Langkah itu dapat bantu wujudkan daftar pemilih lebih tepat, diyakini
BANGI
– Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyambut baik syarat baharu
untuk permohonan pertukaran alamat pada kad pengenalan bermula 2 Mei
ini, seperti diumumkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis
Jamman.
Menerusi
pengumuman itu, semua permohonan pertukaran butiran alamat pada kad
pengenalan perlu disertakan dokumen sokongan seperti bil elektrik, bil
pembentungan, bil utiliti, cukai pintu, perjanjian jual beli rumah,
perjanjiaan atau resit sewa rumah atau lain-lain dokumen bagi
membuktikan telah menetap di alamat baharu berkenaan.
Pengerusi
SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya berpendapat bahawa langkah itu
wajar dan akan membantu usaha suruhanjaya berkenaan untuk memastikan
bahawa alamat pendaftar yang digunakan di dalam daftar pemilih adalah
alamat yang benar.
“Ianya
juga akan membantu membanteras apa-apa tindakan oleh mana-mana pihak
yang tidak bertanggungjawab untuk mendaftar pemilih di sesebuah kawasan
atau pun memindahkan pengundi ke mana-mana kawasan dengan menggunakan
alamat palsu atau kediaman pihak ketiga.
“Langkah
tersebut dengan secara langsung, akan dapat membantu SPR mewujudkan
daftar pemilih yang lebih tepat, berintegriti dan diyakini khususnya
dalam isu kesahihan alamat yang digunakan sebagai alamat maustatin.
“SPR
menyambut baik dan amat berterima kasih kepada pihak Kementerian Dalam
Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai langkah yang
diambil tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan