Rabu, 3 April 2019

FOKUS RAKYAT, BUKAN NAJIB

Wartawan Watan-Online

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menumpukan usaha menyelesaikan masalah rakyat berbanding mencari jalan untuk mengenakan beliau setiap hari.

Beliau berkata rakyat kini terkesan dengan polisi dan tindakan PH yang dianggap merugikan.

“Masalah-masalah rakyat seperti yang dilapor media patut menjadi fokus kerajaan PH dan bukannya sekadar mahu mencari gaduh di seluruh dunia.

“Kerajaan PH juga melaksanakan polisi tidak masuk akal.

“Mereka melakukan lawatan ke luar negara untuk melabur di sana tetapi membawa balik hutang dan bukannya pelaburan ataupun tiap-tiap hari mahu mencari jalan untuk kenakan Najib” katanya melalui laman sosial Facebook beliau pada Selasa.


Tiada ulasan: