KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akhirnya menang usul untuk menggugurkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.
Keputusan itu dicapai selepas 111 Ahli Parlimen menyokong usul yang dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Rashid Hasnon.
Seramai 109 Ahli Parlimen pembangkang menyokong tidak setuju dengan usul berkenaan.
Seorang Ahli Parlimen tidak mengundi iaitu Ahli Parlimen, Kota Marudu, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.
Persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirai hari ini tertumpu kepada usul mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan dan timbalannya.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Muhyiddin membentangkan usul bagi memilih bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Yang Dipertua mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan