Utamakan kepentingan hak orang Cina sahaja berbanding kaum lain
BANGI– “Jangan sesekali tunduk dengan desakan DAP Perak yang semakin hari semakin rakus menuntut bukan hak mereka.”
Demikian tegas Pengerusi Perhubungan
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Perak, Ustaz Shaharuzaman
Bistaman kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas DAP
Perak mendesak kerajaan negeri menunaikan janji pemberian hak milik
kekal tanah kampung baru bermula hujung tahun ini.
Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) DAP Perak sudah beberapa kali mendesak Ahmad Faizal supaya
memberikan status 999 tahun atau hak milik tetap kepada pajakan tanah
di kampung-kampung baru Cina di negeri itu, sedangkan ia bercanggah
dengan Perkara 91 (5) Perlembagaan Persekutuan.
“Desakan parti tamak haloba itu jelas
menunjukkan yang sikap semula jadi DAP yang sangat konsisten dalam
memperjuangkan agenda kaum Cina di Perak.
“Jika betul mereka (DAP Perak) menuntut
janji manifesto kenapa tidak dituntut janji-janji yang lain? Ini jelas
menunjukkan mereka hanya mementingkan hak mereka sahaja,” katanya
seperti dipetik portal Berjasa.org.my, semalam.
Terdahulu, Ahmad Faizal dilaporkan
berkata, perbincangan bersama perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum
penyelesaian mengenai perkara itu – desakan DAP Perak – dapat
diputuskan.
“Kita akan mendapatkan pandangan daripada
semua pihak dan tentunya apa yang diperkatakan dalam Konvensyen DAP
akan mendapat perhatian daripada pimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak.
“Kita akan buat keputusan bila kami
mesyuarat, bila kami dapat duduk bersama (isu berkaitan hak milik kekal
tanah kampung baru) itu akan dibincangkan,” katanya.
Dalam pada itu, Ustaz Shaharuzaman
melihat, Menteri Besar Perak baru-baru ini seolah-olah cuba
mempertahankan desakan parti rasis dan cauvinis itu.
“Saya menasihatkan jangan sesekali tunduk dengan permintaan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan