Selasa, 26 November 2019

4 nelayan maut, kapal tenggelam disambar petir

Agensi
mayat
Mayat empat nelayan ditemui selepas kapal yang dinaiki tenggelam selepas disambar kilat. foto Agensi
 
JAKARTA – Empat nelayan ditemui mati dan satu masih hilang setelah kapal yang dinaiki tenggelam di Pulau Pini, Kabupaten Nias Selatan, Sumatera Utara.

Kapal itu tenggelam sejurus selepas disambar petir.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada Khamis lalu.

Empat mangsa yang dikenali sebagai Eno, 35, Meti, 40, Dar, 40 dan Suparman, 40, adalah antara tujuh anak kapal di KM Restu Bundo.

Agensi Selamat dan Penyelamat Nias (SAR) Komander Pos Sukroadi Sastra Wijaya berkata, Eno meninggal pada hari Jumaat lalu berjaya meloloskan diri daripada kapal yang tenggelam itu dan berenang ke Pulau Pini.

Bagaimanapun, Eno meninggal dunia selepas tiba di pantai dengan kesan luka terbakar yang teruk, dipercayai disambar kilat.

Dua lagi rakannya, Anto dan Wak Kuru terselamat.

Mayat tiga lagi mayat ditemui di laut oleh pasukan penyelamat di perairan Labuhan Hiu, daerah Pulau Batu Timur, selatan Nias.

KM Restu Bundo berlepas dari Sibolga, utara Sumatera pada 17 November lalu untuk menangkap ikan di Pulau Pini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: