KUALA LUMPUR: Mulai 1 Ogos ini pemakaian pelitup separuh muka diwajibkan di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak.
Orang ramai yang melanggar arahan ini boleh dikompaun RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
“Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini. – UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan