
PASIR GUDANG: Puluhan mangsa bersesak-sesak di pintu masuk Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan awal selepas terdedah kepada pencemaran kimia Sungai Kim Kim.
Mereka ini bakal menjadi penghuni baru stadium itu, yang dibuka petang semalam untuk menempatkan mangsa pencemaran, selepas Dewan Taman Pasir Putih berdekatan Sungai Kim Kim diisytihar termasuk dalam zon merah dan ditutup kerana tidak lagi selamat.
Seramai 780 mangsa baru dirujuk ke pusat rawatan awal di stadium itu dalam tempoh 6 jam bermula 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi.
Kebanyakannya datang dibawa ahli keluarga sendiri. Suasana bingit dengan anggota penyelamat bergegas menyambut mangsa dan kanak-kanak yang berteriak.

Taman Cendana terletak 10km dari Sungai Kim Kim tetapi pencemarannya sudah merebak ke kawasan perumahannya.
“Selepas dapat rawatan dan dimasukkan air dalam badan, keadaan isteri saya semakin lemah dan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail,” katanya.

Seorang pegawai Rela yang enggan dikenali berkata, pagi tadi terdapat pertambahan 200 mangsa baru yang menjalani saringan dan mendapatkan rawatan awal.
Bilangan anggota agensi kerajaan juga dilihat semakin bertambah.
Marah, takut dan geram
Perasaan Azhar bercampur baur apabila ditanya lanjut mengenai pencemaran Sungai Kim Kim. Dia bimbang ahli keluarganya yang lain akan menjadi mangsa.
“Saya lihat menteri besar tak ambil tindakan awal. Patut hari pertama lagi dibersihkan tetapi nak dekat seminggu baru nak buat,” katanya.

Katanya banyak aduan dibuat tetapi nampaknya tiada tindakan berkesan. “Sudah bagi apa-apa habuan, saya tak pasti.”
“Jangan ambil remeh. Bukan main-main sebab boleh mendatangkan kematian,” katanya.
Yasril Saari, 56, dari Taman Cendana berkata anaknya mula mengadu sesak nafas, pening dan muntah-muntah pagi tadi.
Beliau merayu kerajaan memastikan pencemaran ini tidak merebak ke tempat lain.
“Jabatan alam sekitar perlu pantau,” katanya.

Penduduk Taman Air Biru ini, yang terletak kira-kira 5km dari Sungai Kim Kim, berkata anaknya yang berusia 5 tahun mengalami batuk dan demam.
“Saya lihat mangsa yang mendapatkan rawatan tidak putus-putus dan bertambah. Saya harap jangan pandang ringan,” katanya.
“Saya harapkan masalah dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan