PARLIMEN | Bukan selalu sidang Dewan Rakyat kecoh seperti hari ini, kata Yang Dipertuanya Mohamad Ariff Md Yusof.
Ariff berkata demikian ketika berucap merasmikan Siri Kuliah Speaker malam ini yang turut dihadiri rombongan rasmi negara jiran itu.
"Ia tidak berlaku setiap hari. Kamu (delegasi parlimen Singapura) di tempat yang salah pada masa yang salah," katanya.
Menjelaskan lanjut, kata Ariff selalunya Dewan Rakyat lebih aman dan profesional.
Turut hadir wakil rakyat daripada Pakatan Harapan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Ariff juga menyentuh tragedi hitam sejarah kuno pemerintahan di United Kingdom, berkata dari tahun 1394 hingga tahun 1455 seramai tujuh speaker parlimen di negara itu telah dipancung kepalanya.
"Nampaknya, kepala saya belum dipancung lagi. Tapi, itulah kadang kala speaker juga perlu menghadapi situasi yang berat," katanya berseloroh.
Nga berkata keputusan itu diambil kerana kenyataan Noh itu adalah satu penghinaan kepada institusi Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Semalam Noh berkata MP Telok Intan 'tidak layak' menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Susulan itu, MP BN bersama MP PAS bertindak keluar dari Dewan Rakyat selepas tidak puas hati dengan keputusan timbalan speaker.
Kemudian Noh mengarahkan soalannya kepada speaker parlimen Singapura bagi meminta bantuannya apabila pemimpin Umno itu diberitahu telah digantung selama tiga hari kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan.
Pada sesi petang, dewan sekali lagi menjadi kecoh susulan PAS tuduh DAP sebagai anti-Islam.
Sementara itu, Ariff menjelaskan siri kuliah speaker yang diadakan hari ini di bangunan parlimen merupakan yang kedua selepas yang pertama diadakan pada Disember yang lalu.
Katanya, siri hari ini merupakan yang pertama dihadiri oleh seorang speaker dari luar negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan