Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
usaha berterusan itu dilakukan menerusi Operasi Benteng melibatkan PDRM,
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM) serta Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).
"Sebanyak 67 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara
dijalan oleh PDRM dan memeriksa 44,028 kenderaan bagi mengekang
kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus," katanya dalam satu
kenyataan pada Selasa.
Jelas beliau, PDRM turut menahan dan mengeluarkan kompaun kepada tiga individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti yang melanggar SOP.
"Sebanyak 2,749 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 13,471 anggota telah membuat pemantauan di 4,211 pasar raya, 6,110 restoran serta 2,120 penjaja, 1,091 kilang, 3,773 bank dan 863 pejabat kerajaan.
"Juga 1,243 terminal pengangkutan darat, 322 terminal pengangkutan air serta 99 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh Task Force Operasi Pematuhan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan