Anggota
Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) memeriksa dan mengukur
kualiti udara di sekitar kawasan tong yang dibuang berhampiran cabang
Sungai Kim Kim di Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor. foto
HAZROL ZAINAL
PASIR GUDANG – Isu pencemaran sisa-sisa toksik yang berlaku
di Sungai Kim Kim tempohari sudah cukup membuatkan ramai penduduk
menderita.
Hari ini, orang ramai dan pihak berkuasa mendapati masih ada penemuan
terbaharu sisa-sisa buangan toksik dalam semak di Taman Tanjung Puteri
Resort dekat sini pula. Tong
disyaki mengandungi sisa kimia yang dibuang berhampiran cabang Sungai
Kim Kim di Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor. foto HAZROL
ZAINAL,
Kesemua tujuh buah tong berwarna biru itu dikatakan telah ditemui penduduk kawasan berkenaan sejak 14 Mac lalu.
Seorang wakil penduduk, Ahmad Roh Ariffin, 51, memberitahu, penemuan
tong yang mencurigakan oleh seorang penduduk taman itu telah dimaklumkan
kepada pihak berkuasa.
Bagaimanapun katanya, tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini.
“Semasa ditemui, tong itu berbau seperti cuka tapi ia tidak dibuka kerana tidak tahu apa isi kandungannya. Keadaan
cabang Sungai Kim Kim lokasi dimana penemuaan tong disyaki mengandungi
sisa kimia yang dibuang di Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang,
Johor. foto HAZROL ZAINAL
“Hari ini saya laporkan terus perkara ini kepada pejabat Menteri
Besar dan wakilnya telah datang untuk meninjau kawasan dengan bantuan
polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi penemuan tong
tersebut di sini hari ini.
Berdasarkan pemerhatian, tiga daripada tong berkenaan dibuang di
dalam parit manakala empat lagi dijumpai di bawah jambatan anak sungai
yang dipercayai bersambung dengan Sungai Kim Kim.
Jelas Ahmad Roh, perkara itu juga telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk diambil tindakan.
“Kita harap perkara ini dapat diambil tindakan segera dengan
membersihkan kawasan itu supaya keadaannya tidak menjadi lebih parah,”
ujarnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan