MESYUARAT Jawatankuasa
Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 15 April 2019 membuat keputusan
tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan,
Sabah pada 11 Mei 2019 sebagaimana yang diumumkan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Dengan keputusan ini, maka PAS akan
memberikan sokongan kepada Wakil Pembangkang yang akan meletakkan calon
bagi menentang calon Pakatan Harapan.
PAS mengharapkan pilihan raya kecil ini
menghasilkan keputusan yang akan menguatkan Wakil Pembangkang,
lebih-lebih lagi kerusi Parlimen tersebut pernah dimenangi oleh Barisan
Nasional suatu ketika dahulu.
Kemenangan calon Pembangkang nanti sudah pasti akan menjadikan proses semak dan imbang (check and balance) dalam Parlimen Malaysia lebih efektif demi untuk kebaikan negara dan rakyat jelata.
Selaras dengan itu, PAS Sandakan dan PAS
Sabah khususnya akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat bagi
membantu calon Pembangkang dalam menghadapi PRK ini.
PAS juga akan menyeru dan mengarahkan
ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya di kawasan ini supaya turun
membuang undi sebagaimana pendirian parti bagi memberi sokongan kepada
calon yang mewakili pihak pembangkang.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 17 April 2019 – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan