Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof berkata peraturan dan birokrasi yang ketat menjadi penghalang kemajuan pembangunan industri mobiliti udara (AMV), atau ‘kereta terbang’.
Redzuan
berkata, walaupun peraturan diperlukan, birokrasi yang ada ketika ini
tidak berkembang dengan cukup laju untuk menyokong pembangunan industri
berkenaan.
“Kebimbangan saya adalah peraturan dan proses birokrasi kita tidak cukup berkembang pesat untuk memenuhi keperluan industri dan inovasi serta kemajuan teknologi.
“Ini adalah sesuatu yang perlu kita lihat,” kata Redzuan seperti dipetik oleh portal Free Malaysia Today.
Redzuan membuat kenyataan itu selepas sesi menguji salah satu daripada AMV yang dicipta untuk Malaysia, Khamis lalu tidak dapat dilaksanakan.
Sesi pengujian itu tidak dijalankan selepas mendapati penerbangan ujian UAS E-Hang 216 yang dibuat oleh China, tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Justeru, Redzuan berkata AMV tidak seharusnya dikawal selia seperti dron biasa kerana ia mempunyai perbezaan dari segi berat dan tujuan penerbangan
Redzuan menggesa pembaharuan proses birokrasi dan rangka kerja kawal selia untuk membolehkan pembangunan ekosistem AMV.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan