PRK Rantau sedang berlangsung, dan ketika makalah ini ditulis hari ini adalah tarikh penamaan calon bagi Dun Rantau.
Sebelum bermula PRK Rantau lagi kelihatan semacam ada retak yang besar membusung pecah dalam Pakatan Harapan (PH).
Retak yang pendam pasca Mei 2018 kini
mula memburai sedikit demi sedikit sejak PRK Cameron Highlands,
mengganas di PRK Semenyih dan kini yakin akan terburai di PRK Rantau.
Retak ini bermula sejak 1998 pasca
reformasi lagi, namun ia tidak membusung ketika membentuk persefahaman
menguburkan BN pada PRU14 kerana masing-masing tamakkan kuasa.
Umum tahu kesumat Dato' Seri Anwar
Ibrahim kepada Tun Mahathir Mohammad sejak sekian lama. Walau lakonan
demi lakonan berjaya dipamerkan depan rakyat sejak setahun berlalu.
Umum tahu bahawa Anwar tidak sabar
menanti dikalungkan jawatan PM menggantikan Tun Mahathir tatkala
perjanjian "verbal" dalam PH menyatakan dua tahun tempoh, namun dalam
masa yang sama masing-masing ada strategi dalam menghunus senjata
menekan antara satu sama lain.
Apapun episodnya, PAS berdiri teguh
menyokong kepimpinan Tun Mahathir menerajui negara hingga PRU15 atas
asbab lebih besar mengenai survival ummah yang mana Mahathir lebih lunak
berbanding Anwar yang kelihatan lunak dengan agenda bersama DAP dan
kelompok liberal.
PKR dan Bersatu masing-masing parti
komponen dalam Pakatan Harapan, selepas hampir setahun menerajui
kerajaan pusat, hari ini retak yang selama ini kononnya tersimpan kemas,
terburai malah dari kenyataan yang dikeluarkan anak Papa, Nurul Izzah
Anwar bahawa Tun Mahathir Mohamad seorang diktator menjelaskan lagi
retak dan dendam kesumat anak Papa ke atas Tun M selama ini.
Nurul Izzah walau ditegur Papanya, namun
teguran itu sekadar satu strategi sahaja demi meredakan keadaan yang
meluap antara kumpulan dalam PH.
Serangan ini walau ditegur, pastinya
sengaja disusun Papa untuk memberi signal kepada Tun Mahathir bahawa
anak Papa mahu Papa jadi PM segera.
Mudah cerita pertentangan ini sudah ke kemuncak, tiada "gear reverse"
kerana dendam sudah menguasai, maka kemuncaknya akan berlaku bila-bila
masa. Ada yang menjangkakan PRK Rantau inilah 'klimaksnya’ dan tidak
kurang yang meletakkan harapan agar kesatuan ummah yang sedang dibina
PAS-Umno segera mengganti kerajaan "kuda DAP" ketika ini.
Pastinya satu lagi plot yang bakal
terhasil pada PRK Rantau kali ini, sama ada plot ini kemuncak perpecahan
atau ia akan menyaksikan sandiwara bersambung lagi hingga ia terburai,
sama-sama kita saksikan kerajaan rapuh PH ini bersandiwara lagi.– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan