Timbalan Ketua Pulau Pinang II pernah mengaku secara terbuka di FB
BANGI
– Kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) seolah-olah mengamalkan
pendakwaan terpilih kerana individu lain yang berjawatan lebih tinggi
turut terbabit dalam majlis ‘Heroes Day’, tidak didakwa.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd
Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, perkara berkenaan dibangkitkan
kerana PH dilihat tidak adil berhubung dakwaan terhadap dua Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) dan 10 lelaki, yang terbabit dengan kumpulan
pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), baru-baru ini.
Beliau berkata, sebelum ini Adun Gadek G.
Saminathan dan Adun Seremban Jaya P. Gunasekaran didakwa kerana
menyokong kumpulan pengganas itu dalam majlis ‘Heroes Day’- bagi
memperingati pejuang-pejuang LTTE di Taman Ayer Keroh Heights, Melaka
pada 28 November 2018.
Walaupun menyambut baik tindakan itu,
Khairuddin yakin terdapat individu lain yang berjawatan lebih tinggi
turut terbabit dalam majlis sama, namun tiada sebarang tuduhan atau
dakwaan dikenakan.
Khairuddin berkata, pemimpin parti rasis
dan cauvinis, DAP merangkap Timbalan Ketua Pulau Pinang II, Dr. P
Ramasamy pernah mengaku secara terbuka melalui laman Facebook bahawa,
beliau turut terbabit dalam majlis itu di ibu negara dan Pulau Pinang.
“Sebagai contohnya, dalam satu muat naik
pada 27 November 2015, Dr. P. Ramasamy memuatnaik secara terbuka dalam
Facebook beliau gambar-gambar penglibatan beliau dalam majlis ‘Heroes
Day’ di Pusat Khidmat DAP Perai,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, Khairuddin mendesak pihak
berkuasa supaya P Ramasamy perlu dikenakan tindakan sama seperti
Saminathan dan Gunasekaran kerana beliau juga secara terang-terangan
terbabit dalam majlis itu.
Katanya, ia bagi memastikan keadilan dilihat terlaksana terhadap kesemua yang terbabit dalam aktiviti LTTE itu.
“Apatah lagi bila majlis ‘Heroes Day’
yang Dr P. Ramasamy hadiri itu adalah dibuat di Pusat Khidmat DAP, maka
pastilah ia melibatkan DAP sendiri, ” katanya.
Terdahulu,Mahkamah Tinggi akan memutuskan
sama ada dua Adun bersama 10 lelaki lagi dibenarkan diikat jamin atau
sebaliknya, berikutan pembabitan dalam kumpulan pengganas LTTE.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Sesyen
hari ini yang membenarkan permohonan 12 lelaki itu untuk merujuk isu
perlembagaan berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi.
Kedua-dua ADUN itu ialah G. Saminathan
(Gadek) dan P. Gunasekaran (Seremban Jaya) manakala 10 lelaki lain ialah
V. Balamurugan; S. Teeran; A. Kalaimughilan; S. Chandru; S.
Arivainthan; S. Thanagaraj; M. Pumugan; Sundram Renggan @ Rengasamy; V.
Suresh Kumar dan B. Subramaniam.
Hakim Rozina Ayob memutuskan terdapat
merit dalam permohonan pihak pembelaan mengikut Seksyen 13(2) Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bagi merujuk
isu perlembagaan berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan