Beri kupon percuma makanan kepada murid sekolah nak pikat pengundi
BANGI – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mempersoal tindakan Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng memberikan kupon makanan percuma bernilai RM75,000 kepada 300 murid kurang berkemampuan kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Beliau dalam
kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini, menyatakan rasa hairan
dengan tindakan itu kerana Dr Michael bukan merupakan calon Pakatan
Harapan (PH) untuk PRK kawasan itu, sebaliknya Dr Streram Sinnasamy.
“Calon PH
untuk PRK Rantau ialah S Streram dari PKR. Esok hari penamaan calon.
Semalam, Ahli Parlimen PKR Miri, Sarawak tiba-tiba memberi RM75,000
kepada 5 sekolah di Rantau, Negeri Sembilan.
“Setahu
saya, Miri bukan terletak sebelah Rantau tetapi dia tetap bagi. Dia kata
pemberian ini adalah di atas permintaan Penyelaras DUN Rantau, S
Streram yang juga calon PRK,” katanya.
Mengulas
lanjut, Najib yang juga bekas presiden UMNO berkata, PH sepertinya sudah
tidak mempedulikan serta menghiraukan kesalahan yang dibuat wakil
parti.
“Orang nak
kata mereka main kotor pun katalah. Nak kata PH tak bersih, tak apalah.
Dipersilakan. Rakyat nak tuduh mereka beli undi pun silalah tuduh.
“Mereka
sudah angkuh. Walaupun mereka telah terang-terang melanggar
undang-undang berulang kali di beberapa PRK yang lalu, PH tahu kerajaan
tidak akan ambil sebarang tindakan. Mengapa PH perlu peduli?,” soalnya.
Berdasarkan
kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook Keadilan DUN Rantau, hari
ini, kupon itu diberikan kepada 300 orang murid dengan setiap mereka
menerima sumbangan antara RM50 hingga RM150.
Lima buah
sekolah yang dipilih untuk program ini ialah SJKC Sin Min Kuala Sawah,
SJKT Ladang Kombok, SK Felda Sendayan, SK Siliau dan SJKT Rantau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan