Rabu, 24 April 2019

Kes royalti: Petronas tidak hadir mahkamah

SALMAH MAT HUSAIN FOTO RIZAL TAHIR

Menteri Besar menerima naskhah al Quran dari wakil Nasyrul Quran, Dato' Abdul Latiff Mirasa.
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berharap wakil kerajaan Persekutuan dapat hadir ke mahkamah bagi membolehkan proses penarikan saman berhubung isu royalti minyak disebut pada 17 Mei hadapan.
 
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri berharap ia dapat diselesaikan pada tarikh berkenaan.
 
Katanya, 17 Mei merupakan tarikh baharu yang diputuskan hakim setelah tiada wakil kerajaan Persekutuan mahu pun Petronas hadir pada 17 April lalu.
 
"Mereka tidak hadir, maka terpaksalah hakim putuskan tarikh baharu kerana proses tersebut perlu dilakukan di mahkamah.
 
“Pada masa yang sama ia mesti dihadiri kedua-dua belah pihak sama ada kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan atau Petronas,” ujarnya selepas merasmikan Konvensyen Al-Quran Al-Karim Peringkat Antarabangsa di KTC di sini malam tadi.

Pada 3 November lepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali dilapor berkata, pembayaran royalti tidak dapat dibuat kerana terikat kes saman kerajaan Kelantan. - HARAKAHDAILY 


Tiada ulasan: