Oleh Athirah Huda Zalhe
Mohon maaf sahaja tak cukup, kerajaan perlu ambil tindakan tegas
BANGI
– Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa kerajaan supaya
bertindak tegas terhadap Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA),
susulan isu ‘kecacatan’ imej bendera Malaysia apabila bintang pecah 14
diubah menjadi lima sahaja.
Ketua
Pemuda Isma, Arifin Manan berkata, permohonan maaf sudah tidak lagi
mencukupi berbanding tindakan tegas supaya menjadi pengajaran kepada
pihak lain.
Mengutuk
kesilapan yang dianggap disengajakan itu, beliau menyifatkannya sebagai
siri cubaan untuk mengubah identiti negara oleh pihak pengkhianat.
“Oleh
kerana kerajaan tidak bertegas pada kes-kes seumpama sebelum ini, maka
puak cauvinis tidak sedar diri ini akan sentiasa buat sesuka hati
mereka.
“Datang
tidak dijemput, bertamu tidak beradab. Api yang semakin membara ini
harus dipadam segera. Tidak mustahil negara yang aman ini, akan terjebak
ke kancah kehancuran dan huru-hara akibat kelemahan kerajaan
bertindak,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Terdahulu,
tular di media sosial klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan
lima bintang bersama logo Westport ditayangkan ketika nyanyian lagu
Negaraku.
Kesilapan
memaparkan bendera Malaysia ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang
kali ke-28 semalam mendapatkan kecaman hebat dalam kalangan netizen.
Rata-rata netizen menyifatkan, lima bintang yang tertera pada bendera itu seperti bendera komunis.
Seperti
dijangka, MABA memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung
kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan lima bintang ketika
perasmian kejohanan bola keranjang, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan