Mohon Perdana Menteri bubar Parlimen dengan kadar segera
BANGI
– Pengguna media sosial boleh dikatakan sebagai berang selepas
mengetahui abu mendiang bekas pemimpin kanan Parti Komunis Malaya (PKM),
Chin Peng telah dibawa pulang ke Perak pada bulan September lalu
selepas enam tahun kematiannya.
Tinjaun Ismaweb mendapati, rata-rata
netizen mengecam ‘dalang’ – sehingga kini tiada pihak yang mengaku –
dalam kerajaan yang membenarkan abu mayat pemimpin komunis itu dibawa
pulang ke Malaysia.
Pengguna Facebook dikenali sebagai
Mykamarz Kamaruddin Madey dalam hantarannya berkata, kerajaan Pakatan
Harapan (PH) bertanggungjawab ke atas tindakan kurang ajar puak
penyokong komunis ini.
“Kerana pertahankan kerajaan PH ada yang
sanggup tutup mata, buat-buat pekak dan bisu. Tidak apalah jika berlaku
apa-apa dekat anak-anak kamu dan kita semua pada masa-masa akan datang.
“Masa itu janganlah ditangisi lagi.
Keluar air mata darah sekalipun sudah tidak berguna. Teruskanlah
menyokong kerajaan boneka acuan DAP ini,” tulis Syakir Mohammad.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon
Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 1924 dan tinggal dalam buangan di
Thailand sejak Perjanjian Damai Hat Yai 1989.
Beliau pernah diburu pihak berkuasa Malaysia susulan pemberontakan PKM yang menyebabkan ramai rakyat negara ini terbunuh.
Chin Peng sebelum ini pernah memfailkan
saman terhadap kerajaan Malaysia bagi dirinya sendiri dan PKM, menuntut
kerugian serta menghalang kerajaan Malaysia atau ejen-ejen daripada
mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai mereka.
Namun, selepas kematian Chin Peng, bekas
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan
kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat Setiausaha Agung
PKM itu dibawa balik ke negara ini.
Sementara itu, Rahman Jempol pula
menjangka akan tiba masanya penyokong komunis membina tugu kehormatan
bagi menghormati ‘perjuangan’ mereka.
“Itulah yang mereka mahukan sebenarnya
untuk dijadikan semangat kepada generasi mereka nanti. Perkara ini
seperti alasan biasa mereka guna. Meraka akan cuba katakan perkara remeh
dan tidak ada apa-apa. Tapi masih butakah kita,” katanya.
Atas isu itu juga, pengguna Facebook, Era
Faziera Abd Kadir memohon Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
membubarkan Parlimen dengan kadar segera.
“Apabila dapat kerajaan buta, pekak dan
bisu. Inilah jadinya. Terima kasih. Kami sebagai rakyat bersuara pun
tiada guna apatah lagi bertindak. Semua kerajaan kawal,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan