KETUA
Penolong Pengarah di jabatan kerajaan Kedah dan tiga kontraktor ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, kerana disyaki
membuat tuntutan palsu.
Wanita berusia
41 tahun terbabit bersama tiga lelaki berusia 34 hingga 43 tahun
ditahan 5.30 petang kerana disyaki membuat tuntutan palsu berhubung
pembekalan dan perkhidmatan untuk Kementerian Pelancongan berjumlah
RM1.2 juta di Pulau Langkawi.
Menurut sumber, tuntutan itu dibuat membabitkan program pelancongan di Pulau Langkawi.
“Pembayaran untuk kerja itu dibuat antara 2014 hingga 2016 sedangkan kerja tidak dilaksanakan
“Suspek
ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan IPD
Kubang Pasu.
Permohonan reman akan dibuat esok,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap mengesahkan tangkapan terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan