KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar melanggar arahan Timbalan Speaker, Nga Kor Ming yang melarangnya memasuki Dewan Rakyat selama 3 hari, mulai hari ini.
Tindakannya memasuki dewan ketika sesi perbahasan ucapan Agong oleh Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik), menimbulkan kekecohan ketika sidang itu dipengerusikan Timbalan Speaker, Abdul Rashid Hasnon.
Noh mendakwa beliau tidak tahu mengenai penggantungan itu dan mempersoalkan bagaimana beliau boleh dihukum ketika tidak berada dalam Dewan Rakyat.
“Sepatutnya, speaker mengarahkan saya keluar semalam. Tetapi, beliau hanya lakukan hari ini. Dasar apa ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan