Rabu, 3 April 2019

SURUH SAIFUDDIN SEMAK KE SPRM

Wartawan Watan-Online

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dinasihatkan untuk merujuk rekod pengisytiharan harta calon Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohamad Hasan berkata beliau tidak pernah ketinggalan untuk mengisytiharkan harta kepada SPRM setiap penggal.

Beliau menjelaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan harta pada ketika ini memandangkan Mohamad tidak lagi memegang jawatan sebagai menteri besar Negeri Sembilan.

“Saya setiap penggal mengisytiharkan harta dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pergilah periksa.

“Dia (Saifuddin) tidak tahu sebab saya setiap tahun kena isytihar harta semasa saya menjadi MB dulu… sekarang saya tidak jadi MB, tak pegang jawatan (dalam kerajaan) tak perlulah saya isytiharkan harta.

“Lagi pun harta saya makin lama makin susut, saya terpaksa jual rumah, kereta, tanah untuk mengurangkan komitmen kerana tidak ada pendapatan, cuma pencen dan elaun wakil rakyat sahaja,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama BN, di Rembau, Negeri Sembilan pada Selasa.


Tiada ulasan: