Rakan sekutu Warisan, Pakatan Harapan dan Upko akan menggunakan logo DAP dalam pilihan raya kecil Sandakan, kata Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal.
“Seperti mana mendiang Stephen Wong yang menang dalam dua pilihan raya kecil menggunakan logo DAP, kita akan lakukan perkara sama kali ini.
“Warisan-Pakatan Harapan-Upko akan memberikan sokongan penuh kepada calon Vivian Wong,” kata Shafie dalam satu perbincangan terbuka semalam, seperti dilaporkan The Borneo Post.
Vivian, anak bongsu Stephen, akan mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya kecil 11 Mei depan. Proses penamaan calon akan berlangsung esok.
Sementara itu, Shafie berkata walaupun mereka berstatus parti pemerintah, pilihan raya kecil itu tetap tidak akan dipandang enteng.
Stephen, yang juga menteri kesihatan Sabah, meninggal dunia pada 28 Mac.
Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo PKR tetapi di Sabah dan Sarawak kekal dengan logo parti komponen dan sekutu masing-masing.
Selepas memenangi pilihan raya, PH berjaya didaftarkan dan dibenarkan diguna dalam pilihan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan