Khalil pula ajak Bersatu bersama PAS-UMNO demi agenda ummah
BANGI – PAS menolak saranan Tun Dr Mahathir Mohamad agar kesemua parti Melayu bersatu di bawah Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).
Ahli
Jawatankuasa PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan cadangan
pengerusi Bersatu yang juga perdana menteri sebagai lapuk dan
ketinggalan arus perdana.
Sebaliknya,
beliau mengajak Tun Dr Mahathir dan Bersatu untuk bersama dengan PAS dan
UMNO dalam agenda muafakat perpaduan ummah yang sedang diusahakan masa
kini.
Khalil
menegaskan, PAS dan UMNO sudah pun memulakan agenda perpaduan ummah yang
lebih besar matlamatnya dari hanya mahu menyelamatkan kroni dan legasi.
“Muafakat
perpaduan ummah yang sedang diusahakan bukan ideologi ataupun agenda
sempit politik perkauman yang seperti di hebohkan. Ia untuk mengangkat
martabat dan politik orang Melayu di tempat yang sepatutnya sesuai
dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan tanpa pinggirkan mana-mana
kaum mahupun agama.
“Ia juga
bertujuan untuk memelihara kesucian agama Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan dan juga kedaulatan Raja-Raja Melayu yang menjadi lambang
dan tonggak negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Dr
Mahathir mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah Bersatu
demi memastikan orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah belah.
Perdana
menteri berkata, setakat ini sudah ada enam parti Melayu termasuk UMNO
dan sekiranya lebih banyak lagi ditubuhkan orang Melayu akan terus
berpecah belah.
Mengakui
bersetuju dengan kenyataan bahawa orang Melayu sudah berpecah dan
berkecamuk, namun katanya, perpecahan bertambah buruk dengan wujudnya
satu lagi parti politik orang Melayu lalu menjadikan terlalu banyak
parti politik untuk bangsa ini.
“Dengan
terlalu banyak parti politik untuk orang Melayu, fokus dan agenda untuk
orang Melayu sudah berkecamuk dan hanya untuk kepentingan segelintir
pihak yang berkepentingan sahaja.
“Oleh itu saya menyeru Tun Dr Mahathir dan semua orang Melayu agar bersama-sama PAS dan UMNO dalam agenda perpaduan ummah.
“Cukup–cukuplah
dengan apa yang telah berlaku, ianya jelas tidak menguntungkan sesiapa.
Umpama pepatah Melayu ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya’. Jangan jadikan diri kita sendiri ‘petualang’ yang
menghancurkan masa depan dan kesinambungan politik orang Melayu,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan