REMAJA lelaki parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan pusat membeli-belah di Penampang, malam tadi.
Mangsa berusia 15 tahun ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di depan bangunan berkenaan sebelum menghubungi polis 10.57 malam.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit dikatakan berlari sebelum terjatuh dari bangunan berkenaan.
“Mangsa yang parah akibat patah kaki dan tangan kiri serta pendarahan dalaman kini dirawat di zon kritikal Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu.
“Mangsa adalah warga tempatan dan pelajar di sebuah sekolah menengah daerah ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagaimana mangsa terjatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan