Oleh Azrul Hakimie Anuer
Dr Badhrulhisham calon muslim wibawa, aktif aktiviti kemasyarakatan
PUCHONG – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mengumumkan
Presidennya, Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz sebagai calon untuk
bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, pada 16
November depan.
Pengumuman berkenaan dibuat dalam satu sidang media khas yang diadakan di Pejabat Berjasa, di sini hari ini.
Lebih mesra disapa sebagai Dr Badh, beliau kini berusia 56 tahun dan anak jati kelahiran Muar, Johor.
Beliau menamatkan pengajian Ijazah
Sarjana (Sains) Kejuruteraan Kimia di Universiti Colorado, Amerika
Syarikat (AS) sebelum menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana
Kejuruteraan Kimia di Universiti Wales, United Kingdom (UK).
Prof Badhrulhisham kemudian berjaya mengenggam Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kyoto, Jepun.
Beliau pernah berkhidmat lebih 10 tahun
dalam sektor pendidikan di universiti awam dengan jawatan tertinggi
disandang adalah Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang
(UMP).
Setelah meninggalkan dunia pendidikan,
Prof Badhrulhisham kini adalah pengurus dan konsultan di Technopreneur
Integrated Enterprise.
Sebelum diangkat sebagai Presiden Berjasa
tahun lalu, Prof Badhrulhisham sangat aktif dalam aktiviti membabitkan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kemasyarakatan sama ada di dalam
atau luar negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan