Khamis, 16 Julai 2020

Lelaki bersama tiga pelacur ditahan

pelacur

Seorang lelaki yang dipercayai bekerja sebagai penjaga premis yang menjalankan aktiviti maksiat dan pelacuran ditahan dalam satu serbuan di Jalan PJU 3/29, Kota Damansara, semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam semalam bersama tiga orang pelacur warga asing berusia lingkungan 27 hingga 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, siasatan awal mendapati premis tersebut telah menjalankan aktiviti pelacuran sejak dua tahun lalu.

“Mereka menghentikan seketika aktiviti pelacuran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum Kembali aktif pada awal bulan Mei lalu.

BACA> Tiket penerbangan sehala KL – KK RM4499.32 tak masuk akal

“Aplikasi WeChat digunakan premis tersebut sebagai saluran untuk membuat tempahan dengan harga yang ditawarkan ialah RM200 untuk satu jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, selain tangkapan, pihaknya turut merampas beberapa peralatan yang digunakan bagi aktiviti pelacuran seperti kondom, minyak urut dan lain-lain.

Jelasnya, semakan rekod lampau suspek lelaki mendapati dia pernah ditahan di bawah  Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua wanita warga asing telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

BACA> Pembangkang tidak perlu lagi sibuk tanya siapa calon PM seterusnya

Tambahnya, suspek lelaki itu gagal menunjukkan lesen pusat urut yang sah dan telah ditahan reman selama empat hari untuk di siasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63. -SM

Tiada ulasan: