Semua masjid di Selangor yang berdaftar dengan Jabatan Agama
Islam Selangor (Jais) bakal mempunyai pegawai perhubungan masjid yang
terdiri daripada anggota polis bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan
di rumah ibadat berkenaan.
"Kawasan masjid kini dilihat menjadi tumpuan untuk orang melakukan jenayah, tahun lepas 89 kes jenayah dilaporkan berlaku di kawasan masjid dan bagi tempoh Januari sehingga semalam, 17 kes dilaporkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program berkenaan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Turut hadir Pengarah Jais, Haris Kasim.
Tambah Noor Azam, pihaknya sedang meneliti sama ada program yang sama akan diperluas ke rumah-rumah ibadat agama lain di seluruh Selangor sekiranya terdapat permintaan untuk pihaknya berbuat demikian.
Tambah Noor Azam buat masa ini program berkenaan hanya melibatkan masjid di seluruh negeri ini bagaimanapun pihaknya tetap akan melakukan rondaan berkala di semua surau-surau dan rumah ibadat agama lain.
Sementara itu Haris berkata program berkenaan merupakan satu kerjasama strategik yang cukup baik dan pihak masjid akan memberi kerjasama sepenuhnya.
"Isu
keselamatan merupakan perkara yang amat dititikberatkan, melalui
program ini, kami mahu beritahu masyarakat bahawa aspek keselamatan
tidak terabai di masjid dan pengunjung boleh beribadah dengan selesa dan
selamat," katanya.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan