Oleh Athirah Huda Zalhe
Pendekatan 'lunak' kerajaan PH punca pendesak makin besar kepala
BANGI – Desakan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia
(Dong Zong) supaya lembaga sekolah dibenarkan membuat keputusan dalam
isu pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular, disifatkan sangat
jahat dan tidak menghormati Kementerian Pendidikan.
Ahli
Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Lukman Al
Hakim Muhammad berkata, tindakan itu membuktikan bahawa kumpulan
pendesak Cina berkenaan sangat konsisten dengan pendirian menentang apa
sahaja pendekatan bagi mengukuhkan identiti kenegaraan dalam menyemai
perpaduan antara kaum serta integrasi nasional.
Bukan
sahaja tidak menghormati keputusan kementerian, malah katanya, Dong Zong
juga jelas bersikap besar kepala dan sombong dengan sewenang-wenangnya
menekan serta mengugut pihak berwajib dalam isu itu.
“Mentang-mentanglah
mendapat sokongan para pimpinan DAP dan MCA, mereka rasa mereka kuat
dan tidak boleh digugat oleh sesiapa termasuk Menteri Pendidikan dan
Perdana Menteri Malaysia.
“Fenomena
ini memberikan mesej penting kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Dong
Jiao Zong menjadi platform perjuangan bangsa Cina untuk bersepakat
mempertahankan sistem persekolahan vernakular yang bercanggah dengan
Perlembagaan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu,
Dong Zong dan kumpulan pendidikan Cina lain membangkitkan kembali isu
tulisan jawi apabila memaklumkan mahu menghantar memo kepada Kementerian
Pendidikan untuk menuntut supaya lembaga sekolah dibenarkan membuat
keputusan dalam isu pembelajaran tulisan jawi di sekolah rendah
vernakular.
Presiden
Dong Zong, Tan Tai Kim dilaporkan berkata, mereka tidak berpuas hati
apabila lembaga sekolah tidak tersenarai sebagai pembuat keputusan dalam
pengajaran jawi di sekolah vernakular tahun depan, walaupun sudah lima
pertemuan diadakan dengan kementerian.
Sebelum
ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan bahawa jemaah
menteri memutuskan pengenalan tulisan khat ini akan dimuatkan sebanyak
tiga muka surat sahaja dalam buku teks.
Katanya,
jemaah menteri juga menetapkan supaya pengenalan tulisan khat dilaksana
secara pilihan dengan guru diberikan kuasa untuk membuat keputusan
mengenai kaedah pelaksanaannya di bilik darjah masing-masing.
Mengulas
lanjut, Muhammad Lukman berkata, pendekatan kerajaan Pakatan Harapan
(PH) yang sangat lunak dengan kumpulan rasis berkenaan juga menjadi
antara faktor Dong Zong semakin kuat dan berani mendesak.
“Kerajaan
harus bertegas dan tidak melayan kerenah mereka ini. Identiti kenegaraan
dan perpaduan kaum adalah lebih utama untuk dipupuk daripada melayan
desakan Dong Jiao Zong yang amat tidak berasas ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan