Isnin, 15 April 2019

Kes Najib: Pendakwaan bantah saksi pertama kemuka dokumen tambahan

Pihak pembelaan bagi kes Najib Razak berhubung dana SRC 
International memohon saksi pertama kemukakan 3 dokumen 
tambahan dalam perbicaraan kes itu.
 
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak atas 7 pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd membantah permohonan pembelaan supaya saksi pertama kemukakan 3 dokumen tambahan dalam perbicaraan kes itu.

Peguam V Sithambaram yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya berkata, mahkamah perlu meneliti sama ada dokumen tambahan itu boleh diterima dan sama ada ia relevan untuk dikemukakan bagi tujuan menyoal balas saksi pertama, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Muhamad Akmaludin Abdullah, 35.

Dokumen itu termasuk butiran semua individu yang pernah menjadi pengarah di Yayasan Rakyat 1Malaysia.

“Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah jelas menyatakan mahkamah perlu meneliti dokumen yang akan dikemukakan itu sama ada boleh diterima di mahkamah ini dan sama ada terdapat keperluan untuk dokumen terbabit digunakan di mahkamah untuk menyoal balas saksi,” kata Sithambaram pada hari ke-2 perbicaraan kes Najib.

Tiada ulasan: