Jumaat, 5 April 2019

TOK MAD TAK TIPU WARGA SENDAYAN

Wartawan Watan-Online
 



Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan menyangkal tuduhan konon beliau mengambil kesempatan dan menipu penduduk Sendayan dalam kemelut tanah yang berlaku dahulu.

Beliau berkata isu tanah di Sendayan suah berjaya diselesaikan berkat tekad dan usaha kerajaan Negeri Sembilan pada ketika beliau mentadbir sebagai menteri besar.

“Isu tanah di Sendayan ini sudah tiada apa-apa lagi, semasa saya mula menjadi Menteri Besar pada 2004, saya berjanji kepada diri sendiri mahu menyelesaikan kemelut tanah di Felda Sendayan yang sudah bertahun-tahun sehingga penerokanya teraniaya.

“Sehinggakan saya terfikir, kalau saya tak berjaya menyelesaikannya semasa penggal pertama menjadi Menteri Besar, saya takkan bertanding sebagai wakil rakyat dan tak mahu jadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada masa tu, itu janji saya,” katanya sewaktu berucap dalam ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sendayan pada Rabu.

Jelas beliau isu berkaitan Sendayan sengaja ditimbulkan oleh parti lawan semata-mata kerana tempoh berkempen PRK Rantau sedang berlangsung serta hari pengundiannya bakal diadakan pada 13 April depan.


Tiada ulasan: