JURUTEKNIK
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang parah dalam insiden di
landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, awal pagi semalam,
meninggal dunia petang tadi.
Mangsa,
Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, menghembuskan nafas terakhir jam
6.45 petang tadi, meninggalkan seorang isteri Nor Azawiah Md Usuf dan
empat anak berusia setahun hingga 13 tahun.
MAHB
dalam kenyataannya berkata, selepas menerima rawatan intensif hampir
dua hari, Mohd Ruzaimi Iskandar, meninggal dunia petang tadi.
“Ruzaimi
adalah seorang kakitangan yang berdedikasi dan penuh dengan komitmen
ketika bekerja. Dalam kalangan pekerja, dia sangat berbakat serta
beretika.
“Kematiannya adalah satu
kehilangan besar bagi MAHB. Kami akan membantu keluarganya bagi
memudahkan proses pengebumian kerana keselesaan dan kesejahteraan
keluarganya adalah keutamaan kami,” katanya.
Harian
Metro hari ini melaporkan, seorang juruteknik MAHB parah pada kepala
selepas kenderaan dinaiki dilanggar sebuah pesawat peribadi ketika
mendarat di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, awal pagi
semalam.
Difahamkan, dalam kejadian
3.20 pagi itu, lelaki terbabit dipercayai berada dalam Perodua Kembara
milik syarikat berkenaan untuk memantau kerja penyelenggaraan di
landasan.
Kejadian itu menyebabkan bahagian bumbung Perodua Kembara terbabit tercabut selepas terkena sayap pesawat berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan