Adly patut beri respon neutral bukannya sibuk pertahan Fort Pin
BANGI – Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari sepatutnya memberikan respon yang
lebih neutral atau memilih untuk berdiam daripada menjadi penyambung
suara kepada Timbalan Speaker DAP, Datuk Dr Wong Fort Pin.
Selasa
lalu, tersebar video suasana tegang ketika persidangan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Melaka, apabila Fort Pin tidak membenarkan ADUN Sungai
Udang, Datuk Seri Idris Haron membaca ayat al-Quran bagi mengakhiri
perbahasan.
Berlaku
pertikaman lidah beberapa minit antara Idris dan Fort Pin, sehingga ADUN
Asahan, Datuk Seri Abd Ghafaar Atan yang mengambil giliran berbahas,
campur tangan dengan memberi laluan untuk Idris membacakan petikan ayat
al-Quran berkenaan.
Selepas
diasak wakil kerajaan dan pembangkang, Fort Pin akhirnya akur dan
meminta Idris meneruskan bacaan petikan al-Quran berkenaan.
Bagaimanapun,
kelmarin, Adly tampil memberi respon mempertahankan tindakan Fort Pin
kerana kononnya untuk menghormati masa yang telah diperuntukkan.
“Kenyataan
yang menyatakan timbalan speaker tak menghormati ayat Al-Quran tidak
benar dan saya harus perbetulkan, semalam kedudukan utama kita adalah
masa.
“Saya
beritahu timbalan speaker kita menghormati Al-Quran kerana dia
menghormati masa. Masa bagi kita cukup penting. Semalam kita beri masa
13 minit, lebih 3 minit (kepada Idris) daripada orang lain,” kata Adly.
Kesal
dengan perkara itu, Ketua Perhubungan Negeri Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA) Melaka, Ustaz Mohd Khoushaini Mohd Naim mempersoalkan tindakan
Adly mempertahankan Fort Pin, berbanding menjaga perasaan majoriti 64
peratus umat Islam di negeri itu.
“Bukankah
tindakan biadab Timbalan Speaker itu telah ditegur oleh wakil kerajaan
dan pembangkang? Sehinggakan beliau akhirnya terpaksa akur seterusnya
meminta YB Sungai Udang, Idris Haron meneruskan bacaan petikan al-Quran
berkenaan. Mengapakah perlu dipertahankan lagi?
“Hujah
Ketua Menteri menggunakan dalil surah Al-Asr juga tidak tepat, bahkan
tidak menafikan kebiadaban Timbalan Speaker yang berkeras enggan memberi
kebenaran, sungguhpun YB Asahan memberi laluan memperuntukkan masa
sendiri kepada YB Tangga Batu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Serentak
itu, beliau berkata, ISMA Melaka menggesa rakyat di negeri berkenaan
supaya terus bangkit mempertahankan isu-isu berkaitan umat Islam.
“Jangan kita leka dan tidur lena lagi, sedarlah bahawa agama dan bangsa kita sedang dihina,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan