Sabtu, 30 Mac 2019

KERAJAAN PH SANGAT LEMAH – AHMAD YAKOB

Wartawan Watan-Online

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata rakyat kini telah menyedari bahawa kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sangat lemah dalam pentadbiran mahupun blok pakatan itu sendiri.

Katanya kekecewaan yang diluahkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terhadap prestasi kerajaan PH turut seolah-olah mengesahkan lagi kelemahan pemerintah negara ini kepada rakyat.

“Bagi saya perkara seperti ini adalah kelemahan dalaman PH.

“(Ternyata) kelemahan ada dan ini sudah dapat dibaca masyarakat,” katanya sejurus selesai Mesyuarat Mingguan Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim pada Rabu.

Terdahulu, Nurul Izzah di dalam sebuah wawancara dengan akhbar Singapura, The Straits Times mengakui kecewa dengan prestasi semasa kerajaan baharu di bawah pimpinan PH yang gagal menunaikan janji.

Beliau turut dilaporkan kecewa dengan kegagalan PH menggerakkan agenda reformasi seperti yang dirancang.


Tiada ulasan: