ISMA WEB
Yadim dikatakan ambil 'orang politik' jadi perunding di pejabat yang dipertua, bayar gaji antara RM10,000 hingga RM12,000 sebulan
BANGI
– “Lebih membimbangkan jika Yadim terpaksa menggunakan wang zakat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menanggung segala
kos tambahan ini kerana peruntukan kerajaan kepada Yadim adalah amat
terhad.”
Demikian
kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengulas isu
urus tadbir dan perbelanjaan yang sekarang ini terpaksa ditanggung
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), susulan pengambilan kakitangan
baharu yang didakwanya terdiri daripada kalangan ‘orang parti’.
Sehubungan
itu, Asyraf Wajdi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, supaya campur tangan dan
memperbetulkan urus tadbir Yadim.
Mendedahkan
isu terbaharu Yadim dalam Facebooknya malam ini, beliau mendakwa
diberitahu bahawa yayasan itu terpaksa menanggung kos emolumen yang
tinggi, kerana pengambilan ramai kakitangan baharu untuk pejabat Yang
Dipertua Yadim, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, yang terdiri daripada
orang parti.
“Setiap
pegawai khususnya dengan jawatan sebagai perunding (konsultan) dibayar
dengan gaji besar antara RM10,000 hingga RM12,000 seorang. Dengan jumlah
sedemikian untuk dibayar kepada beberapa pegawai yang telah ditawarkan
jawatan tersebut khabarnya kos pejabat YDP sahaja mencecah RM50,200
sebulan.
“Ini
bermakna Yadim harus menanggung lebih daripada setengah juta setahun
semata-mata untuk membayar gaji-gaji para pegawai di Pejabat YDP!,”
katanya.
Asyraf
menimbulkan persoalan di mana Yadim akan memperoleh wang membayar gaji
perunding dan pegawai baharu yang mencecah lebih RM500,000 dan hanya
berperanan di pejabat Nik Omar sahaja.
“Bagaimanakah
kewangan Yadim akan terus kekal mapan jika kos melonjak tinggi dengan
pembukaan cawangan-cawangan seluruh Malaysia, sedangkan Yadim boleh
sahaja menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri
sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini?,” katanya.
Beliau
berkata, adalah wajar dalam keadaan kerajaan Pakatan Harapan meminta
penjawat awam mengikat perut, Yadim sepatutnya memanfaatkan sahaja lebih
kurang 200 kakitangan sedia ada.
“Hentikanlah
usaha merubah Yadim seolah-olah menjadi seperti parti politik dengan
melantik pegawai-pegawai baharu di kalangan orang parti dan mewujudkan
cawangan di negeri-negeri yang bakal membebankan institusi.
“Lebih
malang sekali jika sebuah institusi Islam yang banyak jasanya kepada
umat Islam hampir 5 dekad runtuh hanya untuk memuaskan agenda politik
kepartian!,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan