografi negeri ini ditemuramah dalam tempoh dua minggu.
Shafie
menarik ramai khalayak di setiap sesi ceramah yang diadakan di Sabah
dan mengatakan pengundi di negeri Malaysia timur bersedia untuk
perubahan.
Kaji selidik itu turut mengambil rasa kegelisahan dan tidak puas hati
dengan beberapa isu tetapi ia juga jelas rakyat Sabah terangsang dengan
dengan prestasi pembangkang. Banyak yang perlu dilakukan untuk Shafie
dan pihak sepertinya sebelum mereka boleh mula bercakap tentang
perubahan rejim.
Ini dibuktikan oleh fakta yang pemimpin individu Barisan Nasional (BN)
Sabah dan parti mereka terus menerima penilaian yang tinggi.
Menurut ketua pembangkang Sabah, punca mengapa penduduk negeri itu
melihat parti pembangkan dengan pandangan kelam kerana perpecahan dan
bertanding menentang satu sama lain pada pilihan raya lalu.
Pemimpin veteran Parti Bersatu Sabah (PBS) Joseph Pairin Kitingan
menikmati kedudukan disenangi tertinggi atau menjadi pilihan di kalangan
ahli politik yang dinamakan dalam kaji selidik.
Kira-kira 55% daripada mereka yang ditinjau melihatnya dengan pandangan positif berbanding 29% yang berpendapat sebaliknya.
Pairin Kitingan disukai secara meluas banyak komuniti dan agama sama
ada daripada golongan Islam atau bukan Islam di Sabah, kata Pengarah
Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian.
Ketua Menteri Musa Aman menjadi pilihan 50% responden yang
kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Bumiputera Islam, wanita dan
pengundi luar bandar.
Umno dan PBS, dua parti terbesar di Sabah, menarik kedudukan
tertinggi di kalangan pengundi, menunjukkan asas kesetiaan terhadap
parti yang dikumpul sejak beberapa dekad lalu, kata Ibrahim.
Shafie, memperoleh tahap pilihan keseluruhan sebanyak 42%. Di
kalangan Bumiputera Islam,
penilaian terhadap beliau adalah pada 54%
yang mungkin disebabkan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi Umno.
"Tetapi sebahagian besar Bumiputera bukan Islam dan rakyat Sabah Cina tidak membentuk satu pendapat,” kata Ibrahim.
"Perlu diingatkan Shafie juga mengumpul peratusan pilihan tertinggi
di kalangan pengundi muda Sabah – dengan 62% daripada mereka berumur 20
tahun menyatakan sikap positif terhadapnya.”
Walaupun keputusan kaji selidik itu, Timbalan Ketua Warisan Sabah
Darell Leiking agak yakin parti itu masih akan meninggalkan kesan dalam
pilihan raya umum.
"Jumlah yang hadir pada program kami di sekitar Sabah amat
menggalakkan terutama di Pantai Timur," kata Leiking kepada The
Malaysian Insight.
Sementara itu, menurut Kitingan yang menerima 39% undi daripada
responden yang menyenangi beliau berkata, "Jika kita boleh membentuk
satu barisan bersatu dalam pilihan raya umum, dengan perlawanan satu
lawan satu terhadap BN, kita mempunyai peluang mengambil alih negeri
ini.
Penemuan lain kajian itu termasuk:
* Umno menjadi parti pilihan dengan jumlah keseluruhan tertinggi di
kalangan semua parti politik di mana 50% daripada mereka yang ditinjau
melihatnya positif berbanding 42% yang melihatnya secara negatif.
* PBS berkegemaran kedua dengan penarafan yang positif 49% berbanding negatif sebanyak 36%.
* Warisan menerima penarafan negatif di kalangan 40% mereka yang
ditinjau manakala 28% melihat ia positif. Bagaimanapun kira-kira satu
pertiga daripada mereka yang ditinjau tidak mempunyai pendapat mengenai
parti baru itu. Hampir separuh (48%) daripada pengundi muda melihatnya
secara positif.
* DAP yang mempunyai paling banyak kerusi di kalangan pembangkang diterima positif masyarakat Cina pada 57%.
*
PKR mendapat penarafan negatif di semua kumpulan umur, masyarakat,
kurungan pendapatan dan pekerjaan – bermakna lebih banyak responden
melihatnya negatif berbanding positif.