ISMA WEB
Pihak tertentu cuba provokasi ketika Najib sarapan di Kuala Selangor
KUALA SELANGOR
– “Yang memulakan provaksi akan terlepas. Yang memberi reaksi kepada
provokasi akan ditangkap dan didakwa. Itulah undang-undang #MalaysiaBaru
di bawah PH (Pakatan Harapan) sekarang.”
Itu ulasan
Datuk Seri Najib Razak terhadap perbuatan beberapa pihak yang membawa
poster berwajah beliau seperti badut ketika bekas perdana menteri itu
bersarapan di sebuah restoran di sini, hari ini.
“Seperti
penyokong “Raykat” DAP yang membuat hal semasa saya di sebuah restoran
dekat UM (Universiti Malaya) dua minggu dahulu, orang PH cuba lagi untuk
melakukan provokasi semasa sarapan pagi saya di Selangor.
“Saya
makan nasi campur pun PH tak senang. Terima kasih kepada pihak polis
yang telah menghalang mereka dari meneruskan provokasi mereka.
“Terima
kasih juga kepada penyokong kami yang penuh bersabar. Penyokong kami
tidak lagi senang untuk termakan provokasi dan termasuk perangkap pihak
PH yang hanya berhasrat untuk mencari gaduh,” katanya.
15 Rejab
lalu, sekumpulan pelajar UM mengadakan demonstrasi haram berhampiran
masjid di luar universiti itu sambil membawa poster wajah badut Najib,
ketika Ahli Parlimen Pekan itu bertemu orang ramai dalam sebuah restoran
tidak jauh dari situ selepas solat Jumaat.
Dalam
kejadian itu, berlaku tolak menolak antara sekumpulan pelajar yang
mendakwa daripada Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany)
diketuai pemimpinnya, Wong Yang Ke, dengan beberapa penyokong Najib
ketika program santai bekas perdana menteri itu sedang berlangsung di
Restoran Amjal, berhampiran UM.
Susulan
itu, Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua
UMNO Petaling Jaya, Abdul Mutalif Abdul Rahim dan dua individu didakwa
di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas dua pertuduhan mencederakan
seorang penuntut universiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan