KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamad
Ariff Md Yusof akur dengan pengosongan jawatannya sebagai Yang Di-Pertua
Dewan Rakyat dan menyifatkan proses tersebut telah dilaksanakan
mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Mohamad Ariff berkata sejak dari awal beliau telah menjelaskan bahawa akan mengosongkan jawatan tersebut sekiranya ia dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan.
"Bagi diri saya sendiri, saya tiada masalah sedikitpun kerana pada awal saya beritahu saya hanya akan keluar jika Perlembagaan dipatuhi.
"Apa yang berlaku ialah Perlembagaan dipatuhi dan ada usul serta undian
dibuat. Akhir kata, Ahli Parlimen yang putuskan," katanya pada sidang
media.
Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen yang diperoleh menerusi undian secara belah bahagian.
Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Maximus Joniti Ongkili tidak hadir.
Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun.
Terdahulu, Muhyiddin membentangkan usul itu sebelum dibahaskan kira satu jam 10 minit oleh empat Ahli Parlimen, masing-masing mewakili kerajaan dan pembangkang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hasan ketika sesi penggulungan menegaskan usul yang dibawa Muhyiddin supaya Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan