DEWAN Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru menyelar sikap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tetap meneruskan Projek Lebuh Raya Pan Island Link 1 (PIL 1) walaupun telah mendapat banyak tentangan daripada pelbagai lapisan masyarakat di Pulau Pinang.Tindakan melobi untuk mendapat kelulusan pembinaan Lebuh Raya PIL 1 ini memberi mesej yang jelas bahawa kepentingan pemaju diutamakan berbanding impak buruk yang bakal ditanggung oleh rakyat.Bayan Baru adalah antara kawasan yang bakal terjejas teruk dengan projek PIL 1 ini. Projek ini telah diumumkan mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) secara bersyarat. Sebanyak 56 syarat telah diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar yang perlu dipenuhi oleh pemaju sepanjang pelaksanaan projek.Kami melahirkan keraguan terhadap janji-janji kontraktor dan pemaju melalui EIA ini kerana kerajaan negeri telah membuktikan mereka gagal dalam mengawal selia projek-projek sebelum ini sehingga berlakunya dua tragedi yang melibatkan 20 nyawa terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek di bawah cerun bukit.Tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus pada Oktober tahun lepas adalah suatu bukti kukuh yang mendedahkan kelalaian penyeliaan kerajaan negeri dan sikap berlepas tangan dengan menyalahkan hujan dan angin kuat.Sehingga kini, hasil siasatan tragedi Bukit Kukus masih dirahsiakan daripada khalayak awam. Ini memberi maksud amalan ketelusan yang dilaungkan melalui slogan CAT oleh kerajaan negeri ditadbir oleh DAP hanyalah retorik dan wayang politik semata-mata.Kami ingin melahirkan kebimbangan sekiranya PIL1 diteruskan, masyarakat di Bayan Baru bakal berhadapan dengan risiko banjir kilat apabila aliran Sungai Ara dan Sungai Kluang berubah menjadi longkang konkrit yang boleh menghalang kadar serapan air ketika hujan.Selain itu, jajaran Lebuh Raya PIL1 bakal menjejaskan perkampungan Melayu di Kampung Sungai Ara dan Taman Jajar Sungai Ara yang menjadi tempat tumpuan rekreasi masyarakat Sungai Ara. Daripada jajaran yang sama juga bakal menjejaskan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan beberapa rumah ibadat termasuk Masjid Al Huda Sungai Ara.Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru menggesa kerajaan negeri supaya menyemak kembali implikasi ini dan menghentikan segala rancangan pembangunan yang menyusahkan rakyat Pulau Pinang terutama masyarakat Bayan Baru.Cukuplah kematian sembilan nyawa dalam tragedi Bukit Kukus menjadi amaran dan peringatan agar kerajaan negeri berfikir kembali sebelum meneruskan projek ini.Surah Ar-Rum, Ayat 41:ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."Berubah atau diubah!"Terus Mara""Islam Memimpin"MUHAMMAD ZIKRI ISMAILKetuaDewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru17 April 2019 -HARAKAHDAILY
Rabu, 17 April 2019
PIL 1: DAP degil, abai rakyat, utama pemaju
MUHAMMAD ZIKRI ISMAIL
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan