Tiada keperluan untuk kerajaan negeri buka semula panggung wayang
KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan tidak akan membuka semula panggung wayang di negeri itu kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Pengerusi
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Hj
Izani Husin berkata, sudah 30 tahun Kelantan tidak mempunyai panggung
wayang namun ia tidak menimbulkan masalah kepada rakyat kerana ada
pelbagai medium lain untuk mereka menonton filem.
“Kita
boleh mengenakan syarat ketat kepada pengusaha panggung wayang namun
masih ada ruang terbuka yang boleh mengundang kepada gejala sosial.
“Selepas
berbincang, kerajaan memutuskan untuk tidak mengadakan panggung wayang
di seluruh Kelantan,” katanya dalam sesi penggulungan pada persidangan
Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Semalam
Syahbuddin Hashim (BN-Galas) ketika membahaskan usul titah ucapan Sultan
Kelantan Sultan Muhammad V, mencadangkan kerajaan Kelantan mewujudkan
panggung wayang di negeri itu kerana katanya rakyat terpaksa ke
Terengganu semata-mata mahu menonton filem di pawagam.
Sebelum
PAS mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional pada 1990,
Kelantan mempunyai sebuah pawagam iaitu Panggung Lido yang terletak di
Jalan Post Office Lama di sini. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan