Keputusan penarikan saman hanya boleh diputuskan dalam mahkamah
KOTA BHARU
– Kerajaan Kelantan berharap wakil Petronas dan Kerajaan Persekutuan
hadir ke mahkamah bagi membolehkan prosiding penarikan saman royalti
minyak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Mei ini, dapat
diselesaikan.
Menteri
Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, prosiding yang diadakan 17
April lepas terpaksa ditangguhkan ke 17 Mei disebabkan tiada wakil
Petronas dan Kerajaan Persekutuan yang hadir.
“Kerajaan
negeri masih menunggu keputusan mengenainya (penarikan saman) disebabkan
perkara itu hanya boleh diputuskan di dalam mahkamah…wakil daripada
Petronas dan Kerajaan Persekutuan mesti hadir untuk kita kemukakan
(penarikan saman) itu,” katanya.
Bercakap
kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Al-Quran Al Karim
peringkat Antarabangsa 1440H/2019M di sini malam tadi, Ahmad berkata,
prosiding yang akan datang adalah pada bulan Ramadan dan semua pihak
diharap dapat menghadirkan diri supaya urusan dapat dilaksanakan dengan
baik sempena bulan yang mulia itu.
Penarikan
saman royalti minyak kerajaan negeri ke atas Petronas di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur, dengan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah, hanya
dibenarkan jika Petronas bersetuju dengan tindakan tersebut.
Difahamkan,
sebelum ini Petronas tidak bersetuju dengan penarikan balik saman
kerana tidak mahu Kelantan menyaman mereka semula atas sebab sama pada
masa hadapan.
Bagaimanapun,
kerajaan Kelantan memberi jaminan tidak akan berbuat demikian sekiranya
Petronas dan kerajaan persekutuan membayar royalti kepada Kelantan.
Sebelum
ini dilaporkan, kerajaan persekutuan akan membayar royalti petroleum
kepada Kelantan, selepas proses penarikan saman oleh kerajaan negeri
selesai pada April.
Menteri
Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata
royalti minyak itu akan dibayar terus kepada kerajaan negeri namun
selagi proses perundangan di mahkamah tidak selesai, kerajaan
persekutuan tidak boleh membayar royalti minyak itu. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan