Enam suspek mencurigakan cuba melarikan diri, berjaya ditangkap
SEREMBAN
– Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menggagalkan satu
transaksi pengedaran dadah jenis heroin di kawasan Seremban dalam satu
operasi khas di kawasan letak kereta di sebuah hotel di sini, Rabu
lepas.
Pemangku Ketua Polis
negeri SAC, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, dalam operasi pukul 11
malam itu mendapati dua kereta jenis Perodua Myvi masuk dan diletakkan
bersebelahan di kawasan letak kereta di hotel berkenaan.
“Semasa serbuan,
enam orang suspek didapati berada di tepi kereta dalam keadaan
mencurigakan. Mereka cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap. Polis
turut menahan seorang lagi lelaki di lobi hotel berkenaan. Kesemua
suspek berumur antara 20 dan 29 tahun.
Setelah pemeriksaan
dijalankan, pihak polis menjumpai dan merampas dadah jenis heroin
seberat 4,550.74 gram dan dadah jenis syabu seberat 0.3 gram di dalam
sebuah kereta itu, manakala dadah jenis heroin seberat lapan gram dalam
sebuah kereta lagi. Kesemua dadah itu dianggarkan bernilai RM160,000,”
katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya, dalam serbuan itu, pihak polis telah merampas dan menyita dua kereta dan barangan kemas milik suspek bernilai RM61,700.
Katanya, ujian saringan air kencing ke atas semua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.
“Siasatan awal
mendapati lima daripada suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah dan
dadah, manakala dua lagi tiada rekod. Kesemua suspek ditahan reman tujuh
hari untuk tujuan siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta
Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Sementara itu,
katanya, dalam operasi berasingan semalam, JSJN negeri ini menangkap
enam pengedar dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah
Pencegahan Khas) 1985.
Katanya dua daripadanya ditangkap di Tampin dan masing-masing satu di Seremban, Kuala Pilah, Port Dickson dan Rembau.
Katanya, nilai sitaan terhadap aset pengedar dadah yang telah ditangkap sehingga kini (bagi tahun 2019) berjumlah RM1.27 juta. – Bernama
Katanya, nilai sitaan terhadap aset pengedar dadah yang telah ditangkap sehingga kini (bagi tahun 2019) berjumlah RM1.27 juta. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan