RENCANA BERGAMBAR | Krisis
pencemaran yang berpunca daripada pembuangan haram bahan toksik di
Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor masih segar dalam ingatan.
Ia
kejadian yang mengejutkan dan berlaku dengan cepat. Ribuan kes
dicatatkan dengan sebahagian daripada mangsa dirawat di hospital.
Sesetengah mereka sehingga terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Bagaimanapun
tindakan pantas pelbagai agensi kerajaan berjaya mengawal keadaan dan
kini pencemaran yang menakutkan itu sudah berjaya dikawal.
Untuk
membuktikan keadaan di Pasir Gudang sudah pulih, semala Menteri Tenaga,
Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin,
membuktikannya.
Beliau berada di tapak pembuangan haram di Sungai
Kim Kim bagi menyaksikan sendiri keadaan di situ, termasuk kualiti udara
yang ada.
Tanpa mengenakan sebarang pakaian khas atau penutup
hidung Yeo menunjukkan kualiti udara di situ tidak lagi mengandungi
bahan yang boleh mengancam kesihatan.
"Jika saya mahu masyarakat
yakin sungai ini selamat, saya perlu menunjukkan yang ianya selamat
dengan tidak memakai topeng di sini.
"Kalau terkena, sayalah orang pertama yang akan menerima padahnya," kata Yeo seperti dipetik di media sosial.
Anggota
pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan
pemeriksaan berkala bagi mengukur tahap pencemaran pada 14 Mac.
Untuk
rekod sebanyak 2.43 tan sisa bahan kimia dibuang ke Sungai Ki Kim. Ia
turut menyebabkan 111 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup.
Kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan peruntukan kecemasan daripada kerajaan negeri sebanyak RM6.4 juta.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat berjalan melintasi peta lokasi operasi pembersihan Sungai Kim Kim.
Salah
seorang mangsa dibantu untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan
yang disediakan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 15 Mac.
Kanak-kanak
adalah antara penduduk turut terjejas dengan pencemaran yang berlaku
apabila mereka tidak lagi boleh bermain-main di luar.
Seorang
kanak-kanak dibantu anggota petugas menyarung penutu hidung dan mulut
bagi mengelak terhidu bahan berbahaya di Stadium Majlis Perbandaran
Pasir Gudang pada 15 Mac.
Menurut laporan Bernama,
suatu ketika dulu Sungai Kim Kim merupakan lubuk rezeki bagi orang
ramai mendapatkan pelbagai hasil seperti ikan, udang galah, lokan dan
siput sedut.
Ketika itu, kata penduduk setempat, ramai pemancing datang untuk mencari rezeki di sungai berkenaan.
Penduduk
setempat menjalani pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan kakitangan
Kementerian Kesihatan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Bagaimanapun
keadaan tidak lagi sebegitu apabila sungai sepanjang kira-kira 1.5km
itu dicemari pelbagai bahan tidak sepatutnya seperti sampah, plastik dan
bahan kimia.
Anggota petugas berehat seketika selepas menjalankan operasi di Sungai Kim Kim.
Yusof
Khhalid, 41, membawa anaknya Ridwan, 7, dan Fatihah, 5, untuk
pemeriksaan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 15 Mac.
Dua
penduduk kampung tidak mengabaikan langah berjaga-jaga ketika berehat
seketika di depan sebuah kedai runcit selepas mereka selesai menunaikan
solat Jumaat pada 15 Mac.
Semalam Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata seramai 395 mangsa masih menerima rawatan
Daripada
jumlah itu katanya 14 kes mendapatkan rawatan di Hospital Sultan
Aminah, manakala 32 kes lagi di Hospital Sultan Ismail.
Beliau berkata pola semasa menunjukkan berlaku penurunan jumlah mangsa yang direkodkan.
Pasukan petugas menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan di Pasir Gudang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan