Oleh Athirah Huda Zalhe
Menteri Pendidikan tak ulas kesalahan pelajar berhimpun secara haram
BANGI – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengingatkan pengurusan universiti di seluruh Malaysia supaya mengambil tindakan jelas mengutuk perbuatan mana-mana pihak yang menyerang pelajar mereka.
Dalam
kenyataan rasmi di Facebook Kementerian Pendidikan hari ini, beliau
bagaimanapun, tidak mengulas mengenai perbuatan pelajar yang bertindak
membelakangkan undang-undang negara.
Kenyataan
beliau dipercayai merujuk kepada kekecohan antara beberapa pelajar
Universiti Malaya (UM) dengan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak di sebuah perhentian bas di Pantai Dalam, Jumaat lalu.
Dalam
kejadian itu, berlaku tolak menolak antara sekumpulan pelajar yang
mendakwa daripada Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany)
diketuai pemimpinnya, Wong Yang Ke, dengan beberapa penyokong Najib
ketika program santai bekas perdana menteri itu sedang berlangsung di
Restoran Amjal, berhampiran UM.
Pelajar-pelajar
terbabit berdiri di seberang jalan berhampiran tempat program dan
memegang plakad yang antara lain tertera perkataan ‘Najib Tak Malu’ dan
‘Pulangkan Duit Rakyat’, selain karikatur menyindir Najib berwajah
badut.
Susulan
itu, penyokong Najib yang diketuai Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat
Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, menghampiri mereka dan mengoyakkan
plakad yang dipegang pelajar dan seterusnya berlaku pergelutan.
Semakan
Ismaweb.net mendapati persatuan pelajar itu tidak berdaftar dengan
Pendaftar Pertubuhan (ROS), serta tidak memperoleh permit untuk
mengadakan perhimpunan di lokasi berkenaan.
Lokman dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa, ‘budak’ yang melakukan provokasi petang Jumaat lalu adalah penyokong DAP.
“Sahabat-sahabat
mahasiswa yang hadir tadi kenal sangat dengan puak DAP tadi, ini
gambar-gambar beliau dengan Superman Hew, Maszlee dan pemimpin PH lain,”
kata Lokman sambil memuat naik beberpa foto Yang Ke dengan pemimpin
Pakatan Harapan.
Selepas
kekecohan itu pula, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim
berkata, 10 saksi turut dirakam percakapan bagi membantu siasatan
mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh, selain disiasat
mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Susulan
itu, Naib Canselor UM, Datuk Dr Ir Abdul Rahim Hashim dalam satu
kenyataan berkata, pihaknya memandang serius mengenai kejadian
membabitkan penuntut universiti itu.
“Diharapkan
mereka yang terbabit dalam insiden ini sama ada penuntut mahupun
penyokong kumpulan tertentu lebih matang dalam bertindak pada masa
hadapan tanpa menggunakan kekerasan,” katanya.
Dalam
kenyataan hari ini, Maszlee juga tidak mengarahkan pihak universiti
mengambil tindakan ke atas pelajar yang mengadakan demonstrasi haram,
walaupun polis menyiasat mereka mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan
Aman 2012, kerana berhimpun tanpa permit.
Beliau
sebaliknya berkata, tidak wajar untuk pihak pengurusan universiti
menunjukkan sikap tidak jelas dan mengambil jalan selamat, sedangkan
mahasiswa mereka diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya,
Naib Canselor wajar mempamerkan sikap mengutuk tindakan tidak beradab
sekumpulan individu yang menyerang mahasiswa terbabit.
Beliau
mengingatkan pihak pengurusan universiti untuk sentiasa mendukung
pendirian dan kebebasan mahasiswa, selagi ia tidak bertentangan dengan
undang-undang negara dan peraturan universiti.
“Ini
terjadi beberapa hari yang lepas dan kejadian yang sama boleh berlaku di
kampus-kampus lain jika semua mengambil sikap sambil lewa.
“Kita
tidak boleh gentar dan takut dalam menyatakan kebenaran atas nama
prinsip keluhuran sebuah gedung ilmu bernama universiti,” katanya tanpa
mengarahkan universiti memastikan pelajar tidak melakukan perbuatan
menyalahi undang-undang negara seperti berhimpun tanpa permit polis.
Dalam
kenyataan berasingan dalam Facebooknya sebelum ini, Maszlee berkata,
universiti adalah medan intelektual terbuka, untuk berbincang, berdebat,
berwacana dan berforum secara aman.
“Universiti
bukan tempat untuk samseng, pelampau dan pengganas. Untuk anak
mahasiswa, jangan malu. Ada beban tanggungjawab yang harus kita pikul
untuk masyarakat. Kita harus terus ke depan melawan kebobrokan dan
menyatakan kebenaran,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan