Selasa, 26 Mac 2019

Jadi menteri yang ada standard

Mohammad Arif Nizam
xMGF04032019_MALAYSIA-CHINA-PALM-OIL_09-681x454
Teresa Kok

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat  hari ini dibuka dengan suasana sedikit tegang apabila Menteri Industri Utama, Teresa Kok ditegur oleh Ahli Parlimen pembangkang agar menjadi menteri yang memiliki standard dalam menjawab soalan yang dikemukakan.

Mohd. Sahar Abdullah (Paya Besar – BN) mengeluarkan teguran tersebut selepas Teresa gagal memberi jawapan dengan meyakinkan.

Beliau sebelum itu bertanya apakah usaha kementerian untuk memperkasakan industri sawit Malaysia terutama dari segi mencari pasaran baharu dan memperluaskan industri hiliran dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan golongan pekebun kecil sawit.

Namun Teresa yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh memberi jawapan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam  kalangan penyokong pembangkang.

Antara jawapan beliau adalah sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri, harga sawit akan tetap mengalami turun naik di pasaran dunia.

“Jadilah Menteri yang ada standard sikit, apalah,” tegur Mohd. Sahar yang jelas tidak berpuas hati dengan jawapan Teresa itu.

Malah turut kedengaran dalam kalangan penyokong pembangkang yang menyindir Teresa agar kerajaan jangan bergaduh dengan negara China. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: